KUALA LUMPUR – “Kami berselisih faham mengenai bekas isterinya,
tetapi tidak sangka dia akan lari,” kata Norazlina Mohd Yunus, 48,
mengenai kehilangan suaminya, Zulkifli Abu, 45.
Menurutnya, suaminya menghilangkan diri selepas keluar rumah sehelai
sepinggang kira-kira jam 3 pagi, 4 Oktober lalu, dan sehingga kini masih
gagal dikesan.
Norazlina berkata, sebelum suaminya disedari keluar rumah, mereka ada
berselisih faham, namun sudah menyelesaikan perkara itu dengan cara
baik menyebabkan dia kini bingung dengan tindakan suaminya itu.
“Ini kali kedua suami menghilangkan diri. Pada September tahun lalu,
kami pernah berselisih faham dan suami hilang hampir tiga bulan.
“Ketika itu, suami memberitahu dia mengikut rakannya bekerja sebagai
buruh di Tasik Banding, Perak. Saya sudah menghubungi beberapa rakan dan
keluarganya di Kedah, namun masih gagal mengesan,” katanya ketika
membuat aduan di Balai Berita, di sini, semalam.
Zulkifli pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita
Thailand dan dikurniakan empat anak sebelum berpisah dan berkahwin
dengan Norazlina lebih setahun lalu.
Katanya, sejak ketiadaan suami, dia terpaksa membantu rakan berniaga
di sebuah gerai di Pelabuhan Klang bagi menampung kehidupannya bersama
anak lelaki berusia 14 tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.
Berikutan suaminya menghilangkan diri, Norazlina membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, 16 Oktober lalu.
Norazlina meminta bantuan orang ramai yang ada maklumat supaya
menghubunginya di talian 017-2134950 atau Tam (016-9491514). – Harian
Metro Online
No comments
Post a Comment