Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Birmingham – Seorang pondan bakal mengahwini kekasihnya yang merupakan lelaki Arab yang kaya raya selepas lelaki berkenaan membelanjakan wang hampir RM300,000 bagi pembedahan tukar jantina.
Tiffany-Rose Davies, 23, yang dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Niall, akan menjalani pembedahan tukar jantina tidak lama lagi dengan wang yang disediakan oleh Yaser, yang berasal dari Dubai.
Mereka merancang berkahwin tahun depan dan menetap di Dubai.

Tiffany dan Yaser mula menjalin hubungan terlarang itu sejak dua tahun lalu selepas bertemu melalui Facebook.
“Dia lelaki idaman saya dengan ciri-ciri kulit gelap, kacak dan baik hati.
“Sepanjang perkenalan kami, dia telah lapan kali menemui saya di sini dan membelanjakan ribuan ringgit terhadap saya dan mahu mengahwini saya tahun depan,” katanya.
Menurut Tiffany selain pembedahan tukar jantina, dia juga akan menjalani pembedahan implan payudara selain prosedur di bahagian hidung dan mulut.
Jelasnya, dia tidak pernah meminta Yaser membayar kos pembedahan itu namun Yaser melakukannya atas kerelaan sendiri kerana melihatnya sebagai seorang wanita.
“Dia memang menyayangi saya dan tidak mahu kehilangan saya. Kami tidak pernah melakukan seks kerana saya mahu malam pertama kami menjadi amat istimewa,” katanya yang merancang mengambil anak angkat selepas berkahwin.

Kentucky – Macam-macam kes libatkan manusia berbogel. Terbaru seorang lelaki yang berbogel telah meluru masuk ke dalam sebuah pasar raya lalu mencurahkan susu kotak ke badannya sambil menjerit `aku sedang terbakar’.
Kejadian itu kemudiannya dirakamkan dan dimuatnaik dalam YouTube, namun ia kemudian dipadamkan kerana mengandungi aksi bogel.
Kes pelik itu berlaku di Walmart di South Williamson.
Lelaki itu datang ke pasar raya berkenaan bersama rakannya namun dia hanya menunggu dalam kereta.
Dalam pada itu, polis telah menahan dua lelaki berkenaan dikenali sebagai Timothy Smith dan David Daniels berhubung insiden berkenaan.
“Saya tidak mahu masuk ke pasar raya dan kemudian melihat seseorang berlari masuk dalam keadaan bogel, jadi mereka perlu ke penjara,’’ kata ketua polis, Rodney Scott.

Sebelum ini, ada pihak tidak berpuas hati setelah seorang wanita diarahkan untuk menyarungkan kain batik ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ramai yang menyalahkan agensi kerajaan terbabit yang dikatakan kononnya bias dan sengaja memalukan individu tersebut.
Hari ini, kejadian hampir sama berulang apabila dua wanita dihalang untuk memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) Shah Alam.

Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, seorang wartawan dan seorang pembeli rumah dari Klang yang mempunyai urusan di situ dilarang untuk masuk kerana skirt mereka.
Kedua-dua mereka diarahkan untuk memakai sarung oleh pengawal keselamatan kerana menganggap skirt mereka terlalu singkat.
Dalam reaksinya di laman Facebook, Charles berkata, “Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita. Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?
“Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?”
Lantas, dia menggesa agar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk menarik kembali dasar peraturan tersebut.

SEORANG guru wanita ditahan di atas kesalahan mengadakan hubungan seks lesbian dengan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di kediamannya, baru-baru ini.
Lauren Mitchell, 32, yang sudah berumah tangga mengajar di Sekolah Dr Lena Edwards Academic Charter, New Jersey, Amerika Syarikat.
Perbuatan cikgu itu terbongkar selepas beberapa orang guru di sekolah terbabit merasa curiga di atas pelakuan dan hubungan mesranya dengan pelajar berkenaan sehingga menyebabkan mereka melaporkan hal itu kepada pihak polis.

BAGI pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia “Pak Ya Popia Power” semestinya sudah tidak asing lagi buat mereka.
Mana taknya, setiap hari gerai itu pasti akan penuhi dengan orang ramai yang beratur tidak putus-putus untuk mendapatkan popia istimewa itu.
Popia yang juga diberi jolokan “Popia Giant” itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim, 67 dan Norimah Abd Wahab dikatakan mampu menjual sehingga 11,000 popia setiap hari.


Gerai “Pak Ya Popia Power” hanya menjual tiga jenis popia iaitu, popia madu, popia goreng dan popia basah.
Menurut Yahya, dia dan isteri akan menyediakan bahan bagi membuat popia seawal jam 7.30 pagi dan dibantu oleh enam kakitangan.
Memetik laporan dari myMetro, Yahya juga berkata biarpun popianya sedikit mahal, orang ramai tidak merungut tentang itu.
“Biarpun dijual pada harga RM1 bagi satu, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan berikutan saiznya yang besar dan tidak boleh didapati di tempat lain,”katanya.



“Saya juga tidak akan menaikkan lagi harga biarpun kos sara hidup yang kian meningkat kerana mahu menjaga pelanggan setia kami,” katanya lagi.
Di media sosial, orang ramai memuat naik gambar gerai popia Pak Ya Popia Power dan menjadi bualan di internet.