Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Penyanyi Pitbull telah dipilih menjadi hos bagi American Music Awards 2013 yang akan berlangsung 24 November ini.
Rapper yang berasal dari Miami itu juga akan mengadakan persembahan lagu Timber dengan Ke$ha.
Anugerah muzik tahunan itu juga bakal membariskan senarai penghibur
seperti Macklemore, Ryan Lewis, Miley Cyrus, Lady Gaga, Kendrick Lamar
dan One Direction.
Macklemore dan Ryan Lewis menerima pencalonan paling banyak dalam penganjuran kali ini dengan enam pencalonan.
[Wow] - Selebriti
Kini kanvas bukan lagi menjadi pilihan pelukis untuk mengabadikan hasil kreatif mereka.
Sebaliknya, pelbagai medium yang boleh digunakan mereka untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada.
Seorang pelukis yang berasal dari Singapura, May Sum telah mendapat ilham untuk mengilhamkan wajah selebriti menerusi gincu.
Antara individu popular yang pernah diukir oleh May Sum ialah Lady Gaga, Audrey Hepburn dan pereka fesyen terkenal, Coco Chanel.
Unik dan kreatif bukan?
Cool
TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Dafi yang telah berjaya meraih
tempat ketiga dalam Festival Muzik Crystal Stars yang berlangsung di
Romania, baru-baru ini.
Lebih manis, Dafi yang menyanyikan single terbarunya, ‘Dalam Hati
Ini’ merupakan peserta tunggal dari Asia yang bertanding dalam kategori
19 tahun ke atas.
“Alhamdulillah tempat ketiga untuk saya dan Malaysia di Crystal Stars
Music Festival,” ujar Dafi menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pertandingan ini, peserta tuan rumah, Romania dinobatkan
sebagai juara manakala tempat kedua menjadi milik Ukraine. – Media
Hiburan
[Wow] - Kisah Artis
KOTA BAHRU – Seorang calon yang
menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah
Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah
dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi
ini.
Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini.
Pelajar perempuan berkenaan,
NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1
apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan peperiksaan
sekolah itu. – Berita Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Filem genre seram terbaru terbitan MIG, Highland Tower menimbulkan
kegemparan apabila ada penonton yang diserang histeria ketika
menyaksikannya.
Filem arahan Pierre Andre dan berkonsep ‘found footage’ ala The Blair
Witch Project ini memaparkan sekumpulan remaja yang masuk ke tapak
runtuhan Highland Tower untuk merakam aktiviti paranormal di sana.
Bagaimanapun sama ada filem ini benar-benar seram atau tidak, anda
bolehlah berkunjung sendiri ke pawagam untuk memeriksanya sendiri kerana
ia sedang ditayangkan sekarang
Video
KUALA LUMPUR – “Kami berselisih faham mengenai bekas isterinya,
tetapi tidak sangka dia akan lari,” kata Norazlina Mohd Yunus, 48,
mengenai kehilangan suaminya, Zulkifli Abu, 45.
Menurutnya, suaminya menghilangkan diri selepas keluar rumah sehelai
sepinggang kira-kira jam 3 pagi, 4 Oktober lalu, dan sehingga kini masih
gagal dikesan.
Norazlina berkata, sebelum suaminya disedari keluar rumah, mereka ada
berselisih faham, namun sudah menyelesaikan perkara itu dengan cara
baik menyebabkan dia kini bingung dengan tindakan suaminya itu.
“Ini kali kedua suami menghilangkan diri. Pada September tahun lalu,
kami pernah berselisih faham dan suami hilang hampir tiga bulan.
“Ketika itu, suami memberitahu dia mengikut rakannya bekerja sebagai
buruh di Tasik Banding, Perak. Saya sudah menghubungi beberapa rakan dan
keluarganya di Kedah, namun masih gagal mengesan,” katanya ketika
membuat aduan di Balai Berita, di sini, semalam.
Zulkifli pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita
Thailand dan dikurniakan empat anak sebelum berpisah dan berkahwin
dengan Norazlina lebih setahun lalu.
Katanya, sejak ketiadaan suami, dia terpaksa membantu rakan berniaga
di sebuah gerai di Pelabuhan Klang bagi menampung kehidupannya bersama
anak lelaki berusia 14 tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.
Berikutan suaminya menghilangkan diri, Norazlina membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, 16 Oktober lalu.
Norazlina meminta bantuan orang ramai yang ada maklumat supaya
menghubunginya di talian 017-2134950 atau Tam (016-9491514). – Harian
Metro Online
[Wow] - Berita Tempatan
Maria Farida adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah
air dengan lakonan yang berkesan dan mantap. Namun kelibatnya jarang
sekali keluar dikaca televisyen mahu pun di media cetak. Pelakon yang
terkenal dengan wajah awet muda ini pernah hangat dilanda gosip
percintaan dengan pasangan yang jauh lebih muda darinya.
Baginya, itu hanyalah asam garam kehidupan dan dia tetap meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak tanpa mencampur-aduk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.
OHBULAN! sempat mendapatkan komen pelakon popular ini tentang jolokan yang diterimanya. Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.
Baginya, itu hanyalah asam garam kehidupan dan dia tetap meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak tanpa mencampur-aduk kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.
OHBULAN! sempat mendapatkan komen pelakon popular ini tentang jolokan yang diterimanya. Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.
”Apa boleh buat, orang yang melabelkan saya. Bukannya saya mintak untuk dilabelkan sedemikian.”
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.
“Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi.”
“Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja” ujarnya lagi dengan senyuman.
Terbaru Maria Farida juga turut hadir pada sidang media filem terbaru berjudul ‘Mamak Cupcake’ bertempat di House Restaurant di e@Curve. Pelakon hangat ini antara pelakon filem bergenre komedi dan turut di bintangi oleh Siti Saleha, Faizal Hot FM, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah serta penampilan khas Adibah Noor serta Chef Ismail. Filem ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.
“Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi.”
“Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja” ujarnya lagi dengan senyuman.
Terbaru Maria Farida juga turut hadir pada sidang media filem terbaru berjudul ‘Mamak Cupcake’ bertempat di House Restaurant di e@Curve. Pelakon hangat ini antara pelakon filem bergenre komedi dan turut di bintangi oleh Siti Saleha, Faizal Hot FM, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah serta penampilan khas Adibah Noor serta Chef Ismail. Filem ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.
[Wow] - Kisah Artis
SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar.
Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya.
Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam.
Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan.
Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen’s di Nottingham malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk.
Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire.
Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha.
Global
Pelakon genit, Nora Danish menafikan laporan bahawa dia ke London baru-baru ini menggunakan wang ‘teman tapi mesranya’, Nedim Nazri Aziz.
Nedim yang merupakan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz telah terbang ke London bersama Nora kerana urusan perniagaan dan berjumpa sanak saudaranya yang menetap di sana.
Menerusi laporan sebuah akhbar, Nora dikatakan telah membelanjakan sebanyak RM25,000 berikutan tersebarnya salinan tempahan tiket penerbangan aktres tersebut.
Hal ini sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pemergiannya ke kota Eropah itu adalah ditanggung oleh Nedim.
Nora bagaimanapun menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan segala perbelanjaannya di sana adalah atas wang hasil usahanya sendiri.
“Saya kira pengirim (salinan) itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim.
“Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa,” katanya.
Hubungan mereka yang kini semakin akrab juga nampaknya menerima pelbagai respons daripada pemerhati industri hiburan tanah air.
Ada yang menyukai hubungan mereka, namun tak kurang juga yang mengutuk mereka.
Namun ibu kepada Putra Rayqal Ramli ini enggan mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang dan mengambil pendekatana untuk mengabaikan sahaja semua komen-komen negatif yang diterimanya.
[Wow] - Gosip Hiburan
Pelakon Nabila Huda sememangnya dikenali di antara salah seorang aktres Malaysia yang paling berbakat.
Berilah apa sahaja watak kepadanya, pasti mampu dilaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Anak kepada rockers Amy Search ini juga tidak pernah lekang dengan tawaran drama dan sentiasa sibuk dengan kerjanya seperti mana yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
Terbaru, Nabila atau Abil akan menterjemahkan watak Biduanita Negara, Puan Sri Saloma dalam drama biopik yang mengangkat nama isteri Tan Sri P. Ramlee itu sendiri.
Nashkah itu akan diarahkan oleh anak saudara kepada Saloma iaitu Melissa Saila.
Sementara itu, Sazzy Falak telah diberi kepercayaan untuk menjayakan watak kakak Saloma iaitu Mariani Ismail yang merupakan ibu kepada Melissa.
Penggambaran drama ini juga dikatakan dibuat di Pulau Pinang dan semua pelakon telah diubah imej mereka seperti di zaman 1950-an.
Di bawah ini merupakan sebahagian foto-foto menarik yang sempat dikongsikan Abil menerusi Instagramnya.
Hiburan
Semua orang mengetahui mengenai kes Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal yang telah dibongkarkan oleh wartawan hiburan Berita Harian sedikit masa baru-baru ini.
Perkahwinan rahsia mereka akhirnya terbongkar selepas pendedahan secara eksklusif itu malah ianya mengejutkan ramai pihak termasuk peminat-peminat setia pasangan pelakon tersebut.
Kali ini, nama Aeril sekali lagi terpalit kontroversi apabila dia dikatakan pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera sebelum mendirikan rumah tangga dengan Wawa.
Baik kedua-dua Aeril dan Ummi sudah pun menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkan wartawan yang membuat cerita itu sengaja mahu menaburkan fitnah terhadap diri mereka.
Hari ini, menerusi akaun Instagram Aeril, dia mendedahkan bahawa sebenarnya sudah lama Zubir mencari isterinya untuk mendapatkan keterangan daripadanya.
Namun apabila ajakannya itu tidak dilayan, mungkin itulah timbul cerita Zubir sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan karier Aeril dan Wawa.
Hmm, makin hangat nampaknya perang di antara Aeril dan wartawan sensasi ni.
Kalau benarlah apa yang ditulis Zubir itu merupakan fitnah semata-mata, memang berat ‘dosa’ yang ditanggungnya itu.
[Wow] - Kisah Artis
Justin Bieber telah melabur jutaan dolar untuk satu aplikasi sosial baru dikenali sebagai Shots of Me.
Menyasarkan para peminatnya, Shots of Me dirancang untuk dilancar hujung minggu ini.
Selain Bieber pelabur lain adalah Shervin Pishevar, Tom McInerney dan peninju Floyd Mayweather.
Mempunyai 46.5 juta pengikut di Twitter sahaja, keputusan penyanyi pop terkenal ini boleh dikira satu keputusan yang bijak meskipun ini kali pertama dia membuat keputusan perniagaan dalam jumlah yang besar.
Berdasarkan nama, Shots of Me dijangka dijangka dipengaruhi kegilaan remaja hari ini untuk menangkap gambar sendiri (selfie) dan memuatnaikkannya di laman sosial.
[Wow] - Selebriti
PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael tidak pernah berasa terlalu yakin dalam melakukan sesuatu perkara sebaliknya menanamkan rasa percaya terhadap diri sendiri terutamanya kerjaya dan muzik.
Awi, 27, berkata, pencapaian yang dikecapi sekarang adalah berikutan rasa percaya bahawa dia boleh pergi lebih jauh dalam industri seni muzik negara ini.
"Saya tidak pernah rasa over confident tetapi saya sangat percaya diri saya boleh berada dan bawa muzik saya ini dengan lebih jauh.
"Yakin dan percaya adalah dua perkara yang berbeza, jika kita terlalu yakin kita akan jatuh namun jika kita percaya dengan sesuatu perkara itu kita boleh melakukannya," katanya kepada mStar Online.
Biarpun boleh dikatakan masih baru dalam industri muzik tanah air, namun Awi terharu karya-karya ciptaannya mendapat perhatian dan diterima baik oleh masyarakat.
Malah dia turut bersyukur namanya kini sudah mula mendapat perhatian dan sebaris dengan artis-artis terkenal.
"Alhamdulillah kerjaya semakin baik dan baru-baru ini saya dapat membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik di Singapore berkongsi pentas bersama Hafiz Suip dan Cakra Khan. Bagi saya ia adalah satu penghargaan yang sangat bernilai," katanya.
Sementara itu, Awi berkarya, dia kini sedang mencari seorang penyanyi wanita sebagai rakan duet untuk lagu terbaharunya.
"Saya sudah ada lagu tapi masih mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk berduet, kalau boleh saya mahu penyanyi yang saya minat suaranya.
"Saya tidak kisah dia popular atau tidak tetapi suara dia sesuai dengan lagu tersebut itu lebih penting," katanya.
Dalam pada itu, Awi berkata, selepas lagu Kalau Aku Kaya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada projek albumnya di Indonesia.
"Saya akan ke Indonesia dalam masa terdekat untuk menyiapkan projek bersama kumpulan Samsons," katanya.
[Wow] - Kisah Artis
ADIK kepada bintang realiti Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem lucah dengan bayaran sebanyak RM6 juta (USD2 juta).
TMZ.com melaporkan, Kendall menerima tawaran itu sejurus selepas dia menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
Kendall yang juga seorang model telah diminta untuk menghadirkan diri untuk uji bakat oleh enam buah syarikat yang meneribtkan filem lucah.
Bagaimanapun pengurus dan ibu kepada Kendall iaitu Kris Jenner enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Kendall juga disebut-sebut sebelum ini sebagai wajah baharu Victoria Secret kerana wajahnya yang cantik.
Kakaknya, Kim sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila video lucahnya bersama penyanyi Ray J tersebar luas di internet pada 2007.
[Wow] - Selebriti
PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzanne menolak dakwaan kononnya dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya kerana kecewa dengan berita mengejut perkahwinan aktor Bront Palarae yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.
Cristina, 28, menjelaskan tanggapan itu adalah mengarut kerana keputusannya tersebut adalah atas kehendak dirinya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan pelakon itu.
"Saya sendiri sebelum ini tidak tahu dari mana datangnya cerita kami dikatakan bercinta dan tidak benar sama sekali saya ingin berkahwin kerana kecewa dia (Bront) sudah berumah tangga.
"Keputusan untuk menamatkan zaman bujang bukan dipaksa oleh sesiapa atau atas apa-apa situasi tetapi ia adalah keputusan saya sendiri," katanya kepada mStar Online.
Cristina bakal bernikah 22 Januari 2014 iaitu pada hari jadinya yang ke 29 dan majlis akan diadakan di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.
Pelakon filem KIL itu sebelum itu mengikat tali pertunangan dengan lelaki tersebut pada 13 Oktober lalu.
Dalam perkembangan lain, Cristina berkata, dia tidak melihat jodohnya yang ditentukan oleh keluarga sebagai perkara kolot tetapi menganggap ia sebagai kebaikkan untuknya.
Tambah Cristina, dia hubungan yang direstui oleh keluarga akan lebih membawa berkat dan paling penting dia dapat menerima lelaki berkenaan sebagai suaminya.
"Jika orang melihat saya dari segi luaran mereka tentu tidak menyangka bahawa saya seorang yang konvensional dan akan berkahwin dengan pilihan keluarga.
"Tetapi saya tidak pernah melihat ia sebagai masalah kerana yakin dengan restu keluarga dan paling penting saya dapat menerima bakal suami dengan hati terbuka dan bukannya kerana terpaksa," jelasnya.
Sementara itu, Cristina berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan mengenai bakal suaminya kepada umum dan berharap peminat memahami kehendaknya.
Jelas Cristina, rumah tangga yang bakal dibina adalah kehidupan peribadinya dan merasakan berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.
"Bakal suami hanya orang biasa dan tiada kena mengena dalam bidang ini dan saya lebih selesa untuk tidak bercerita mengenai soal peribadi kepada umum," jelasnya yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem KIL di Anugerah Skrin 2013.
Dalam perkembangan lain, Cristina berkata, selain sibuk dengan persiapan perkahwinannya, dia baharu sahaja tamat menjalani penggambaran tiga filem iaitu CEO, Tujuh dan Wanita.
[Wow] - Gosip Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel menganggap tuduhan bahawa dia pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera adalah fitnah yang bertujuan memburukkan lagi dirinya di mata masyarakat.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur di laman sosial secara terbuka.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
"Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu.
Dalam laporan tersebut turut memberitahu Aeril pernah berkawan baik dengan Ummi dan meminati lakonan wanita itu.
Jelas Aeril, dia kesal dengan tuduhan tersebut dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.
Bagaimanapun, katanya, ia menerima perkara itu sebagai satu ujian daripada Allah taala untuk menjadikannya insan yang lebih kuat.
Sementara itu, Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia disamping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan.
"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.
"Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti," katanya.
Tambah Aeril, selepas kontroversi perkahwinannya itu ramai yang tampil memberi sokongan moral kepada kami sekeluarga.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami," katanya.
Terdahulu pada 11 Oktober lalu pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam satu sidang media menjelaskan mereka sudah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan kali kedua, 4 Februari lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu. Mstar
[Wow] - Gosip Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments