Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Sebelum ini, kita sering memperkatakan tentang artis-artis Malaysia sahaja seperti isu Adi Putra, Nabila Huda, Neelofa, Emma Maembong dan banyak lagi. Apakata kita beralih sedikit kepada gosip untuk negara seberang, Indonesia.



Difahamkan, pelakon dan model Wiwid Gunawan dinobatkan sebagai artis paling seksi bagi tahun 2014. Meskipun usia Wiwd sudah mencecah 31 tahun namun keseksian dan kecantikannya memang tiada tandingan.

Beliau mempunyai pakej badan yang sempurna dan cantik sehingga menjadi kegilaan ramai rakan artis lelaki dan jejaka di luar sana. Sementara menenangkan fikiran kita di hujung minggu ini, mari skodeng beberapa keping gambar Wiwid Gunawan yang paling menggoda dan menawan.


















Fujian – Bermacam-macam cara digunakan oleh pelajar universiti di China untuk memastikan mereka tidak tertidur ketika menelaah.

Salah satunya adalah amalan yang dipraktikkan oleh Chen Tang, 20 iaitu pelajar di Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian.

Bersama dengan teman sebiliknya, Huang Lu, 21, mereka menggunakan kaedah yang agak menyakitkan bagi memastikan mereka tidak tertidur pada siang hari.
Kedua-duanya menggunakan tempat mengeringkan baju untuk mengikat rambut masing-masing.

“Ia membantu mengosongkan minda saya dan saya bercadang untuk mempraktikkan selalu agar boleh fokus kepada pelajaran.

“Meskipun untuk mengikat rambut di tempat mengeringkan baju ini adalah sangat membosankan, namun ia amat menarik dan saya rasa lebih bertenaga untuk belajar,’’ kata Chen.

Jelas Chen dia menggunakan kaedah itu selepas mengkaji sejarah yang menyaksikan bagaimana tokoh-tokoh cendekiawan zaman dahulu yang berjaya mencari jalan bagi mengelakkan mereka tertidur.

Mereka termasuklah dua tokoh terkenal yang menggunakan jarum. Salah seorang akan mencucuk rakan mereka jika salah seorang tertidur.

KUALA TERENGGANU – Pihak polis percaya tiada unsur khianat berhubung kewujudan lubang di kubur seorang kanak-kanak yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata bagaimanapun siasatan lanjut berhubung insiden itu tetap dijalankan.

“Setakat ini kita tidak melihat ada unsur khianat dalam kes ini berikutan keranda masih berada dalam keadaan baik namun hanya sebahagian tanah yang hilang.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan berlaku mendapan tanah atau sebaliknya namun kita akan terus menyiasat kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam seorang bapa, Kamaruddin Muhammad, 44, membuat laporan polis selepas mendapati kubur anak perempuannya di Tanah Perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini, berlubang dipercayai akibat digali oleh pihak tertentu.

Kejadian itu disedari anggota jawatankuasa keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan dan si bapa percaya perbuatan dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat.

Arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu daripada enam beradik, meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru.- BERNAMA


Kota Kinabalu, 11 Januari - Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, beliau telah mendapat berita daripada rakan beliau tentang kes tembak menembak di kawasan kota kinabalu sekitar pukul 12 tengah malam semalam. Laporan tidak rasmi menyatakan terdapat 22 buah premis yang cerminnya ditembak dan dipecahkan. Motif utama kejadian ini masih tidak diketahui. Kes masih dalam siasatan pihak polis dan belum mempunyai laporan rasmi tentang kejadian ini. 

Maklumat terkini akan menyusul......




Sebagai langkah berjaga-jaga, elak diri anda, keluarga dan rakan anda untuk bersiar-siar di kawasan kota kinabalu pada waktu malam. 





Lihat senarai 22 buah premis yang ditembak dan dipecahkan cermin :


Setakat ini sebanyak 22 buah premis yg cerminnya telah dipecahkan.
A. Kawasan Karamunsing.
1. Agro Bank
2. Standard Chatered Bank
3. Wisma Merdeka
4. Belakang Hotel Hyatt
5. Pintu masuk KK Plaza
6. Maxis Warisan Square
7. Pintu B Warisan Square
8. Malar Hotel di Kk Times Square
9. Pejabat Aeropod Kk Times Square
10. Pejabat Sutera Avenue Kk Times Square
11. Pejabat MAA Api2
12. Pintu masuk wisma Sedco wawasan plaza

B. Kawasan Luyang
1. DM Hotel Damai
2. Ambank Damai
3. Southern Station Damai
4. Pizza Hutt Damai
5. Pearl Karaoke Damai
6. Secret Recipe City Mall
7. Hair Made Saloon City Mall
8. Hair Shampoo Saloon City Mall

C. Inanam
1. Public Bank
2. Cimb Bank
Kejadian berlaku lebih kurang jam 12 mlm dan dipercayai dilakukan oleh beberapa kumpulan.


Linda Onn berjaya buat seluruh bala tentera media dalam industri hiburan tidak puas hati dengan keputusan beliau untuk menjalankan majlis pernikahannya dalam suasana 100% private.
Termasuk kami di sini. Dan, tiada siapa dapat melihat wajah jejaka yang sudah bergelar suami kepada penyampai radio popular ini secara jelas sehinggalah Linda Onn kongsikan sekeping foto seperti yang dijanjikan di Instagram beliau.
“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn mengiringi gambar beliau bersama suaminya di majlis pernikahan mereka.
Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang. 




KUALA LUMPUR –  Pasukan keselamatan berjaya menggagalkan cubaan orang asing untuk menceroboh ke Sabah dua minggu lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Ada satu cubaan pihak asing untuk memasuki Sabah tetapi kita berjaya mematahkan pencerobohan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Beliau berkata, ekoran insiden itu polis sedang berusaha untuk mempertingkatkan keselamatan di pantai timur Sabah dengan mempergiatkan Ops Cantas Khas.

Beliau berkata, Kawasan Keselamatan Timur Sabah (Esscom) telah melancarkan Ops Gasak bagi mengenal pasti pemberi maklumat yang berpotensi di pulau penginan di sekitar syurga menyelam yang terkenal Sipadan.

“Kes penculikan seorang pelancong Taiwan di Resort Pulau Pom Pom juga masih segar dalam ingatan kita… kita akan melakukan semua yang kita boleh bagi memastikan tiada pihak yang mampu untuk menyerang atau menceroboh kawasan itu,” katanya pada sidang media.

Esscom ditubuhkan berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan agensi penguatkuasa iaitu Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10 daerah – Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, di pantai timur Sabah sepanjang -1,400 kilometer.

Terdapat laporan untuk mempertingkatkan penglibatan tentera di Lahad Datu dalam tempoh 48 jam pada bulan lepas.

Penduduk mendakwa mereka melihat helikopter tentera berlegar di udara dan keadaan adalah berlainan apabila terdapat kereta perisai dan tentera darat berada di kawasan itu.

Pegawai Esscom bagaimanapun berkata bahawa mereka adalah sebahagian daripada operasi yang sedang berjalan bagi membersihkan semua kawasan hitam.

Difahamkan amaran dikeluarkan selepas seorang anggota di sebuah pangkalan luar polis di Kg Sibuti di Dent Haven di kawasan Tungku menyalakan api apabila mendengar bunyi bot pam menghampiri pantai pada awal pagi.

Esscom dimaklumkan mengenai perkara itu helikopter dan tentera bergerak ke kawasan itu untuk pemeriksaan.

Insiden itu berlaku selepas serangan di Kampung Tandao, Lahad Datu pada Februari tahun lepas oleh pengikut yang mendakwa diri mereka sebagai pemerintah Sulu, Sultan Jamalul Kiram III.

Serangan itu mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, termasuk lapan anggota polis.
Khalid berkata, setiap tujuh balai polis di Esszone akan dilengkapi dengan 150 anggota polis manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) pasukan akan ditempatkan tahun ini.

“Pada masa ini, kita menggerakkan anggota PGA dari negeri-negeri lain untuk membantu mengawal keselamatan di sana.

“Bagaimanapun, penambahan pasukan lain akan meningkatkan operasi keselamatan kami,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa operasi polis marin juga akan dipergiatkan untuk melindungi kawasan perairan Sabah.

“Kami mahu memastikan tiada individu atau kumpulan yang boleh mengancam kedaulatan negara. Kami perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan dengan itu sebarang kelemahan akan diperbaiki dengan segera,” katanya.

BALING – Gara-gara dimarahi neneknya, seorang wanita merajuk selama 38 tahun dengan meninggalkan keluarganya sejak 1975.

Itulah yang diberitahu Bedah Mudin, 71, dari Kampung Sera Bawah setelah ditanya mengapa menghilangkan diri selama ini.
Menurutnya, dia nekad meninggalkan rumahnya setelah neneknya memarahinya gara-gara memotong rambut sehingga pendek.

“Makcik merajuk, sebab nenek marah makcik potong rambut pendek. Makcik lari ke Alor Setar, kemudian, jumpa seseorang yang berikan makcik kerja sebagai pembantu rumah.
“Kemudian, makcik pindah ke Kuala Lumpur dan terakhir di Kelantan dengan majikan sama,” katanya ketika ditemui di kediaman adik lelakinya, juga di Kampung Sera Bawah.

Pengakuan itu juga mengejutkan semua sanak saudaranya yang juga tidak mengetahui sebab mengapa dia meninggalkan keluarganya itu selama ini.

Bedah yang tidak mempunyai cahaya mata itu kini tinggal di kediaman anak saudaranya setelah pulang semula ke kampung halamannya itu pada Disember tahun lalu.

“Bila umur dah meningkat, makcik tak dapat bekerja lagi selain keadaan kesihatan yang terganggu. Disebabkan itu, makcik pulang semula ke pangkuan keluarga,” katanya.

Sementara itu, adiknya, Wahab Md Ali, 59, berkata, dia terkejut setelah melihat kakaknya itu secara tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya tahun lalu.

“Masa itu dia (Bedah) dengan majikannya, saya memang tak kenal, sebab muka dah lain
“Jadi, saya terpaksa minta kad pengenalan untuk pengesahan,” katanya.

Menurut Wahab, dia dan keluarga sama sekali tidak menyangka kakaknya itu akan pulang ke pangkuan keluarga setelah berpuluh tahun meninggalkan kampung.
“Alhamdulillah, memang rasa bersyukur sangat. Dulu, saya pernah cari kakak, tapi tak berjaya, sampailah saya putus harapan.

“Bila kakak pulang semula ke sini, memang rasa macam tak percaya,” katanya.
Kepulangan Bedah diraikan dengan majlis kesyukuran bersama keluarganya yang ternyata merinduinya selama ini. – Sinar Harian Online

MEXICO CITY - Anak paus kembar siam ditemui di Mexico. Dua anak paus yang melekat di bahagian badannya terdampar di pantai Laguna Ojo de Liebre.
Seperti yang dilaporkan oleh Stuff, Khamis (9/1/2014), paus kembar siam tersebut berasal dari jenis paus kelabu. Penyelidik menyebut ini merupakan pertama kalinya ditemui paus kembar siam.

Sayangnya, paus jarang itu tidak boleh bertahan hidup. Keduanya mati beberapa saat selepas terdampar di pantai.

Paus kembar siam tersebut tercatat mempunyai panjang hanya tujuh kaki. Anak paus normal diketahui mempunyai panjang 12 hingga 16 kaki.

Penyelidik menduga paus kembar siam itu terdampar setelah induknya keguguran. Tidak diketahui bagaimana nasib induk mereka.

Sumber: international.okezone.com

Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.

Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.

“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.

“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.

“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.

Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.

“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.

“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.

Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.

“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.

Sumber: Sinar Harian