Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kisah mengenai budak perempuan berumur 8 tahun menunggu bapanya yang tidak kunjung tiba di hadapan sekolah, telah menjadi viral semalam.

Menurut satu pos yang dimuatnaik di Facebook oleh guru sekolah di mana insiden itu berlaku, murid perempuan terbabit menunggu kedatangan bapanya yang tidak muncul-muncul sehingga jam 1 pagi.
Apa yang menyedihkan, dia dikatakan sudah 5,6 kali tertidur dan terbangun sambil menunggu kehadiran si bapa untuk menjemput namun sampai ke sudah tak nampak bayangnya.
Menurut Cikgu Zahran, prestasi murid tersebut di sekolah sangat tidak memberangsangkan dan jiwanya jenis keras memberontak.
Dia juga dikatakan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Pengawal keselamatan yang menjaga kawasan sekolah dikatakan tidak jemu menemani murid tersebut dan membuat panggilan kepada bapanya namun tiada jawapan.

“Kesabaran kami ada batasnya,” luah Cikgu Zahran dan beberapa cikgu lain yang turut berada di tempat kejadian.
Mereka kemudiannya sepakat menghubungi Talian Nur untuk melaporkan kejadian tersebut.


Tiga anggota polis yang kebetulan meronda kawasan tersebut kemudiannya menghantar murid tahun dua itu pulang ke rumahnya dengan selamat. – MYNEWSHUB.CC


SEATTLE – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) tergigit mutiara yang jarang didapati ketika menikmati tiram dan makanan laut lain di sebuah restoran masakan Itali di Issaquah, Washington.

KOMO-TV melaporkan, Lindsay Hasz dan suaminya, Chris sedang makan di Montalcino Ristorante Italiano, di Issaquah baru-baru ini apabila tergigit sesuatu yang keras ketika menikmati hidangan utama.
Hasz berkata, beliau tidak pasti apa yang digigitnya tetapi bertindak menyimpan ia di dalam poket dan balik ke rumah untuk mengkaji benda itu.
Beliau membawa benda itu kepada pakar permata yang kemudian mengesahkan ia adalah sejenis mutiara ungu Quahong yang bernilai kira-kira AS$600 (RM2,526).
Pegawai Makmal Geologikal Barat Laut AS, Ted Irwin, berkata penemuan itu jarang berlaku dengan cuma satu kes dalam beberapa juta permata bermutu.
Pemilik restoran tersebut, Cindy Nardone, berkata beliau gembira bagi pihak pelanggannya. Hasz berkata, beliau mungkin menjadikan permata itu sebagai rantai leher. – AP

BEIJING – Seorang lelaki di China memberikan kejutan kepada kekasihnya, dengan melamar wanita itu di hadapan rakan sekerjanya dengan menggunakan bunga yang diperbuat daripada kepingan wang kertas.

Ma Caojun, 32; yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar makanan segera melamar kekasihnya Qin Jiaojiao di hadapan 600 pekerja syarikat berkenaan ketika majlis anugerah industri kebetulan sedang diadakan.
Sejurus sahaja Ma diumumkan sebagai pemenang anugerah itu dia kemudiannya naik ke pentas bersama teman wanitanya, sebelum berlulut dan memberikan hadiah bunga yang diperbuat dari wang kertas.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat bekerja, Ma tersenyum lebar selepas Qin menerima lamaran terbabit.
“Mulai sekarang saya akan menjadi ketua keluarga dan menyediakan semuanya,’’ kata Ma kepada Qin.
Ma berkenalan dengan Qin sejak tiga tahun lalu dan dia mahu berkahwin dengan wanita berkenaan kerana selama ini Ma banyak menghabiskan masa dengan kerja.
Kini dia mahu meluangkan masa untuk isterinya. – Mynewshub.cc


SEORANG bayi perempuan yang berumur satu hari telah ditemui oleh seorang lelaki di belakang Masjid Subang Jaya, Selangor pagi Jumaat.


Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Farina Al-Khareid menerusi laman Facebooknya, dia menyatakan bayi perempuan bekenaan berada keadaan kesejukan dan digigit semut ketika dijumpai oleh suaminya.



“Hari ni, husband saya Syed Shamsul terjumpa baby di belakang Masjid Subang Jaya. Syukur masih hidup walaupun kesejukan dan digigit semut.
Baby dah dibawa ke hospital. Lega sebab baby tu selamat.
Speechless.
Syukur nevertheless,” tulis Puan Farina.

Menurut Farina, bayi yang masih bertali pusat berkenaan sudah diserahkan kepada pihak polis dan info terbaru yang diterima kami memberitahu bayi berkenaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada petang Jumaat. – MYNEWSHUB.CC