Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.
Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.
Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.
Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.



Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.
Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.
Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini.

TERSEBAR di laman sosial beberapa keping gambar individu berpakaian seragam polis terbaring ditembak di laman sosial dan aplikasi Whatsapp mengatakan ada kejadian tembak menembak di Serdang.
Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia gambar berkenaan sebenarnya adalah satu latihan krisis tebusan di terminal KL Sentral.
Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan kejadian tembak menembak yang dilihat ada cubaan untuk mewujudkan rasa ketakutan dalam kalangan orang ramai.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan sumber yang sahih.
Dalam gambar berkenaan menunjukkan dua perompak dan dua Polis Bantuan terbunuh.
Menurut beberapa penjelasan dari laman blog, ia adalah satu latihan yang dirancang oleh pengurusan bangunan KL Sentral iaitu Semasa Sentral Sdn Bhd dan ia merupakan latihan tahunan.



Pondan Tercantik Di Dunia ini sebenarnya merupakan seorang Supermodel terkenal di Thailand yang bernama Nong Poy atau nama sebenarnya Treechada “Nong Poy” Marnyaporn yang mula menjadi terkenal setelah menyertai pertandingan Ratu Cantik “Miss Tiffany’s” pada tahun 2004.

Paras rupanya yang cantik dan menawan melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan tersebut sekaligus menjadi detik itu sebagai titik mula bagi dirinya untuk melonjakkan diri dipentas kejayaan.



Sejarah dirinya pula sangat unik, ini kerana pada asalnya Nong Poy lahir di Phang Ngai,Thailand pada 5 Oktober 1986 sebagai seorang lelaki bersama keluarga bahagia.


Akan tetapi, keadaan keluarga tersebut tidak dapat membendung dirinya daripada berkeinginan untuk menjadi seorang wanita kerana beliau merasakan yang tuhan menciptakan dirinya dibadan yang salah.

Walaupun kecewa dengan kenyataan yang harus diterima,ini tidak menghalang diri Nong Poy untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa berpura-pura menjadi seorang lelaki didepan kedua ibubapanya.Walaupun hanya untuk sementara waktu sahaja.

Setelah mencapai usia 17 tahun, Nong Poy memberanikan diri untuk melakukan pembedahan pengubahan jantina bagi memenuhi impian yang diimpikan sejak kecil lagi iaitu menjadi seorang perempuan.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak,namun semua itu terpaksa dilupakan demi mengejar impian tersebut.

Akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahan sehinggalah ke hari ini.





Semenjak berita mengenai rampasan tudung tiruan yang meniru rekaan Fareeda beberapa hari lepas di dada akhbar, Mawar Abdul Karim, isteri kepada Fizo Omar menerima banyak kecaman dari peminat dan juga peniaga-peniaga online.

Menurut golongan ini, tindakan pihak Fareeda yang bekerjasama dengan KPDNKK merampas lebih dari seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77,000 adalah tidak wajar dan dilihat sebagai sengaja menutup periuk nasi peniaga lain. 

Sedar akan terlalu banyak pandangan dan tohmahan negatif ke atas pihak Fareeda di Facebook page rasmi peniaga tudung nombor 1 negara itu, Fizo Omar tampil mempertahankan tindakan isterinya dan sekaligus mewakili pihak Fareeda menjawab segala tohmahan dan kritikan keyboard warrior.

BERIKUT ADALAH LUAHAN HATI FIZO OMAR:

"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA.. Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini.. lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua. Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company. Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.

Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan di dalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda. 

BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda? Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara. Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA. 

Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lebih di butik mahupun online(reseller n dealer). Saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang. Mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online. Secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki dan mereka mencari rezeki yang halal.

Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif #no 1 di malaysia. Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu, bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.

Berkaitan dengan SIZE tudung pula, ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat. Tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA. Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. Anda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.

Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyedarkan pihak2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezeki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan. Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.

Diharap coretan saya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri. Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri. Lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita. Sekian terima kasih."



Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;

Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.

Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. –MyNewsHub



BELUM pun lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ataupun kotak hitamnya ditemui, buku berkaitan mengenai kejadian itu sudah pun siap untuk diterbitkan dan dikesan dipamerkan di satu program Pesta Buku di London.
Menurut laporan laman web The Rakyat Post, buku itu ditulis oleh penulis fiksyen dan wartawan Nigel Cawthorne.
Buku itu dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Mei depan.
Gambar buku terbitan Blake Publishing berkenaan kini tersebar di laman sosial di seluruh dunia.
Ketika pasukan penyiasat dari pelbagai negara sedang cuba mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas, peminat buku antarabangsa kini tertanya-tanya apakah kandungan utama di dalam buku tulisan Cawthorne itu.
Menurut butiran penulisnya, beliau turut pernah menyumbangkan karya tulisannya kepada syarikat penerbitan Britain antaranya The Guardian, The Daily Telegraph dan The Daily Mail.
Cawthorne turut dikenali dengan beberapa buah buku berkaitan seks antaranya Sex Lives Of The Pope, Sex Lives Of The Famous Lesbians dan Sex Lives Of The Roman Emperors.
Dia turut pernah menulis buku bertajuk Antics Of Old England dan Sex Secret Of Old England.
Menurut laman web pendaftaran buku United Kingdom, buku MH370, The Mystery itu diterbitkan dengan ketebalan 288 mukasurat.
“Penulis dan wartawan berpengalaman Nigel Cawthorne telah membuat penyelidikan kejadian MH370 dengan menyeluruh dan terperinci, bakal mendedahkan penjelasan di sebalik misteri yang membuatkan seluruh dunia tertanya-tanya,” menurut sinopsis buku itu.
Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada hari kejadian, pesawat itu membawa bersama 227  penumpang dan 12 anak kapal. 


Apabila berada di jalan raya, rata-rata pemandu di Malaysia memandu dengan penuh emosi. Jika boleh, ingin benar mereka memecut laju selaju-lajunya. Jika bab sabar, pemandu kita amat kurang penyabar orangnya. Biarpun pahit, hakikat ini amat sukar ditelan.

Hampir setiap hari terutamanya di bandar bandar besar kita dapat menyaksikan ketidaksabaran pemandu yang memandu dengan emosi ingin cepat sampai ke destinasi. 

Jika ada kereta yang menghalang kelancaran pemanduan mereka, pasti akan dinyalakan lampu sebagai tanda ‘sila ke tepi jika tidak memotong’. Paling teruknya apabila golongan ini sudah hilang sabar, bunyi hon pula yang digunakan untuk menghalau pemandu lain. 

Nyalaan lampu tinggi dan hon tidak menjadi masalah, tetapi sikap sesetengah pengguna jalan raya yang berlagak samseng ini yang amat menyakitkan hati. Jalan raya bagaikan milik mereka dan memperlekehkan pengguna jalan raya yang lain dengan sewenang-wenangnya. 

Antaranya adalah seperti di dalam gambar di bawah ini:

Sumber Gambar: Samseng Taik Kucing


Menurut cerita tuan empunya gambar, dia telah dikejar oleh pemandu kereta Perodua Viva berwarna silver bermata merah jambu ini hanya kerana tidak puas hati di hon oleh beliau. 

Lelaki terbabit cuba menghimpit keretanya dan kemudian mengeluarkan sebatang besi seolah-olah ingin merosakkan keretanya. 

Tidak dapat dikenalpasti sama ada lelaki berkenaan berjaya merosakkan kereta mangsa. Namun mangsa sempat mengambil gambar lelaki berkenaan.

Dalam kes ini, kita tidak tahu apa jalan cerita yang sebenar. Namun, tindakan menjadi road bully ini amat dikutuk sekeras-kerasnya. Apa salahnya jika masing-masing bertolak ansur, bertimbang rasa ketika berada di jalan raya? Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, bukannya menggunakan kekerasan untuk selesaikan masalah.


Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992), atau nama glamournya Emma Maembong merupakan seorang pelakon dan model kelahiran Malaysia. Emma mula mendapat perhatian atau popular disebabkan wataknya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah.

KERJAYA

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama ayahnya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.

Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).



Selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu. Walaupun dia hanya berlakon sebagai watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia.

Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.
KEHIDUPAN AWAL

Emma adalah anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah Scotland. Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia dan dia juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan.



Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong. Adik Emma Cha Cha Maembong dan kakaknya Yaya Maembong juga seorang pelakon.

PENDIDIKAN

Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.

WIKIPEDIA | Kredit Foto: Awek Impian



KUALA LUMPUR: Kelicikan seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyeludup 15 batang rokok dengan menyembunyinya di dalam tiga biji roti sosej di Sungkai, Perak tidak kesampaian apabila helahnya terlebih dahulu dihidu oleh pihak pengurusan kem.

Tindakan remaja berusia 17 tahun itu dikesan ketika jurulatih kem tersebut melakukan pemeriksaan terhadap pelatih Kumpulan 2, Siri 11 yang melapor diri pada Rabu.

Difahamkan, ketika melapor diri kepada pihak kem, remaja berkenaan mendakwa roti tersebut merupakan bekalan makanannya jika terasa lapar semasa menjalani latihan.

Bagaimanapun, prosedur setiap kem PLKN yang menuntut pemeriksaan terperinci dilakukan berjaya mengesan helah remaja terbabit.

Semasa pemeriksaan dilakukan terhadap remaja itu, dia kelihatan tenang dan enggan menyerahkan roti tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada jurulatih yang memeriksa roti tersebut menemui lima batang rokok yang dibungkus kemas dengan plastik di dalam setiap biji roti.

Kesemua rokok itu kemudiannya dirampas dan pelatih berkemungkinan akan dikenakan hukuman kerana kesalahan menyeludup rokok.

Difahamkan, cubaan menyeludup rokok oleh pelatih bukanlah perkara baharu tetapi ia sentiasa dibendung oleh pihak pengurusan kem bagi memastikan objektif mendisiplinkan remaja tercapai. - mStar
Pengiklanan penjualan kenderaan melalui laman sesawang boleh mengundang padah jika anda tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. 


Terkini, penjenayah memperdaya mangsa (penjual kenderaan) dengan tipu helah untuk menguji kenderaan di malam hari yang kemudiannya akan dilarikan. Sasarannya adalah kenderaan terpakai. 

Kelicikan penjenayah memperdaya mangsa yang mengiklankan kenderaan dalam laman sesawang menyebabkannya digelar 'Lone Ranger' kerana bergerak secara bersendirian. 

Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya. 

Modus Operandi: 
  • Mangsa yang mengiklankan kereta miliknya dalam laman sesawang akan dihubungi suspek beberapa kali selepas memuat naik gambar kenderaannya dalam laman berkenaan. 
  • Suspek akan mengumpan mangsa untuk bertemunya pada waktu malam sebelum melarikan kenderaan milik individu terbabit. 
  • Suspek akan bertegas untuk bertemu waktu malam sahaja dan meminta izin mangsa kononnya untuk memandu uji kereta berkenaan. 
  • Suspek akan memandu kereta tersebut di sekitar kawasan berkenaan sebelum berpura-pura berpuas hati dengan kenderaan yang hendak dibeli.
  • Suspek terbabit akan mengeluarkan sekeping cek dan menyerahkannya kepada mangsa sambil mengarahkan mangsa untuk turun daripada kereta bagi menyemak cek berkenaan di kawasan terang.
  • Suspek akan mengambil kesempatan melarikan kenderaan berkenaan dengan meninggalkan sebuah kereta miliknya yang dipercayai kenderaan curi. 

Nasihat:
  • Semasa berjumpa dengan suspek untuk tujuan jual beli kenderaan, disarankan untuk membawa rakan bersama-sama. 
  • Tidak panik dan kenal pasti wajah suspek seperti (bangsa, pakaian dan jantina). 
  • Lakukan urusan jual beli kenderaan bersama ejen berdaftar dan bukan secara perseorangan. 
  • Pastikan masa urusan ditukar pada waktu siang dan di tempat yang tidak sunyi. 
  • Pastikan kawasan yang diberhentikan kenderaan adalah kawasan yang sama dengan kawasan yang dimulakan. (Disarankan supaya kawasan yang ramai orang atau banyak kenderaan kerana ia akan melambatkan pergerakan suspek untuk melarikan kenderaan) 
  • Memadai memuat naik beberapa bahagian tertentu sahaja seperti gambar bahagian depan, sisi dan belakang kereta semasa membuat pengiklanan jualan kenderaan di laman sesawang.
Sumber dari Facebook Polis DiRaja Malaysia [PDRM]


GEORGETOWN – Gara-gara menegur sekumpulan lelaki yang sedang menikmati minuman keras, seorang pencuci dibelasah sehingga mati dalam kejadian di Lebuh Sungai Pinang di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 19 tahun dari Flat PPRT, Jalan Sungai Pinang di sini, dikatakan berjalan bersendirian kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan berkenaan sebelum menegur kumpulan lelaki berkenaan.

Berang dengan teguran mangsa, kumpulan lelaki seramai empat orang itu bertindak memukul mangsa bertubi-tubi dengan menggunakan topi keledar di bahagian muka mangsa sehingga menyebabkan mangsa rebah.

Menyedari perbuatan mereka dilihat orang awam, kumpulan lelaki itu melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurut sumber, saksi yang melihat kejadian itu tidak sempat mengecam wajah empat lelaki berkenaan kerana keadaan pada waktu itu gelap.

“Mereka melarikan diri menggunakan dua motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, orang awam yang melihat kejadian itu membuat laporan polis.
Menurutnya, pasukan perubatan juga dikejarkan ke tempat kejadian bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua cermin topi keledar dan enam tin minuman keras dipercayai kepunyaan suspek.
“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan empat lelaki berkenaan,” katanya. – Sinar


GEORGE TOWN: Seorang remaja dipukul sehingga mati dengan menggunakan topi keledar oleh sekumpulan lelaki selepas dia meminta suspek berhenti membuat bising di Promenade IJM Sungai Pinang, Jelutong, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, Ameer Mustaqim Naharuddin , 19, dipukul berkali-kali di kepala dan muka oleh empat suspek sehingga di maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, sebaik mendapat laoran mengenai kejadian itu, sepasukan unit forensik dan pasukan siasatan telah dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemui serpihan topi keledar yang dipercayai telah digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.
“Setakat ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berseorangan dan suspek melarikan diri dengan dua buah motosikal.
Mangsa juga dikatakan telah menegur kumpulan suspek secara seorang diri semasa kejadian.

Mazlan menambah, polis ketika ini turut merekodkan keterangan daripada rakan-rakan mangsa.
Bapa Ameer Mustaqim iaitu Naharuddin Yusoff, 45, berkata, kali terakhir dia menemui anaknya ialah pada pukul 11 malam itu.

“Pada malam itu juga saya meminta Ameer pulang awal kerana dia berkerja pada keesokannya dan dia membalas  akan pulang lebih awal, tetapi tidak sangka pula perkara seperti itu akan berlaku.
“Walaupun Ameer sering keluar malam bertemu rakan-rakan tetapi dia seorang yang berdisiplin kerana akan keluar berkerja pada pukul 7.30 pagi. -

Bangkok: Polis Lumpini menahan dua rakyat Romania yang mempunyai 795 kad ATM palsu.
Mereka kini disiasat kerana disyaki menggunakan kad berkenaan untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM di Bangkok. 
Ketua Polis Metropolitan Major Jeneral Suebsak Phansura berkata, dua lelaki itu dilihat menaiki teksi motosikal berhampiran Thailand Tobacco Monopoly di daerah Klong Toey, kelmarin. 
Katanya, polis menjalankan pemeriksaan selepas mendapati dua lelaki itu dalam keadaan meragukan.

