Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Jika sebelum ini, iPhone 6 mencetus kontroversi setelah beberapa pengguna mendakwa ia melengkung kerana diletakkan di dalam poket, kini timbul pula isu lain apabila beberapa pengguna mendakwa telefon itu menarik beberapa rambut mereka sehingga putus ketika mereka melekapkan telefon itu ke telinga mereka untuk menjawab panggilan.

Beberapa status dari Twitter mendakwa penyebab perkara itu berlaku adalah ruang kecil yang wujud diantara kaca skrin dan aluminium di belakang telefon itu.


Jika masalah iPhone melengkung diberi nama #BendGate, masalah ini pula diberi jolokan #HairGate.



AGENSI - KEADAAN dos Santos yang berlumuran darah ketika dirawat di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

SAN PEDRO – Seorang wanita di Brazil bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam pada dahi dengan sebilah pisau oleh bekas teman lelakinya, lapor MailOnline kelmarin.

Beberapa anggota polis menemui Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, dengan pisau tertusuk ke dalam tengkoraknya ketika dia duduk di sebuah bangku di bandar ini, dalam negeri Sao Paolo.

Di sebalik kecederaan yang dialami, Santos masih sedarkan diri dan memberitahu polis bahawa dia diserang oleh bekas teman lelakinya, Roberto Martins dos Anjos, 19.

“Saya diserang bekas teman lelaki saya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) ketika kami bertengkar,” katanya,

Namun, wanita itu tidak mendedahkan punca mereka bertengkar atau mengapa bekas teman lelakinya naik berang sehingga sanggup menyerang*nya.

Doktor di hospital Estadual Mario Covas di sini berkata, pisau itu tertusuk beberapa sentimeter ke dalam tengkoraknya tetapi ia tidak mengenai otak mangsa. – Agensi


KUALA SELANGOR – Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.

‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.

Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.

Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.

‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.

Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).

Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan. - Kosmo!



KUALA LUMPUR: Seorang warga Indonesia dibunuh dan dikerat sebelum direbus oleh kekasihnya sendiri di Brisbane, Australia.

Menurut portal Kompas, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengarah Penerangan Kementerian Luar Negeri, Sofia Sudharma pada Isnin

Mayang Prasetyo, 27 tahun merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, pukul 9 malam waktu Brisbane.

Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong berjaya melarikan diri dan kemudian membunuh dirinya sendiri dengan mengelar lehernya sendiri.

Mangsa yang berasal dari Melbourne berpindah ke Brisbane enam bulan lalu.

Pasangan itu dikatakan telah berkahwin pada tahun lalu.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan. ─ Astro Awani



Malang tidak berbau bagi seorang lelaki Perancis yang terselamat dari kemalangan kereta, tetapi kehilangan nyawa di tangan isterinya sendiri beberapa minit selepas kejadian.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu sedang memandu bersama anaknya apabila keretanya merempuah satu selekoh tajam di Carville, utara Perancis.

Kereta itu terbalik dan jatuh ke dalam parit tetapi kedua-duanya sempat melarikan diri tanpa cedera, menurut laporan oleh Ouest-France.

Lelaki berkenan seterusnya menelefon isterinya untuk mengambil mereka di tempat kejadian.

Bagaimanapun, isteri lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun, merempuh selekoh tajam yang sama, menyebabkan keretanya terjunam ke arah kereta suaminya yang menyebabkan suaminya mati di tempat kejadian.

Isteri dan anaknya terselamat dari kemalangan tragis itu.