Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Maria Farid 'redha' Digelar Artis Simbol Seks Di Malaysia'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Maria Farida adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air dengan lakonan yang berkesan dan mantap. Namun kelibatnya jarang sekali keluar dikaca televisyen mahu pun di media cetak. Pelakon yang terkenal dengan wajah awet muda ini pernah hangat dilanda gosip percintaan dengan pasangan yang jauh lebih muda darinya.
Baginya, itu hanyalah asam garam kehidupan dan dia tetap meneruskan perjalanan hidupnya bersama anak tanpa mencampur-aduk kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.

OHBULAN! sempat mendapatkan komen pelakon popular ini tentang jolokan yang diterimanya. Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.


”Apa boleh buat, orang yang melabelkan saya. Bukannya saya mintak untuk dilabelkan sedemikian.”
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.
“Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi.”
“Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja” ujarnya lagi dengan senyuman.
Terbaru Maria Farida juga turut hadir pada sidang media filem terbaru berjudul ‘Mamak Cupcake’ bertempat di House Restaurant di e@Curve. Pelakon hangat ini antara pelakon filem bergenre komedi dan turut di bintangi oleh Siti Saleha, Faizal Hot FM, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah serta penampilan khas Adibah Noor serta Chef Ismail. Filem ini akan ditayangkan pada awal tahun hadapan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments