Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, berkata, makanan tersebut merupakan makanan kegemaran arwah bapanya setiap pagi Hari Raya.
“Kebiasaannya selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan menjamu selera dan menu wajib kami adalah pulut kuning dan juga rendang ayam.
“Ia sebenarnya adalah makanan kegemaran arwah ayah dan sehingga kini menjadi tradisi keluarga, secara tidak langsung mengingatkan kami sekeluarga kepadanya,” kata Lisa.
Dalam pada itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, duta kepada rangkaian jenama pakaian Jovian Mandagie ini berkata, dia telah menyediakan tiga pasang baju raya sedondon dengan suaminya.
Lisa berkata, tiga pasang baju kurung dan baju Melayu telah disediakan mengikut tiga warna tema tahun ini.
“Lisa sudah sediakan tiga set baju sedondon untuk digayakan pada Hari Raya nanti.Tahun ini Lisa pilih warna biru kelabu, merah jambu cair dan yang ketiga pula Lisa akan pakai baju yang telah disediakan Jovian Mandagie.
Dalam pada itu, Lisa bercuti selama dua minggu bagi menghabiskan masa bersama keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.
“Pada tahun ini Lisa dan Yusry akan beraya di KL sahaja kerana kami tinggi di sini tetapi untuk raya ketiga saya akan ikut suami ke kampung halamannya untuk bertemu dengan opah iaitu nenek Yusry di Gopeng, Perak,” ujarnya. - mStar Online
No comments
Post a Comment