Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ahmad Rafikin Yang Hilang Di Hutan Lipur Sekayu Ditemui Meninggal Dunia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Operasi mencari dan menyelamat Ahmad Rafikin Azman, 16, yang hilang sejak sabtu lalu ketika menyertai acara maraton di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu diakhiri dengan penemuan mayatnya pada jam 6.35 petang tadi.

Operasi mencari dan menyelamat adik Rafikin melibatkan 130 anggota pasukan penyelamat pada hari pertama tetapi tidak membuahkan hasil. Pada hari kedua, 35 anggota tentera dari Kem Rejimen Askar Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu membantu operasi ini dan kawasan pencarian diluaskan sehingga jarak satu kilometer dari laluan asal adik Rafikin dilaporkan hilang.

Operasi pencarian yang membabitkan kawasan darat dan juga persisiran sungai berakhir setelah mayat adik Rafikin ditemui di kawasan pokok.



Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.



Adik Rafikin merupakan seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments