Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



BERIKUT merupakan artikel yang ditulis oleh wartawan di Malaysian Digest yang mewakili suara Engku Emran bagi menjawab segala perkara yang terjadi kepada perkahwinannya terdahulu dan perkembangan terbarunya kini.
Engku Emran menerusi penjelasan panjang lebar ini berharap agar ianya menjadi penjelasan terakhirnya dan tiada lagi mana-mana pihak yang akan cuba membangkitkan isu ini lagi.
“Hari ini bukan saya mahu dedahkan apa-apa, saya cuma rasa terpanggil untuk memberi penjelasan, berat sebenarnya hati saya untuk beri penjelasan ini kerana perkara ini langsung tidak mengganggu fikiran saya. Selama ni ramai orang tercari-cari dan hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan.
Saya bukan elak tapi saya cuma berdiam. Kerana bagi saya berdiam tu lebih baik. Saya pun bekerja dalam bidang media. Buat apa saya nak jumpa orang lain untuk jelaskan sedangkan saya tahu permainan media.
Selepas saya bercerai saya ada berjumpa dengan beberapa kawan media yang saya kenali. Saya beritahu mereka yang saya tidak akan keluarkan apa-apa statement. Allhamdulillah, mereka yang berada sewaktu perjumpaan itu faham, tahu, dan juga menghormati pendirian saya di waktu itu.
Tetapi selepas saya beri penjelasan tentang apa yang berlaku, ada juga yang berasa sangsi. Ada salah seorang antara mereka yang masih mencanang, mengatakan saya kahwin dua. Apa lagi yang mereka nak saya buat? Apa lagi yang mereka nak saya terangkan? Sebab itu saya kata, tak guna saya beri penjelasan kerana orang tak akan percaya.
Hal ni saya serah pada Allah sebab dia Maha Mengetahui. Sejak semalam juga, saya terdetik hati untuk beri penjelasan hari ini. Itu pun selepas seorang hamba Allah ini yang lebih tua dari saya dan saya hormati, yang lebih tahu tentang hal agama. Beliau nasihatkan, yang mungkin saya patut beri penjelasan sekali lagi yang terakhir supaya orang tidak memfitnah kita walaupun saya telah beri penjelasan, sebelum ini.
Macam inilah…, semasa saya berkahwin dulu, banyak cerita yang tak betul keluar. Macam saya katakan dari awal tadi, saya faham permainan media sebab saya pun orang media. I know the game too well! Saya dah bagi penjelasan masa itu yang saya tak kahwin dua. Hanya Erra Fazira seorang sahaja isteri saya, pada ketika itu.
Tetapi masih lagi orang bercerita. Masih lagi orang tak percaya. Bagi saya, saya dah tunaikan tanggungjawab saya untuk beri penjelasan. Kadang-kadang kita sebagai orang media, apa saja yang kita tulis, sekali orang was-was dengan penulisan kita, sekali orang meragu, kita sudah dianggap berdosa.
Memang… bukan niat kita nak sebarkan fitnah tapi sekali orang percaya, kita sudah mendapat dosa. Sekali kita aibkan org, 10 aib kita orang akan buka. 1 aib orang kita tutup 10 aib kita Allah akan tutup.
Peranan media ni penting. Kita yang mempengaruhi masyarakat dengan apa yang kita tulis. Saya bukan mahu mengajar siapa siapa tetapi dari pengalaman selama 14 tahun di bidang ini saya dah memahami sangat-sangat.
Lagi satu contoh…, ya selama ni, selepas waktu bercerai saya rasa ramai tahu yang saya cuba untuk memujuk. Masa saya buat #prayformomandayah tu pun, waktu itu saya cuma harapkan yang terbaik untuk mak dan ayah Aleesya.
Tidak semestinya perlu bersatu kembali, tapi saya harapkan yang terbaik. Pernahkah anda terfikir mungkin I’am a desperate father but not a desperate ex husband? Jika kami tidak kembali bersatu tapi kalau itu yang terbaik, kami terima.
Saya percaya Erra pun terima dan dia telah terima. Jangan fikir saya buat # tu semata-mata nak kembali semula, tidak… Saya ada anak, saya seorang bapa, mungkin kalau saya bukan bapa, saya tak buat. Tapi saya tahu dan dapat rasa keluhan anak saya. Setiap malam bila saya tidurkan dia, saya dapat rasakan keluhan dia.
Kalian diluar sana tak rasa, tapi saya rasa. Saya lalui, Erra lalui. Anda semua tak faham. Buat apa kami nak bercerita apa yang kami lalui. saya hanya bercerita apa yang saya mampu bercerita. Dan selepas habis tempoh edah pada 18 Mei lalu, (saya masih ingat tarikh tu sebab saya ingat tarikh saya bercerai).
Dan beberapa hari selepas itu keluar cerita gosip Erra dengan seorang lelaki. Bagi saya, kalau cerita itu betul, Alhamdulillah… I wish them all the best, ikhlas saya kata kan ini. Tetapi jikalau perkara itu tidak betul, anda semua tahu saya yang sedang cuba untuk bina masjid saya semula dan jika apa yang anda tulis itu tidak betul, MasyaAllah… Kerana disebabkan cerita yang keluar itu, disebabkan cerita yang anda tulis tu juga lah, saya move on. Saya bersedia untuk pergi. Jadi, jangan salahkan saya.
Sebab itu saya katakan tadi, sebagai pengamal media, apa yang kita tulis itu sangat-sangat bahaya. Tapi seperti yang saya katakan, kalau ianya betul, Alhamdulillah, I wish them all the best. Tetapi jangan salah faham juga, saya tidak menyalahkan mana mana media sebab apa yang telah tersiar adalah kerja Allah.
Jika Allah tidak buka kan hati anda untuk menulis cerita itu maka cerita itu pun tidak akan tersiar diakhbar dan blog blog. InsyaAllah… sekurang-kurangnya seperti ramai yang orang kata, saya dah cuba lebih daripada apa yang patut saya buat. Jadi, bagi yang menulis cerita itu, anda fikirlah… andai kata cerita itu tidak benar, anda telah menyebarkan fitnah dan disebabkan fitnah itu juga lah, saya telah berundur.
Kepada peminat-peminat Erra Fazira, saya tahu anda marahkan saya atau ada di antara anda yang marahkan saya. Tapi jangan salahkan saya atau Erra Fazira. Kerana anda mesti ingat, saya menunggu…menunggu… menunggu… dan menunggu. Sampai bila saya nak tunggu? Ada antara anda yang kata, kenapa sekejap sangat berubah hati? Ini bukan sekejap. Kami sudah berpisah selama setahun setengah, bercerai hampir 5 bulan.
Kalau dicampurkan tempoh itu, hampir 2 tahun. I need to move on. Penat jadi seorang bapa tunggal, memang penat. Tapi saya tak mengeluh. Saya tahu ini ujian dari Allah, saya tak mengeluh. Dan Alhamdulillah… selepas saya mendapat petunjuk (menerusi apa yang ditulis di akhbar, portal dan blog) sudah waktu nya untuk beredar. Dan Alhamdulillah juga, ada hamba Allah yang mengetuk pintu hati saya. Dan bila saya buka pintu hati saya, Alhamdulillah,apa yang saya lihat selama ini ialah yang saya impikan.
Tak perlulah saya beritahu siapa orang itu. Tapi cukup lah saya beritahu, wanita tersebut mengetahui tentang hal agama lebih daripada saya dan dia beragama Islam. Memang beberapa hari lepas saya ada bekongsi sedikit tentang apa yang saya rasa ketika ini.
Ya, saya rasa gembira, saya ni manusia biasa. Saya bukan selebriti. Saya tak pernah anggap diri saya ni selebriti. Memang saya pernah berkahwin dengan selebriti. Ya, tapi saya bukan selebriti. Saya seperti anda semua orang biasa dan saya tak perlu hidup sebagai selebriti walaupun saya dikenali. Itu prinsip saya, selagi saya tak kacau orang, selagi saya hormati semua orang dan saya menghormati Allah, bagi saya itu sudah cukup.
Berkenaan dengan laman sosial Instagram (IG) saya, IG ini ialah seperti cacatan jurnal, supaya satu hari nanti Aleesya dapat membaca sedikit sebanyak dan mungkin dia boleh belajar tentang kehidupan melalui jurnal saya ini. Sebab itu juga, jika anda lihat banyak gambar dan moment yang saya upload. Mungkin anda rasa saya tak patut dedahkan banyak perkara.
Tapi benda ni saya buat ada sebab bertujuan, supaya satu hari nanti Aleesya dapat lihat tempat yang saya bawa dia, yang saya pergi tanpa dia. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak. Tak pernah terlintas sebegitu. Ini semua untuk jadi rujukan untuk Aleesya bila dia dewasa nanti. Dan saya juga gembira sebab ramai pengikut saya di IG gembira melihat Aleesya. Ramai juga yang berdoa untuknya, Alhamdulilah, saya berterima kasih.
Tak sangka begitu ramai orang berdoa untuk Aleesya. Sesungguhnya dia seorang anak yang sungguh bertuah. Bagi saya tak perlulah kita menyalahkan sesiapa. Ini semua telah ditentukan oleh Illahi. Anda pun telah mendoakan untuk saya, Erra dan Aleesya dan mungkin ini adalah jawapannya. Ini adalah jawapan kepada doa-doa anda semua. Jadi tak perlu toleh ke belakang. Kita sama ambil ikhtibar dari pengajaran hidup masing, jika saya tak dapat selamatkan rumah tangga saya untuk anak saya, saya harap anda semua dapat selamatkan rumah tangga anda melalui apa yang anda lihat di IG saya.
Itu saja yang saya harapkan. Selepas ini tak perlu lah ada akhbar atau blog yang buat follow up story ini. (jika ada jugak saya tak tahu apa lagi lah nak kata) Banyak lagi berita penting diluar sana yang patut kita laporkan. Saya ni tak penting. Banyak lagi orang di luar sana yang memerlukan pertolongan. Orang yang perlukan pertolongan tentang hidup dan mati. lebih elok kita bantu mereka dari buat cerita tentang kehidupan kami.
Cukup, cukup lah! Saya ada mak bapak, Erra juga masih ada mak dan nenek. Jika anda semua tak dapat menghormati saya dan Erra hormatilah keluarga kami. Kalau saya boleh beri penghormatan ikhlas kepada bekas isteri saya siapalah anda untuk tidak respect privacy dia. Hubungan kami sekarang hanya lah sebagai ibu bapa kepada Aleesya.
Kami berdua baik baik sahaja Alhamdulillah we can also communicate well on matters pertaining to Aleesya. I have my own private life and so does Erra and we both have so much respect for each other. Pada mereka yang masih tak puas hati lagi, saya tak tahu apa lagi nak kata sebab manusia ni adalah sebaik-baik kejadian Allah.
Dan, anda yang tak puas hati tu pun adalah sebaik-baik kejadian Illahi. Saya tak salahkan anda sebab dah memang Allah jadikan anda begitu. Saya ni tak lah pandai sangat dalam hal agama tetapi saya tahulah sikit sikit.
Anda solat 5 waktu saya pun solat 5 waktu jadi fikir fikirkan lah. Saya tak mengambil kesempatan atas kedudukan saya di Malaysian Digest tetapi saya rasa inilah tempat yang paling baik untuk saya berkomunikasi dengan anda semua untuk penjelasan ini. Dan juga saya rasa ini lebih elok kerana saya dapat pantau apa yang saya cakap dan supaya kata-kata saya tidak disalah tulis. Ini juga adalah PENJELASAN TERAKHIR saya. Sekian wassalam.


Biar betul ni? fuhhh.. Ustazah mee segera paling alim dialam semesta dera laki sendiri?  Tak takut masuk neraka ke Ustazah? Bukan kitorang kata tapi sumber dari satu page ni.. baca kat bawah la ek..


HLIVE! menyiarkan sekeping gambar di laman Instagram mereka membayangkan yang Abby Abadi mendera Noor Farhan yang kini bekas suaminya secara mental & fizikal.  
Apa cerita? http://rtky.co/1oM2Cya



Kalau betul.. patut la bercerai..

Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan, Mei lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen & mendengar keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak berikutan SMS itu adalah lafaz yang tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu. (rtky/m) 

POLIS mengesahkan seorang pelajar maut dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Reynolds di Troutdale yang terletak di timur Portland, pada Selasa.
Suspek yang merupakan seorang lelaki juga dijumpai terbunuh dalam insiden itu. Dia disyaki membunuh diri.
Polis berkata mereka dalam proses memberitahu keluarga terdekat pelajar dan lelaki bersenjata itu.
Bagaimanapun identiti kedua-duanya masih belum didedahkan.
Dalam kejadian yang sama, seorang guru turut dilaporkan tercedera.
Menurut pihak berkuasa, lelaki bersenjatakan senapang itu memasuki sekolah berkenaan dan melepaskan tembakan kira-kira pukul 8 pagi-Mstar


PELAKON Azlee Khairi menyifatkan gosip kononnya dia bersengketa dengan aktres Zara Zya masih menjadi buah mulut orang disebabkan hal berkenaan masih menjadi topik perbincangan di laman-laman sosial.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hanee, 25, berkata, dia tidak faham motif individu di satu laman forum memanaskan isu tersebut memandangkan dia dan Zara tidak pernah bergaduh sebelum ini.
“Walaupun saya pernah bercakap tentang perkara ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya dan Zara tidak pernah bergaduh, menarik muka atau tidak berpuas hati antara satu sama lain.
“Saya tidak faham mengapa isu ini masih lagi berbangkit. Saya lihat, ini semua bermula daripada sebuah forum yang tidak sudah-sudah mahu mencari kesilapan untuk melihat kami  bersengketa,” katanya dalam satu mesej kepada mStar Online.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan Azlee yang digandingkan menerusi drama Love You Mr Arrogant,   walaupun kedua-dua sudah menafikan dakwaan tersebut.
Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk Azlee sehingga ada pihak menyatakan dia seorang wanita yang bermulut jahat dan celupar.
Sementara itu, Azlee memberitahu, khabar angin itu bagaimanapun tidak pernah menjejaskan persahabatannya dengan Zara kerana mereka masih lagi baik seperti sebelum ini.
Malah, Azlee juga tidak menolak sekiranya ada pihak penerbit yang mahu mereka digandingkan bersama lagi pada masa hadapan.
“Kami masih berkawan dan tiada sebarang masalah pun. Malah kami boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang. Hanya orang di luar sana yang tidak ada kerja cuba mencipta sengketa antara kami,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Azlee kini sedang menjalani penggambaran mengendalikan sebuah rancangan terbitan RTM iaitu Kuasa Pengguna yang akan disiarkan pada Ogos atau September depan.-Mstar

Himalaya: Seorang usahawan pakaian sukan warga China yang kononnya menawan puncak Gunung Everest akhirnya mengaku menaiki helikopter untuk sampai ke Kem 2.
Wang Jing, 41, mengaku dakwaan dia menggunakan helikopter dari Kem Induk pada ketinggian 5,364 meter untuk sampai ke Kem 2 pada ketinggian 6,400 meter selepas laluan asal dilitupi runtuhan salji yang mengorbankan 16 sherpa pada 18 April. 
“Sherpa (penunjuk arah) menghadapi tekanan perasaan berikutan kejadian itu dan keberatan untuk melalui jalan berkenaan,” kata Wang. 

Menurutnya, dia faham keputusan yang diambil akan ‘memudahkan’ usaha pendakian, namun lebih rela melakukannya demi menjaga keselamatan.

Pengerusi Persatuan Pendakian Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata tindakan seperti itu adalah satu penghinaan kepada etika dan norma pendakian.
“Pendakian harus dilakukan sendiri individu itu bermula dari Kem Induk,” katanya. 

Persatuan Pendakian China juga dilaporkan berkata, tidak masuk akal jika pihak berkuasa pelancongan Nepal mengeluarkan sijil pendakian Everest kepada Wang. - Agensi 

Saitama: Seorang lelaki Jepun berusia 111 tahun semalam diisytiharkan sebagai lelaki paling tua di dunia berikutan kematian Alexander Imich dari Amerika Syarikat, kelmarin.
Sebelum ini, Imich pernah merangkul gelaran itu.
Dia meninggal dunia pada 8 Jun di kediamannya di Manhattan, Amerika Syarikat pada usia 111 tahun.
Sakari Momoi dilahirkan pada 5 Februari 1903 sehari selepas Imich.

Sakari yang dilahirkan di Fukushima, berhijrah ke Saitama, tempat dia menghabiskan sisa hidupnya dengan berkhidmat kepada masyarakat.

Julai tahun lalu, ketika menyandang jawatan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan di bandar Yono, dia dinobatkan sebagai lelaki Jepun paling tua yang hidup selepas kematian Jokichi Ikarashi pada usia 111 tahun.
Semalam dia disahkan sebagai lelaki paling tua di dunia selepas Imich, pesara pegawai kimia yang memegang gelaran itu sejak 8 Mei tahun lalu.

- Agensi

Kuala Lumpur: Hubungan terlarang seorang wanita dengan abang iparnya berakhir dengan tragis apabila dia mati dipercayai dibunuh lelaki itu di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.
Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai akibat dicekik. 
Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di dalam bilik tingkat satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa. 

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat mangsa.

Lawas: Tindakan pantas seorang lelaki menghubungi bomba dan penyelamat sebaik melihat api menjulang setinggi lebih 10 meter dipercayai dari paip gas milik PETRONAS yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya, berjaya menghalang kebakaran itu daripada merebak ke kawasan lain.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi berhampiran Bukit Berikau, di sini, lelaki lingkungan 30-an itu terkejut melihat api yang menjulang tinggi sebelum menghubungi bomba bagi memaklumkan kejadian itu.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohamad berkata, sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba Lawas diketuai Pegawai Bomba Mohd Shamlie Radee bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian, kira-kira 20 kilometer dari balai berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menghubungi PETRONAS memaklumkan kejadian itu dan bomba diminta untuk memindahkan penduduk di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat tiada penempatan atau kampung di sekitar kawasan terbabit.


Pengguna yang dihormati, 

Merujuk kepada pertanyaan yang diterim hari ini berkaitan produk Bihun Istimewa yang menggunakan lambang masjid dan telah disebarkan melalui media-media sosial, JAKIM dengan ini MENEGASKAN bahawa syarikat tersebut adalah BUKAN Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan TIDAK pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM.

Walau bagaimanapun, oleh kerana produk tersebut mengunapakai logo halal sendiri pada pembungkusan, perkara ini adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan.

JAKIM telah mengambil maklum dan sedang menyiasat lanjut perkara ini.

Pengarah 
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAKIM
12 Syaaban 1435H
Bersamaan 10 Jun 2014