Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Bukan sebab nak kahwin, tetapi tiada alasan tertentu untuk perubahannya itu. Demikian komen Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mengenai imej terbarunya yang kekal bertudung.
Menurut Naib Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu, hasratnya tersebut lahir dari hati yang ikhlas.

"Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya.
"Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri," katanya yang menafikan ia ada kaitan dengan soal perkahwinan.



Tidak tahulah benar atau tidak berita yang disampaikan oleh portal hiburan ini.
Khabarnya, Nabila Huda sebenarnya sudah berbaik dengan ayahnya, Amy Search kerana mahu menamatkan zaman jandanya. Betul ke?

Apa tidaknya, selepas beberapa tahun solo dan rumahtangga yang tidak menjadi, akhirnya beliau bakal bergelar isteri sekali lagi.


Khabarnya, Nabila sudah pun memohon restu dan perbincangan sudah dilakukan bersama ayahnya, Amy Search di Johor Bahru.

Ramai pihak mengatakan jejaka itu merupakan pengurus sebuah restoran di ibu negara biarpun identitinya dirahsiakan.

Namun, selagi Nabila Huda sendiri tidak tampil memberikan kenyataan secara rasmi, kita tidak bolehlah sahkan apa-apa.
Kita tunggu dan lihat saja. Jika benar, tahniah kami ucapkan. Sejuk hati kami melihat hubungan Nabila dan Amy sudah beransur pulih. Air dicincang memang tidak akan putus.




Ragam terkini Dayang Nurfaizah dan rakan seperjuangannya yang sedang 'hot' diperkatakan di laman sosial. Entah kenapa, gambar yang dimuat naik itu menjadi kritikan dan 'sakit mata' segelintir pihak yang amat prihatin tentang 'cleavage’.
Nampak macam tak ada apa-apa je? Mungkin mata kami kurang jelas agaknya. Heh. 




Bagi kebanyakan lelaki, mencari perempuan idaman hati memerlukan masa bahkan sehingga bertahun-tahun. Namun, di Jepun, perempuan idaman itu boleh muncul di depan pintu rumah anda dalam masa beberapa hari.

Malangnya, perempuan idaman itu hanyalah sebuah boneka yang diperbuat daripada getah. Namun, syarikat pembuat anak patung ini, Orient Industry, mendakwa bahawa boneka perempuan ini lain daripada yang lain.

Boneka ini sangat mirip manusia sebenar dengan mata yang hampir seperti mata manusia dan kulit yang hampir sama dengan kulit perempuan yang halus.

Bahkan Orient memastikan pelanggan boleh menempah boneka perempuan ini sesuai keinginan. Pelanggan boleh menempah boneka dengan saiz dada, warna rambut, warna mata, dan lain-lain sesuai selera. Pelanggan juga boleh menempah boneka yang jari jemarinya boleh digerakkan.
Orient Industry mengatakan, boneka-boneka keluarannya dibuat dari silikon berkualiti tinggi sehingga sangat mirip perempuan sebenar. Orient mengatakan, setiap lelaki yang telah mempunyai anak patung ini akan berhenti mendamba seorang kekasih.

Boneka ini dijual dengan nama "Dutch Wife" yang dalam istilah bahasa Jepun bermakna boneka seks. Boneka ini dijual dengan harga sekitar US$1,500 sebuah dan ternyata sangat diminati para lelaki Jepun.

Bukan hanya itu, para boneka perempuan ini dilengkapi pakaian seksi yang membuat pemiliknya tak perlu menahan malu kerana harus membeli pakaian dalam perempuan.

"Dua perkara yang masih perlu perbaikan dari boneka ini adalah kulit dan mata. Namun, saat ini saya rasa kami sudah memberikan yang terbaik yang hampir sama dengan manusia sebenar," kata jurucakap Orient Industry, Osami Seto.

Boneka-boneka ini adalah sebahagian dari industri teknologi tinggi Jepun yang terus mencari cara mencipta mainan seks yang semakin mendekati bentuk asalnya. Bahkan kini boneka Dutch Wife ini dengan sendi yang boleh digerakkan sehingga pembeli boleh meletak "kekasihnya" dalam kedudukan yang diinginkannya.

Selepas rujuk semula sebagai suami isteri pada 17 Julai lalu, nampaknya cahaya kebahagiaan kian menerangi rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite.
Semalam menerusi akaun Instagram Fiza memuat naik beberapa gambar sambutan hari lahirnya yang dibuat di sebuah restoran Arab.




Fiza kelihatan tenang dan gembira di samping Adam, anak-anak dan rakan terapat termasuk pelakon veteran, Aznah Hamid yang hadir meraikannya.