Seorang daripada mereka memegang sejumlah kad ATM menyebabkan polis membuat pemeriksaan lanjut di bilik hotel mereka dan menemui keseluruhannya 795 kad ATM serta mesin mencuri data.

Dengan bantuan Siam Commercial Bank polis mendapati 431 daripada kad itu mengandungi data manakala 364 selebihnya kosong. 
Bank menganggarkan jumlah kerugian sebanyak 100 juta baht (RM10 juta) jika dua lelaki terbabit berjaya mengggunakan semua kad dimiliki untuk mengeluarkan jumlah maksimum daripada pelbagai ATM. 

Menurut polis, dua lelaki itu mengakui diupah 500 euro (RM2,200) untuk mengeluarkan wang menggunakan kad palsu berkenaan yang mengandungi data yang digodam daripada bank di Itali. - Agensi



New Delhi: Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari.
Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dam berat 3.37 kilogram. 
Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru. 

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: ‘Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.
“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Mereka berjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.” - Agensi

Afrika: Buaya haiwan paling digeruni di Afrika, reptilia yang terkenal dengan membaham sebelum menelan mangsanya hidup-hidup.
Masalah timbul di ladang buaya Butat Nyanyana di pesisiran pantai Pulau Kariba, Zimbabwe kerana haiwan berkenaan jemu dengan makanan pelet berasaskan sayur-sayuran.
Penternak di ladang berkenaan memilih makanan itu kerana harganya yang murah berbanding daging, berprotein bermineral dan bervitamin yang dikatakan dapat meningkatkan kualiti kulit reptilia itu untuk dijadikan beg tangan atau kasut dalam pentas peragaan fesyen di New York, Paris, London atau Milan.

“Kami tidak lagi memberi daging kepada buaya di sini,” kata Pengarah Kewangan, Oliver Kanmundimu, pemilik ladang Padenga Holdings.

“Kualiti kulit dapat ditingkatkan kerana kami mengukur semua nutrien yang diberikan yang tidak boleh didapati hanya dengan memakan daging,” katanya semalam.

Nyanyana yang terletak 400 kilometer ke barat laut Harare menempatkan 50,000 buaya Nil dan satu daripada tiga Ladang Padenga di Kariba. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Afrika.

Syarikat berkenaan mempunyai 164,000 buaya secara keseluruhannya dan memberi makanan palet sayur-sayuran sejak 2006 ketika krisis melanda Zimbabwe hingga menyebabkan daging sukar didapati dan harganya yang terlalu mahal.

Pada mulanya, pelet itu mengandungi 50 peratus daging tetapi dikurangkan secara beransur-ansur kepada diet sayur-sayuran keseluruhannya.

“Kami berada di satu tahap hingga mengurangkan daging daripada 15 peratus kepada tujuh peratus dan sekarang kepada sifar daging dan ikan,” katanya.

Operasi lebih senang, dan buaya berkenaan mendapat segala nutrien daripada makanan seumpama itu.

Makanan diberi dua hari sekali, menjadikan buaya itu jinak dan hanya berbaring ketika pekerja menjalankan operasi pembersihan.

Buaya berkenaan disembelih ketika berusia 30 bulan dan berukuran 1.5 meter panjang. Kulitnya ketika itu lembut dan mudah dilentur.

Tahun lalu, Padenga Harare menjual 42,000 kulit ke Eropah terutama di Perancis.
Harga puratanya setiap kulit itu boleh mencapai sehingga (AS550) RM2,277.

Sebanyak 90 peratus kulit buaya itu dijadikan beg tangan berkualiti tinggi, kata Kamundi, manakala lebihan kulit dijadikan tali pinggang, kasut dan tali jam bagi beberapa jenama terkenal dalam dunia fesyen.- Agensi