Putrajaya: Awas kepada mereka yang mudah bersimpati dan menghulurkan derma kerana tanpa sedar wang diterima individu tertentu dijadikan dana kepada kumpulan pengganas untuk membeli kelengkapan senjata ketenteraan dan melakukan pemberontakan di negara asal mereka.
Kutipan derma itu ada yang mencecah jutaan ringgit walaupun mereka memintanya secara tertutup dengan berselindung sebagai pelarian dan memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) untuk meraih simpati orang ramai.
Kegiatan kumpulan itu dibuktikan dengan penangkapan 12 individu warga Sri Lanka yang tinggal di Malaysia dan terbabit dalam penyaluran dana serta bantuan logistik bagi perjuangan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).
Antara mereka yang ditangkap termasuk KP Kumaran, pemimpin kedua LTTE pada 5 Ogos 2009 dan Sellathurai Shatalemar @ Su Rajan, Ketua Perolehan Logistik LTTE pada 31 Disember 2009.
Semua yang ditangkap diusir ke Sri Lanka.
No comments
Post a Comment