Kami doakan semoga bersama pertambahan usia ini Fiza akan semakin matang melayari alam rumah tangga dan beroleh kebahagiaan hidup yang sejati. 

KUALA LUMPUR –  Polis Malaysia berjaya mematahkan beberapa perancangan kumpulan militan radikal untuk mengebom beberapa tempat di sini yang didorong oleh tindakan pergerakan ekstremis jihad Syria.

Timbalan Ketua Bahagian Antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin, berkata 19 militan yang disyaki itu yang ditahan antara April hingga Jun lalu yang merancang untuk mengebom pub, disko dan kilang pengeluar bir Denmark di sini.

Beliau berkata, anggota kumpulan itu yang semuanya rakyat Malaysia, berhasrat mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khalifah Islam di Asia Tenggara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura, serta bercadang ke Syria untuk belajar dari pergerakan Negara Islam dan Levant (ISIL).

Perancang itu termasuk membabitkan golongan profesional dan dua suri rumah.
Mereka masih di peringkat awal perbincangan mengenai perancangan itu dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan untuk membuat bom, katanya.
Tujuh orang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.

“Mereka merancang untuk melancarkan kempen keganasan dan perjuangan bersenjata dan mati syahid,” kata Ayob Khan.

Polis percaya rakan yang bersubahat dengan mereka masih lagi berada bebas di luar.
Sesetengah daripada mereka ditahan di lapangan terbang dalam perjalanan untuk ke Turki dan Syria bagi menjalani latihan dan memperoleh bantuan lain daripada ISIL.

Perancang Malaysia itu berusia antara 20 dan 50 tahun. Sesetengah mereka yang ditahan sudahpun diumumkan oleh pihak berkuasa, tetapi pihak polis masih belum memberi maklumat terperinci mengenai perancangan dan iedologi anggota kumpulan yang disyaki itu.
Ada yang sudah memulakan kempen mengumpul wang termasuk menerusi Facebook, untuk ke Syria atas alasan untuk melakukan kerja kemanusiaan, kata Ayob Khan.

“Ketika polis menyoal siasat, mereka bercakap mengenai ideologi ISIL, termasuk pembunuhan orang tidak bersalah dan juga orang Islam yang tidak menyertai kumpulan itu,” katanya.

Bar dan kilang arak berdekatan Kuala Lumpur adalah antara sasaran mereka kerana pengambilan alkohol dilarang oleh Islam, katanya.
Ayob Khan berkata suspek juga berharap untuk mewujudkan rangkaian dengan sel ISIL global dan serantau.

Katanya, polis percaya sehingga 40 rakyat Malaysia sudah ke Syria bagi menyertai perang sivil di sana.
Menurut laporan media tempatan, seorang pekerja kilang berusia 26 tahun, Ahmad Tarmimi Maliki pernah meletupkan 25 askar elit Iraq dalam serangan pengeboman kereta di sana, Mei lalu. – AFP



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.
"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini, Isnin.
Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.

Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.

Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Sementara itu, mengenai penubuhan IEIJS, Dr Mahathir berkata, ia dapat membantu memberi kefahaman dalam bentuk fakta akademik kepada orang Islam dan juga bukan Islam mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

"Tidak banyak kajian fakta tentang Baitulmaqdis oleh ulama-ulama Islam. Hasil penubuhan institut ini, saya berharap akan ada kefahaman yang lebih baik tentang apa jua yang berlaku di sana," katanya.


KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengambil pendekatan untuk tidak mengulas apa-apa perkara yang menyentuh mengenai perihal peribadinya untuk tatapan umum.
Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kontroversi yang tercetus diantara dia dan bapanya, Amy (Search), Nabila, 30, tetap berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Maafkan saya. Saya tidak mahu komen," katanya ringkas kepada mStar Online.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran filem biografi berjudul Saloma di Saloma Bistro di sini pada Selasa.

Diarahkan oleh Melissa Saila, Nabila tampil membawa peranan sebagai Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Terdahulu kontroversi Nabila dan bapanya tercetus apabila Amy mengkritik sikap Nabila selepas pelakon itu memuat naik gambar mesra percutiannya bersama seorang lelaki di luar negara.
Berikutan itu, Nabil bertindak memadamkan koleksi ratusan gambarnya dalam akaun Instagram miliknya.
Nabila mempunyai lebih 400 ribu pengikut di laman sosial berkenaan.

Dalam pada itu, bercakap mengenai filem Saloma, Nabila berkata, pada awalnya dia meragui kredibilitinya untuk membawakan watak tersebut kerana merasakan masih belum layak.

Bagaimanapun keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh Melissa terhadapnya membuatkan dia menyahut cabaran berkenaan.

