Khabarnya, Nabila Huda sebenarnya sudah berbaik dengan ayahnya, Amy Search kerana mahu menamatkan zaman jandanya. Betul ke?
Apa tidaknya, selepas beberapa tahun solo dan rumahtangga yang tidak menjadi, akhirnya beliau bakal bergelar isteri sekali lagi.
Khabarnya, Nabila sudah pun memohon restu dan perbincangan sudah dilakukan bersama ayahnya, Amy Search di Johor Bahru.
Ramai pihak mengatakan jejaka itu merupakan pengurus sebuah restoran di ibu negara biarpun identitinya dirahsiakan.
Namun, selagi Nabila Huda sendiri tidak tampil memberikan kenyataan secara rasmi, kita tidak bolehlah sahkan apa-apa.
Kita tunggu dan lihat saja. Jika benar,
tahniah kami ucapkan. Sejuk hati kami melihat hubungan Nabila dan Amy
sudah beransur pulih. Air dicincang memang tidak akan putus.
No comments
Post a Comment