Segamat: Seorang lelaki disebat lebih 30 kali menggunakan paip PVC oleh orang suruhan rakannya selepas mangsa gagal menjelaskan hutang berjumlah RM80 dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Jementah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 9 malam itu, pekerja kimpalan dikenali sebagai Azley, 26, dijemput rakannya dikenali sebagai Angah, 23, dengan ditemani seorang lagi rakan mereka berusia 20-an, menaiki kereta di rumahnya di sini, dengan alasan mahu mengajaknya keluar minum di Jemantah.
Menurut mangsa, tiba-tiba kereta Proton Wira dipandu Angah berhenti di satu taman rekreasi tidak jauh dari situ dan dia diminta turun untuk berbincang sesuatu.
Azley mendakwa, Angah menuntut hutangnya RM80 yang dipinjamnya April lalu, namun disebabkan wang yang dimilikinya tidak mencukupi, dia meminta untuk menyelesaikannya beberapa minggu lagi selepas mendapat gaji.
"Selepas mendengar penjelasan saya, Angah masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ meninggalkan saya dan rakannya di taman rekreasi itu. - Hmetro Online
No comments
Post a Comment