"Apabila dipanggil untuk uji bakat saya sangat takut kerana tiada keyakinan dapat membawa watak berkenaan dan saya terkejut apabila diberitahu terpilih memikul tanggungjawab sebagai Saloma.

"Bagaimanapun apabila sudah siap disolek dan mengenakan baju pada zaman berkenaan, secara automatik aura itu mula keluar dan Alhamdulillah atas bantuan pengarah saya dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik.

"Alhamdulillah Kak Melissa dan Mummy (Mariani) banyak membantu dan mereka sangat teliti dalam perihal mengenai Saloma terutamanya cara bercakap, berjalan dan fesyen yang digayakan," ujarnya.

Petaling Jaya: Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa diserbu media cetak dan elektronik yang membuat liputan majlis pelancaran program TV Malaysia Ikon yang berlangsung di Hotel Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya, semalam.

Semuanya ingin mendapatkan penjelasan pelakon itu mengenai gosip dirinya yang didakwa bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja. 

Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu hanya melemparkan senyuman dan tidak menjawab soalan yang diajukan.
Pengacara program Nona dan Meletop itu ditemani pengurusnya, Mohd Amer Shafiq Khalip yang kemudian memohon maaf kepada pihak media dan memberitahu pelakon itu terpaksa bergegas kerana ada acara lain perlu dihadiri.HM
Kuala Lumpur: Usia mereka hanya 10 tahun. Tapi, luahan hati terhadap penderitaan penduduk Gaza menerusi surat dalam Bahasa Inggeris amat mengagumkan.

Malah, surat mereka yang kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook menjadi viral kerana menarik perhatian ramai pengguna dengan kebanyakannya memberi reaksi positif.


Biarpun, beberapa tatabahasa perlu diperbetulkan oleh guru mereka, surat mereka nyata menyentuh hati pengguna laman sosial dan boleh dianggap mencapai maksud penyampaian.

Itulah luahan Mohammad Aqeef Mohd Radzlan yang mendakwa dia menulis surat itu bagi menggambarkan perasaannya terhadap penderitaan penduduk Gaza.
Dalam surat itu juga saya sertakan sebab mengapa Israel perlu berhenti menyerang Palestin. Palestin negara miskin dan tidak ada upaya membalas serangan senjata canggih Israel," katanya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu dan belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa, dia mahu Israel menghentikan serangan ke atas bumi Palestin.

Katanya, dia juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai nasib rakyat Palestin di televisyen, media tempatan, laman blog selain berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama keluarga serta rakan.

Bagi rakannya yang juga anak bongsu daripada dua beradik, Farhad Rusyidi, berkata dia sedih dengan situasi melanda penduduk Gaza.

"Isi surat itu mengenai sejarah kedua-dua negara di mana sebelum ini Palestin pernah membantu Israel. Jika Israel hancurkan bumi Palestin, negara itu akan musnah kerana Palestin hidup susah," katanya.

Selain itu, guru kelas, Wan Faris Mohd Wan Yusoff, 26, berkata saya kerap mendedahkan maksud kemanusiaan dalam slot pengajaran kepada muridnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Setiawangsa merangkap Pengerusi Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata pihaknya terkejut dan tidak menyangka surat rasmi yang dimuat naik di laman sosial itu mendapat perhatian pengguna dan orang ramai.

"Ini juga perkembangan positif yang pihak kami terima dan ia sesuatu membanggakan. Pihak sekolah sentiasa menekankan kepada murid untuk mempunyai sikap saling membantu di kalangan manusia dan mereka yang memerlukan.

"Baru-baru ini, pihak sekolah turut melancarkan kutipan derma di kalangan murid dan ibu bapa dan berjaya mengutip RM6,080 untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza," katanya.



Petaling Jaya: Seorang pekerja kontrak warga asing terkejut apabila menemui tengkorak manusia ketika sedang mengalihkan bongkah batu di bawah tangga sebuah pangsapuri berhampiran PJCC Taman Medan, Petaling Jaya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, pekerja berusia 30-an itu sedang mengalihkan beberapa bongkah batu di bawah pangsapuri yang sedang melalui proses pengubahsuaian itu. 

Pekerja yang hanya dikenali sebagai Ahmad berkata, dia terkejut apabila mendapati terdapat tengkorak manusia di dalam timbunan batu itu.
“Saya langsung tidak sangka ia adalah tengkorak, saya ingatkan besi buruk ataupun bongkah batu sehinggalah saya ternampak bahagian mata dan mulut tengkorak itu,” katanya.  
Menurutnya, dia kemudian bergegas memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada pihak polis.HM