1. Mungkin ramai yang tertanya-tanya jika di Borneo ini wujud Segi Tiga Borneo yang mirip Bermuda Triangle. Memang benar benda ini wujud. Segi Tiga Borneo ini terletak di kedudukan antara Bario, Pa’Lungan dan Gunung Murud di Sarawak.
2. Kawasan ini antara yang paling ditakuti dalam kalangan juruterbang yang sering berulang-alik antara Bario ke Ba’kelalan. Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri.
3. Mereka menyifatkan tugas menerbangkan pesawat di situ sebagai amat mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya. Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.
4. Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi.
5. Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang terlalkan keadaan.
6. Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk. Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang mengehadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.
7. Umum mengetahui yang Segi Tiga Borneo ini sudah banyak kali ‘makan’ manusia. Pelbagai nahas udara melibatkan kapal terbang dan helikopter berlaku di sini. Pelbagai pesawat dan helikoper mencari dan menyelamat akan datang ke Bario untuk bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamat menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak..
8. Pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orient dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan.
9. Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario.
10. Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu kadang-kadang akan menyebabkan keluarga mangsa ini menggunakan khidmat bomoh bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib. Upacara ini dilakukan secara rahsia.
No comments
Post a Comment