Tasik Kaindy Yang Cukup indah Dengan Adanya Pokok Schrenk Spruce!
Tasik Kaindy di Kazakhstan sememangnya istimewa. Ia terletak kira-kira 2,000 meter dari paras laut dengan 400 meter panjang.
Tasik ini mempunyai kedalaman kira-kira 30 meter di sesetengah tempat namun apa yang menjadikannya begitu unik ialah kerana kehadiran pokok-pokok dari jenis 'Schrenk Spruce' yang tinggi dan menjulur keluar dari dalam tasik tersebut ke permukaan tasiknya dan kelihatan seperti kapal misteri yang telah tenggelam.
Pada musim sejuk, biasanya tasik ini akan membeku tapi fenomena ini menjadikan apa yang ada di Tasik Kaindy lebih istimewa dengan menyimpan 'kecantikan' yang ada di tasik tersebut.
Pada musim panas pula, tasik ini menawarkan pemandangan yang cukup indah dengan warna airnya yang kehijauan dan kebiruan.
Jika mengikut usianya, Tasik Kaindy dianggap sebuah tasik yang masih muda kerana baru wujud sejak abad yang lalu dan terbentuk kerana terjadinya tanah runtuh batu kapur yang besar menyebabkan air memenuhi kawasan itu.
Saksikan keindahan pemandangan Tasik Kaindy..
No comments
Post a Comment