Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Doktor Durjana Jual Bayi Selepas Tipu Ibu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


China – Doktor durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk Zhang Lin selepas disyaki menjual seorang bayi kepada sindiket pemerdagangan manusia di China.
Zhang Lin telah memaklumkan kepada ibu bayi berkenaan, Dong Wan, 31, bahawa bayinya itu sakit tenat dan tidak boleh hidup lagi.
Doktor wanita itu juga didakwa memujuk Dong Wan untuk membenarkan pihak hospital menjaga bayinya, sebelum bayi itu dijual pada harga $4,600 dolar.
Dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kes sama yang berlaku di daerah Shaanxi itu
Dalam pada itu, bayi berkenaan yang sebenarnya sihat, telah ditemukan semula dengan ibunya di Fuping.
“Saya diberitahu bahawa bayi ini tidak akan hidup lama dan langkah terbaik ialah dengan membenarkan pihak hospital untuk menjaganya. Itu yang saya lakukan,’’ kata Dong Wan.
Jelasnya, selepas menandatangani dokumen menyerahkan bayinya kepada pihak hospital, Dong Wang menukar fikiran dan meminta suaminya, Lai Guofeng menghubungi polis.
Selepas siasatan dijalankan, bayi berkenaan telah ditemui beratus batu dari wilayah berkenaan dan telah dijual oleh sindiket pemerdagangan manusia.
Bayi itu ditemui dengan bantuan polis tempatan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments