Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Wooooowww!! Seorang gadis yang terkenal dengan aktiviti lasak, Hayley Ashburn telah berjalan di atas tali pada ketinggian 120 kaki tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan. Dia melakukannya di Mai Leung Thailand. Tapi apa yang menjadi persoalan orang ramai adalah dia lakukan tanpa sebarang pakaian. Hayley cuma menjawab isu tersebut dengan :
[Wow] - Sakit Mata
Wowww!! Cantik. Seksi. Blogger yang kini sudah menjadi seorang model terkenal di Taiwan - Elly Tran Ha. Lahir pada tahun 1987, si cantik ini bermula sebagai seorang blogger, yang kemudiannya mendapat perhatian ramai kerana kecantikkan dan keseksian yang ada pada dirinya.
Juga dikenali sebagai Elly Kim Hong atau Elly Nguyen, kecantikkan dan bentuk badan yang menarik 37-24-35 menjadikan dia seorang blogger yang sensasi apabila gambar-gambarnya tersebar luas di blog-blog Taiwan terkenal sekitar tahun 2009.
Kini, Elly Tran Ha sedang mencipta nama dalam dunia modeling!
Juga dikenali sebagai Elly Kim Hong atau Elly Nguyen, kecantikkan dan bentuk badan yang menarik 37-24-35 menjadikan dia seorang blogger yang sensasi apabila gambar-gambarnya tersebar luas di blog-blog Taiwan terkenal sekitar tahun 2009.
Kini, Elly Tran Ha sedang mencipta nama dalam dunia modeling!
[Wow] - Sakit Mata
Wowwww!! Kemalangan Jalan Raya Tetapi Kenapa Gadis Ini Yang Menjadi Tumpuan???
Biasanya manusia akan berkumpul dan melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan kemalangan serta betapa teruknya kereta yang dilanggar. Tetapi kemalangan ini agak berbeza kerana bukan kemalangan yang menjadi tumpuan tetapi si gadis ini yang menarik perhatian... Cuba Korang lihat gambar-gambar kat bawah nih... >>
[Wow] - Sakit Mata
Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah rizab haiwan di Florence, Itali.
Induk jantan kepada Zonkey merupakan seekor kuda belang yang telah diambil oleh rizab haiwan ini selepas ia diselamatkan daripada sebuah zoo haram yang tidak mendapat tauliah penjagaan haiwan. Manakala, induk betina kepada Zonkey pula merupakan seekor keldai dari spesies Amiata, iaitu spesies yang sangat terancam.
Menurut Serena Aglietti, salah seorang pekerja di rizab haiwan berkenaan, memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa "Ippo adalah satu-satunya sepesies haiwan itu yang ada di Itali".
[Wow] - Macam macam
Beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC. Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi. Anggaran harga keseluruhan kereta mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion). Koleksi kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah pesawat yang lokasinya dirahsiakan.
[Wow] - Motokar
Belum bernikah secara sah dah nampak perut buncit seperti orang hamil atau berbadan dua. Inilah yang terjadi kepada pelakon baru, Nelydia Senrose yang kelihatan sedemikian baru-baru ini.
Perutnya seperti orang hamil 5-6 bulan. Tapi tak tahu kenapa baru sekarang nampak perut dia besar seperti ini. Adakah dia sembunyikan hal ini selama ini.
Rupanya selepas diselidiki, Nelydia berlakon untuk drama Setia Hujung Nyawa Raya, selain dari pelakon Amar Asyraf dan Shah Iskandar.
Nantikan kemunculannya pada malam pertama Raya, pukul 9.30 malam di TV3.
Perutnya seperti orang hamil 5-6 bulan. Tapi tak tahu kenapa baru sekarang nampak perut dia besar seperti ini. Adakah dia sembunyikan hal ini selama ini.
Rupanya selepas diselidiki, Nelydia berlakon untuk drama Setia Hujung Nyawa Raya, selain dari pelakon Amar Asyraf dan Shah Iskandar.
Nantikan kemunculannya pada malam pertama Raya, pukul 9.30 malam di TV3.
Sumber : izyan.com
[Wow] - Hiburan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, pemilik laman sosial Facebook yang menghina agama Kristian dan Jesus sudah dikesan. Anggota Parlimen Ranau itu berkata, identiti pengendali itu dikesan setelah pihaknya mengambil maklumat penuh profilnya di Internet daripada Cyber Security, agensi pakar keselamatan siber kementerian.
Menurut kenyataannya lewat malam tadi, siasatan juga mendapati, terdapat beberapa orang disyaki mengendalikan laman itu dan seorang daripadanya beralamat di Gombak, Selangor.
Ewon (kiri) berkata, laporan polis juga dibuat di Kota Kinabalu kelmarin ekoran artikel yang dimuat naik ke Facebook dikenali "Semenanjung Malaysia Anti Sabah & Sarawak" yang disifatkannya biadap, berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.
