Seorang remaja berusia 14 tahun membunuh diri selepas tidak tahan dibuli oleh penjenayah siber.
Hannah Smith dari Leicestershire, UK ditemui mati menggantung diri di bilik tidur selepas dimalukan oleh penjenayah siber yang tidak dikenali dari laman Ask.fm. Dia digelar hodoh dan didorong agar membunuh diri.
Sehari sebelum memutuskan untuk menamatkan riwayat sendiri Hannah mengepos status di Facebook berbunyi, ‘You think you want to die but in reality you just want to be saved.’
Dia juga melahirkan kekecewaan terhadap salah satu komen diterima menyatakan dia hodoh dengan menyatakan, dia sedar dia hodoh dan pernah cuba membunuh diri sebelum ini.
Hannah turut menggesa orang yang mengusiknya di laman siber supaya menghinanya secara berdepan.
Laman web Ask.fm yang menyediakan khidmat soal-jawab popular dalam kalangan remaja namun tahun lepas sahaja, sudah empat kali dikaitkan sebagai punca kes bunuh diri.
Bapa Hannah yang dikenali sebagai Dave, 44, menganggap laman web itu mesti ditutup kerana bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Hannah memandangkan penjenayah siber yang mengganggu anaknya datang dari sana.
No comments
Post a Comment