Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

ANGGOTA polis yang cedera selepas dipukul 10 lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, Kajang. 


Kajang: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki selepas mangsa dikatakan menegur perbuatan mereka di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakan dikatakan mengarahkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra dinaiki 10 lelaki berhenti di tepi jalan dipercayai untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengarahkan kereta mereka berhenti  di tepi jalan.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggota polis terbabit turut disamun sebelum suspek melarikan diri.
“Dompet mangsa bersama telefon bimbit dilarikan suspek manakala rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Difahamkan anggota polis terbabit bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Hmetro online

California: Perdebatan warna pakaian muncul sekali lagi dan kali ini, jaket Adidas membuatkan pengguna Internet berbalah.
Seorang pengguna Twitter, Mariam Kabba menyiarkan gambar jaket barunya di laman itu dengan berkata, ia hitam dan coklat. Bagaimanapun, rakannya melihat jaket itu berwarna putih dan biru.
Imej itu mula menarik perhatian selepas rakannya yang menggunakan nama poppunkblogger berkongsi imej berkenaan dalam laman Tumblr dengan menulis: “Saya tidak suka menyamakan gaun biru/hitam putih/emas, tetapi rakan saya memiliki jaket ini dan dia berkata, ia putih. Tetapi saya melihatnya hitam dan coklat. Sila beritahu apa yang anda lihat.”
Ia mendorong perbalahan pendalam dalam kalangan pengguna Internet.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah cara mata manusia berevolusi untuk melihat warna di tempat yang sumber utama cahaya ialah cahaya matahari.
Kita melihat objek di sekeliling kita kerana pantulan cahaya ke dalam retina mata kita.
Otak mencatat warna sumber cahaya sebenar dan kemudian menolak warna sebenar objek.
Jadi bayangkan, warna kuning pada objek putih - otak memahami cahaya kuning itu mempengaruhi warna permukaan dan akan cuba mengabaikannya. - Agensi