Selepas rujuk semula sebagai suami isteri pada 17 Julai lalu,
nampaknya cahaya kebahagiaan kian menerangi rumah tangga Adam AF dan
Fiza Elite.
Semalam menerusi akaun Instagram Fiza memuat naik beberapa gambar sambutan hari lahirnya yang dibuat di sebuah restoran Arab.
Fiza kelihatan tenang dan gembira di samping Adam, anak-anak dan rakan
terapat termasuk pelakon veteran, Aznah Hamid yang hadir meraikannya.
Kami doakan semoga bersama pertambahan usia ini Fiza akan semakin matang
melayari alam rumah tangga dan beroleh kebahagiaan hidup yang sejati.
No comments
Post a Comment