Menurut Ewon, ia antaranya menyiarkan gambar Jesus yang digantung pada tiang elektrik, yang baginya cuba mencetuskan hubungan tidak baik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di laman itu mendapati ia menerima sebanyak 584 "like" setakat tengah hari tadi. Ia dipenuhi dengan kata-kata cacian serta gelaran binatang terhadap masyarakat di Sabah dan Sarawak dan agama Kristian.
Selain memaparkan gambar Jesus digantung pada tiang elektrik, ia turut memuatkan gambar seekor katak dan monyet yang disalibkan.
Laman ini sudah tidak dapat ditemui apabila tinjauan dilakukan semula dua jam kemudiannya. Kewujudkan laman itu mengundang kecaman hebat pengguna Facebook yang rata-rata tidak senang dengan pendekatannya, termasuk penganut agama lain, termasuk Islam.
Malaysiakini
Isu Panas
Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke ‘syurga.’
Tradisi aneh itu diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China sejak zaman purba.
Bagi setiap gua yang ada di lereng curam tanah tinggi di Anshun ada lebih 500 keranda disusun di situ secara berlapis-lapis.
Menurut penduduk setempat “gua keranda” itu menjadi kegunaan lima perkampungan berhampiran sejak sekian lama. Mereka adalah penduduk dari tengah China yang berpindah ke kawasan pergunungan di Guizhou beberapa abad lalu kerana lari dari perang.
Disebabkan berharap dapat kembali ke kampung satu hari nanti mereka tidak mengebumikan saudara-mara yang mati sebaliknya menyimpan mayat mereka di dalam gua supaya ia lebih hampir kepada ‘syurga.’
Sumber lain berkata, amalan itu dibuat kerana kampung di sekitarnya sering banjir dan penduduk mahu mengelak mayat serta keranda itu dirosakkan air. - Agensi
[Wow] - Biar Betul
Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga ayam maut dalam kejadian samun di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya, malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.35 malam itu, Rohani Harun, 50, ditahan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika memandu lori kecil miliknya untuk pulang ke rumahnya di sekitar Serdang Jaya selepas berniaga di tapak pasar malam di kawasan perindustrian Bukit Serdang.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, wanita itu memberhentikan lorinya dan tiga lelaki terbabit menariknya keluar daripada lori sebelum merampas lori itu.
“Mangsa cuba menahan lori miliknya daripada dilarikan dan susulan itu, mangsa dirempuh dan diseret beberapa meter sebelum ditinggalkan tiga penyamun terbabit yang melarikan kenderaan itu,” katanya.
Wanita itu cedera parah di kepala dan mati ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang.
Abdul Razak berkata ketika kejadian suami wanita itu yang juga berniaga di pasar malam membawa kereta berasingan dan pulang terdahulu daripada isterinya.
Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berhampiran lokasi kejadian bagi memburu tiga lelaki terbabit.
[Wow] - Jenayah
IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya pergi ke Pulau Pinang pada hari kejadian, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman.
Mengenang kembali saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Dr Hasmiza berkata anak-anaknya masih memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya pada 9 malam, Sabtu lepas tiga maut termasuk dua anak Dr Hasmiza, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.
Muhammad Eddie dan Muhammad Eddry adalah anak pertama dan kedua dari empat beradik.
Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri.
Dr Hasmiza berkata ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang atas satu urusan dan menerima panggilan telefon pada 9.10 malam, yang memaklumkan rumahnya terbakar.
“Saya tanya, rumah mana? Mereka jawab rumah pekerja. Meraka kata anak ada dalam rumah tu. Sesuatu yang mengejutkan kerana anak saya tidak pernah pergi ke situ.
“Setiap malam mereka akan menunaikan solat Tarawih tapi malam tu tak pergi Tarawih, saya akur mungkin ajal sudah memanggil mereka sebab dah tiga kali nak lari keluar (dari rumah semasa kebakaran) tapi tidak keluar.
“Sebagai contoh, mereka dengar api, mereka turun ke tingkat bawah, tetapi kemudian naik semula ke tingkat atas, pekerja saya Khairul dah dukung dan pegang anak-anak saya, tapi Syamil kata dia tak boleh bernafas dan masuk ke bilik air, anak-anak saya meronta-ronta nak ikut Syamil, padahal bukan rapat sangat dengan Syamil,” kata beliau yang tidak dapat menahan sebak sepanjang sidang akhbar di kediamannya di sini, Isnin.
Dr Hasmiza berkata beliau difahamkan ada pekerja yang mengajak anak-anaknya ke rumah berkenaan sementara menunggu kepulangannya dari Pulau Pinang sebelum mereka ke rumah anak yatim berhampiran untuk menyampaikan sumbangan.
Rumah kediaman pekerja berkenaan hanya terletak beberapa meter dari rumah keluarga Dr Hasmiza dan pejabatnya.
Menyifatkan Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie sebagai anak yang soleh, beliau berkata mereka tidak pernah meninggalkan solat serta gemar membaca Al-Quran.
“Saya nak hantar mereka ke sekolah tahfiz tapi saya kata sebelum saya hantar, saya nak ajar puas-puas dulu supaya mereka dah pandai, dan cikgu perlu ajar sikit-sikit sahaja,” katanya sambil menceritakan ketika pulang ke rumah pada malam kejadian, sejadah yang digunakan anaknya masih terbentang sedangkan kebiasaannya mereka akan lipat sejadah itu selepas solat.
Meskipun Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggalkannya pada usia muda, beliau berpuas hati kerana banyak meluangkan masa bersama serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada mereka. “Saya juga tak rasa menyesal tidak tengok mayat anak-anak saya. Saya rasa cukuplah saya dah tengok mereka dalam keadaan memakai baju raya petang itu,” katanya.
Usahawan wanita itu juga berkata beliau sudah melihat sebahagian rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak bomba selepas melihat keseluruhan rakaman itu.
Pada sidang media itu, Dr Hasmiza turut menunjukkan dua jam tangan yang dipakai kedua-dua anaknya ketika kejadian, dan beliau percaya mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan asap tebal kerana jam tangan berkenaan masih dalam keadaaan baik.
Beliau juga menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada mercun kerana ketika kejadian, anak-anaknya sedang bermain permainan video di tingkat atas rumah berkenaan. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.
Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan “sleep apnea.”
Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.
Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.
“Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas,” katanya.
Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.
“Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah,” katanya dalam buku berkenaan.
“Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu.”
Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.
Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di “tingkat empat”, mengacau bilaukan negara. – THE MALAYSIAN INSIDER
[Wow] - Berita Tempatan
Lepas satu, satu lagi kes pencemaran makanan yang berlaku di Malaysia. Baru-baru ini ada pengunjung restoran makanan segera McDonald’s telah menemui telur lipas di dalam burger Samurai Chicken Burger yang telah dibeli olehnya di McD cawangan Mont Kiara semalam dan gambar tersebut telah dihantar di Lipstiq.com.
Sambil sedang menikmati hidangan burger yang baru diperkenalkan oleh restoran makanan segera tersebut,dia terlihat satu objek hitam yang lebih besar saiznya dari sebiji bijan. Apabila dia melihat betul-betul, rupa-rupanya yang berada ‘cantik’ di atas roti burgernya merupakan telur lipas.
Tiada kenyataan dibuat oleh pihak McDonald’s selepas gambar-gambar itu diemelkan kepada pihak HQ McDonald’s dan juga McDonald’s cawangan Mont Kiara.
Sebelum makan, perhati betul-betul! – Wanista
Isu Panas
Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu lambang keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis.
Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang mengabadikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac.
Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.
Berjalan di taman ini, pengunjung akan menemui bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini direka oleh De Cerval dengan maksud tertentu.
De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini pada larut malam dalam suasana romantis di mana mereka akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.
Pada abad ke 20, pemilik seterusnya yang memiliki taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman ini mengalami kerosakan.
Hanya pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19.
Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang mengabadikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac.
Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.
Berjalan di taman ini, pengunjung akan menemui bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini direka oleh De Cerval dengan maksud tertentu.
De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini pada larut malam dalam suasana romantis di mana mereka akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.
Pada abad ke 20, pemilik seterusnya yang memiliki taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman ini mengalami kerosakan.
Hanya pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19.
Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.
Pelancongan
Tasik Kaindy di Kazakhstan sememangnya istimewa. Ia terletak kira-kira 2,000 meter dari paras laut dengan 400 meter panjang.
Tasik ini mempunyai kedalaman kira-kira 30 meter di sesetengah tempat namun apa yang menjadikannya begitu unik ialah kerana kehadiran pokok-pokok dari jenis 'Schrenk Spruce' yang tinggi dan menjulur keluar dari dalam tasik tersebut ke permukaan tasiknya dan kelihatan seperti kapal misteri yang telah tenggelam.
Pada musim sejuk, biasanya tasik ini akan membeku tapi fenomena ini menjadikan apa yang ada di Tasik Kaindy lebih istimewa dengan menyimpan 'kecantikan' yang ada di tasik tersebut.
Pada musim panas pula, tasik ini menawarkan pemandangan yang cukup indah dengan warna airnya yang kehijauan dan kebiruan.
Jika mengikut usianya, Tasik Kaindy dianggap sebuah tasik yang masih muda kerana baru wujud sejak abad yang lalu dan terbentuk kerana terjadinya tanah runtuh batu kapur yang besar menyebabkan air memenuhi kawasan itu.
Saksikan keindahan pemandangan Tasik Kaindy..
Pelancongan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments