Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pencuci Dapur Dibelasah Lelaki Mabuk Hingga Mati
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



GEORGETOWN – Gara-gara menegur sekumpulan lelaki yang sedang menikmati minuman keras, seorang pencuci dibelasah sehingga mati dalam kejadian di Lebuh Sungai Pinang di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 19 tahun dari Flat PPRT, Jalan Sungai Pinang di sini, dikatakan berjalan bersendirian kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan berkenaan sebelum menegur kumpulan lelaki berkenaan.

Berang dengan teguran mangsa, kumpulan lelaki seramai empat orang itu bertindak memukul mangsa bertubi-tubi dengan menggunakan topi keledar di bahagian muka mangsa sehingga menyebabkan mangsa rebah.

Menyedari perbuatan mereka dilihat orang awam, kumpulan lelaki itu melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurut sumber, saksi yang melihat kejadian itu tidak sempat mengecam wajah empat lelaki berkenaan kerana keadaan pada waktu itu gelap.

“Mereka melarikan diri menggunakan dua motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, orang awam yang melihat kejadian itu membuat laporan polis.
Menurutnya, pasukan perubatan juga dikejarkan ke tempat kejadian bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua cermin topi keledar dan enam tin minuman keras dipercayai kepunyaan suspek.
“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan empat lelaki berkenaan,” katanya. – Sinar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments