Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Baru-baru ini, gambar seorang individu didakwa mirip seorang pelakon wanita tersebar di laman sosial. Pelakon wanita yang dimaksudkan itu adalah Tiz Zaqyah.
Gambar yang menunjukkan Tizz Zaqyah sedang nyenyak tiduk dengan memakai topi jururawat di kepalanya tersebar. Tidak diketahui pula sama ada gambar itu dirakam oleh tuan empunya badan atau rakan sendiri.
Namun setelah memeriksa akaun instagram rasmi Tizz Zaqyah, tiada pula gambar berkenaan dimuat naik di laman instagramnya.
Menurut sumber, Tizz Zaqyah tertidur dilokasi pengambaran. Ada rakannya yang nakal bertindak merakam gambar Tizz yang sedang lena tidur dalam kepenatan.
Bagaimanapun, para peminat sempat meberikan pandangan Tizz Zaqyah kelihatan sedikit gemuk dan tembam. Namun tetap kelihatan comel dan cantik.
Sumber: My Media Hub
Hiburan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan mencetuskan satu lagi kontroversi dengan memberi amaran bahawa mereka akan menguatkuasakan kod pakaian Islam kepada kumpulan yang terlibat dalam perniagaan.
PBT Kelantan memulakan Operasi Gempur Aurat iaitu mengenakan denda maksimum RM500 terhadap peniaga dan pekerja wanita yang tidak menutup rambut mereka dan memakai pakaian ketat.
Keputusan itu berlaku untuk wanita yang bekerja di pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, kedai makanan dan pusat-pusat komersial lain yang memerlukan lesen operasi daripada PBT.
Pengusaha bukan Islam juga berisiko didenda jika pekerja mereka yang beragama Islam tidak mematuhi peraturan pemakaian seperti jika majikan mengarahkan pekerjanya untuk memakai pakaian seragam ketat dan berlengan pendek.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB), Nor Azariza Mohd Alawi berkata tindakan keras itu adalah tindak balas kepada aduan orang ramai.
"Peraturan pakaian ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Tambah Nor Azariza, peraturan itu hanya dikenakan ke atas orang-orang 'berinteraksi' dengan orang ramai.
Sejak Ops Gempur Aurat dimulakan pada September lalu, 34 pesalah telah didenda.
Beliau berkata tindakan keras di Kota Baru itu akan berakhir pada Disember depan.
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan berkata, permohonan untuk melonggarkan syarat itu tidak akan dilayan kerana kod pakaian itu ditetapkan dengan jelas dalam permit perniagaan.
Beliau berkata pihaknya juga telah mewajibkan peniaga, termasuk bukan Islam untuk menghadiri kursus tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan dari perspektif Islam.
"Kami telah mengambil inisiatif untuk mendidik mereka terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan undang-undang kecil ini (pada pakaian)," katanya.
Beliau berkata seramai 3,000 peniaga telah mengambil bahagian dalam kursus itu dengan masih terdapat lebih 10,000 senarai menunggu.
Pada November 2012, PBT Kelantan mengejutkan banyak pihak apabila menguatkuasakan sekatan ke atas tukang gunting rambut untuk memberi khidmat kepada pelanggan berlainan jantina
Isu Panas
Tiada apa-apa maklumat yang dilampirkan bersama gambar ini. Tetapi mengikut kepada model dan jenama motornya, sah yang perkara ini berlaku di Malaysia. Pencuri terbabit dibogelkan dan dipaksa duduk atas motosikal dalam keadaan telanjang sambil beberapa penduduk mengambil gambar dan video si pencuri ini.
Tak tahulah tepat atau tidak tindakan penduduk ini. Tetapi perkara ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada pencuri-pencuri motor sekalian supaya berfikir dahulu sebelum membuat dosa sebegini
Isu Panas
PETALING JAYA: Pelakon Fiza Halim melalui satu detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi di lebuhraya Selayang-Kepong dekat sini minggu lalu.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, semasa melalui jalan berkenaan bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut lalu menghalang kereta dipandunya.
"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.
"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.
"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujarnya kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Fiza juga berkata, disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain.
"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.
"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," katanya yang tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian.
Sementara itu, suaminya penyanyi Adam (AF) berkata, dia bersyukur isterinya tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut.
Adam berkata, dia tidak berada ditempat kejadian ketika itu kerana menyelesaikan perkara lain.
"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.
"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Hiburan
Sumy (Ukraine): Seorang lelaki meletakkan kepalanya di antara pagar besi kemudian memulas badannya hingga lehernya patah di luar sebuah restoran di sini, semalam.
Lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya.
Saksi, Murat Laginov berkata, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan.
“Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan.
“Mungkin ibu atau teman wanitanya. Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon.
“Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah.
“Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu.
Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine.
Peperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur.
Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu.
Global
Shah Alam: Pelanggan lelaki dikenakan bayaran sehingga mencecah RM500 untuk melanggan GRO sambil berhibur di sebuah pusat hiburan di Klang yang dipercayai tiada lesen perniagaan yang sah.
Difahamkan, pusat hiburan berkenaan menggunakan khidmat GRO warga asing dari Vietnam, Thailand serta Indonesia yang dibekalkan sindiket pelacuran sebagai pelaris untuk menarik pengunjung lelaki.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu premis itu pada jam 12.50 awal pagi semalam.
Hasil serbuan mengejut itu, polis menahan 50 wanita warga asing masing-masing 28 dari Vietnam dan selebihnya warga Thailand serta Indonesia selain seorang lelaki dipercayai penjaga premis maksiat itu.
Mohamad berkata, serbuan ke atas dua premis berasingan di sekitar Klang adalah hasil daripada risikan pihaknya serta maklumat daripada orang ramai dan pemeriksaan awal mendapati kedua pusat hiburan berkenaan memang menjalankan kegiatan pelacuran.
"Hasil pemeriksaan awal kami mendapati premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah ini menyediakan khidmat pelacuran kepada pelanggan lelaki yang datang berhibur di pusat hiburan mereka.
"Pemilik premis berkenaan mengenakan bayaran RM200 hingga RM500 bagi setiap pelacur selain sebahagian besar daripada mereka melakukan kesalahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, operasi serentak yang bermula awal pagi semalam diketuai Mohamad dengan kekuatan tiga pegawai dan 10 anggota dari bahagian D7 Bukit Aman.
Menurut Mohamad, semua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut selain sebahagian besar daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.
Isu Semasa
Nurtigen (Stuttgart): Anggota bomba di sini semalam terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi sejak lima tahun lalu.
Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan peralatan pernafasan.
Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun itu yang disifatkan sebagai terlalu teruk hingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu.
"Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut-dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat.
"Baunya sungguh busuk," kata salah seorang anggota bomba.
Global
Kota Bharu: "Saya sanggup mengambil cuti tanpa gaji semata-mata mahu mengejar impian tinggal bersama ular selama sebulan," kata Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali sebagai Baby Andryana.
Berasal dari Taman Tun Sardon, Gelugor, Pulau Pinang, Rahiza yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di negeri kelahirannya boleh ditemui di Muzium Negeri Kelantan, di sini, sempena Pameran Gadis Bersama Ular bermula kelmarin
Menerusi pameran itu, Rahiza akan tinggal dalam bilik kaca berukuran 100 meter persegi bersama 60 ular senduk dan aksinya boleh ditonton orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
Menurutnya, dia menerima latihan selama enam bulan dengan pakar yang juga jurulatih penjinak ular, Mohammed Ali Dastagir, 50, sebelum benar-benar layak dan dipilih sebagai gadis ular untuk terbabit dengan pameran dan pertunjukan itu.
"Sejak sekolah saya memang minat dengan ular dan turut memelihara seekor ular sawa Burma dipanggil Emily sejak lima tahun lalu. - Hmetro Online
Isu Semasa
Segamat: Seorang lelaki disebat lebih 30 kali menggunakan paip PVC oleh orang suruhan rakannya selepas mangsa gagal menjelaskan hutang berjumlah RM80 dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Jementah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 9 malam itu, pekerja kimpalan dikenali sebagai Azley, 26, dijemput rakannya dikenali sebagai Angah, 23, dengan ditemani seorang lagi rakan mereka berusia 20-an, menaiki kereta di rumahnya di sini, dengan alasan mahu mengajaknya keluar minum di Jemantah.
Menurut mangsa, tiba-tiba kereta Proton Wira dipandu Angah berhenti di satu taman rekreasi tidak jauh dari situ dan dia diminta turun untuk berbincang sesuatu.
Azley mendakwa, Angah menuntut hutangnya RM80 yang dipinjamnya April lalu, namun disebabkan wang yang dimilikinya tidak mencukupi, dia meminta untuk menyelesaikannya beberapa minggu lagi selepas mendapat gaji.
"Selepas mendengar penjelasan saya, Angah masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ meninggalkan saya dan rakannya di taman rekreasi itu. - Hmetro Online
Isu Semasa
Seperti biasa kemaskini ini akan melibatkan telefon milik google dahulu iaitu model Nexus. Bagi peranti Nexus, hanya Nexus 4, 5, 7 (edisi 2012, 2013) dan 10 akan menerima kemas kini ini. Berita kurang sedap untuk pengguna Nexus, penggunaan interface Material Design Lollipop yang minimalis akan menyebabkan peranti biasa ataupun murah akan menjadi lancar dan ringan setanding dengan telefon berkuasa tinggi.Contoh adalah seperti Moto G akan befungsi dengan lancar seperti HTC M8.
Untuk pengguna nexus anda boleh menunggu update ini di hantar kepada anda bila-bila masa kerana model Nexus akan menjadi telefon terawal untuk update lollipop.
Pelbagai
Sistem teknologi terbaharu itu dibangunkan Akademi Kejuruteraan Fizik China serta berupaya menembak jatuh drone seawal 5 saat sebaik pesawat saiz ultra mini tersebut dikesan dan terus dikunci sasaran, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Beberapa bukti bergambar yang menunjukkan bangkai drone yang hangus terbakar hasil tembakan senjata tersebut juga turut disiarkan oleh Xinhua. Senjata itu juga dikatakan berkesan apabila pesawat peninjau terbang pada ketinggian 500 meter dari bumi dan terbang dalam kelajuan 180km/h.
Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp., salah sebuah firma di bawah akademi itu berkata, senjata tersebut boleh dipasang pada apa-apa jenis kenderaan dan ia berjaya menembak jatuh lebih 30 buah drone dengan kadar kejayaan 100 peratus.
Menurut Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp, senjata tersebut juga mudah alih dan boleh dipasang pada mana-mana jenis kenderaan serta mampu menembak lebih dari 30 buah kenderaan dengan kadar kejayaan 100 peratus.
Global
Siapa tidak kenal dengan pelakon kecik molek yang jelita bernama Nora Danish ini. Ramai lelaki di luar sana tergilakan Nora karana kecantikannya. Walaupun sudah mempunyai anak Nora masih sesuai berlakon walaupun untuk watak budak sekolah. Nora yang selalu di landa kontroversi bagaimanapun bijak mengendalikannya dengan baik.
Sebelum ini Nora telah di landa kontroversi dengan lakonannya dalam babak filem pengantin malam dan luahan isteri Farid Kamil iaitu pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial melihat gambar mesra Farid dan Nora untuk promosi filem tersebut.
Tentu ramai tertanya-tanya apakah persediaan Nora untuk menghadapi situasi apa apabila berani menyahut watak di rogol dalam filem baru lakonannya iaitu filem Anak Jantan.
Kata Nora, tiada masalah bekerja dengan Farid kerana masing-masing tahu had-had tertentu yang perlu dihormati.
"Saya hormat semua artis. Kalau lihat sesi fotografi bersama baru-baru ini, sudah tidak ada adegan bersentuhan.
"Kalau ada lagi, saya cuba ambil langkah untuk mengelak. Perkara boleh elak, tak ada masalah pun," katanya.
Dalam Anak Jantan, lakonan Nora mendapat perhatian apabila kali pertama berganding dengan Bront Palarae.
Apatah lagi dalam filem itu, Nora melakonkan watak digoda dan dirogol Bront yang memegang watak antagonis bernama Somchai.
Filem lakonannya kali ini lebih mencabar apabila terdapat babak Bront dilihat seolah menjilat leher Nora secara paksa sehingga mana-mana penonton yang melihatnya akan berasa tidak senang atau pun gerun,
Nora mengakui babak tersebut amat mencabar apatah lagi berlakon dengan Bront yang di ketahui hebat lakonannya dan berjanji memberi persebahan menarik dalam setiap lakonannya.
"Sebelum adegan itu berlaku, Bront sudah beritahu saya apa yang dia akan buat dan tanya adakah saya selesa dengan cara itu atau tidak. "Pada awal, gugup juga tapi bila saya faham situasi, saya okay dan tiada masalah," katanya.
Selain berlakon di rogol secara rakus cabaran lain turut di rasai oleh Nora ialah terpaksa bercakap bahasa utara kerana Nora bukan menggunakan dialek utara dalam kehidupan hariannya.
"Pada mulanya takut juga sebab kena cakap utara. Bila sampai set penggambaran, barulah saya belajar cakap loghat utara. Beberapa orang kru produksi dan Farid sendiri banyak membantu dari segi penggunaan ayat yang betul," katanya
Hiburan
Operasi mencari dan menyelamat adik Rafikin melibatkan 130 anggota pasukan penyelamat pada hari pertama tetapi tidak membuahkan hasil. Pada hari kedua, 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu membantu operasi ini dan kawasan pencarian diluaskan sehingga jarak satu kilometer dari laluan asal adik Rafikin dilaporkan hilang.
Operasi pencarian yang membabitkan kawasan darat dan juga persisiran sungai berakhir setelah mayat adik Rafikin ditemui di kawasan pokok.
Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.
Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.
Adik Rafikin merupakan seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments