GEORGE TOWN: Seorang remaja dipukul sehingga mati
dengan menggunakan topi keledar oleh sekumpulan lelaki selepas dia
meminta suspek berhenti membuat bising di Promenade IJM Sungai Pinang,
Jelutong, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, Ameer Mustaqim Naharuddin ,
19, dipukul berkali-kali di kepala dan muka oleh empat suspek sehingga
di maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner
Mazlan Kesah berkata, sebaik mendapat laoran mengenai kejadian itu,
sepasukan unit forensik dan pasukan siasatan telah dikejarkan ke lokasi
berkenaan.
“Hasil pemeriksaan menemui serpihan topi keledar yang dipercayai telah digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.
“Setakat ini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai
berhampiran telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berseorangan dan suspek melarikan diri dengan dua buah motosikal.
Mangsa juga dikatakan telah menegur kumpulan suspek secara seorang diri semasa kejadian.
Mazlan menambah, polis ketika ini turut merekodkan keterangan daripada rakan-rakan mangsa.
Bapa Ameer Mustaqim iaitu Naharuddin Yusoff, 45, berkata, kali terakhir dia menemui anaknya ialah pada pukul 11 malam itu.
“Pada malam itu juga saya meminta Ameer pulang awal kerana dia
berkerja pada keesokannya dan dia membalas akan pulang lebih awal,
tetapi tidak sangka pula perkara seperti itu akan berlaku.
“Walaupun Ameer sering keluar malam bertemu rakan-rakan tetapi dia
seorang yang berdisiplin kerana akan keluar berkerja pada pukul 7.30
pagi. -
No comments
Post a Comment