Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
HONOLULU: Sebuah pesawat Japan Airlines terpaksa berpatah balik ke Honolulu selepas seorang penumpang lelaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di tandas pesawat.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan penumpang terbabit, Michael Tanouye, 29, dari Hilo, Hawaii, pada malam Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu kerana mengganggu seorang anggota kru penerbangan dan melakukan pencabulan.
Tuduhan pencabulan seks itu membawa hukuman maksimum kepada penjara seumur hidup.
Menurut afidavit FBI, penerbangan itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ketika Tanouye menceroboh masuk ke tandas berkenaan dan mencabul wanita itu.
Wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Jepun dengan ibunya selepas bercuti selama empat hari di Hawaii, menggunakan tandas kira-kira sejam 45 minit selepas pesawat berkenaan berlepas.
Ketika bergelut dengan Tanouye, wanita itu berjaya menekan butang kecemasan di dalam tandas berkenaan.
Dalam afidavitnya, Ejen Khas FBI, Necosie Wilson berkata ibu wanita terbabit, atendan penerbangan dan penumpang lain cuba membuka pintu tandas tetapi tidak dapat melakukannya kerana Tanouye menghalangnya.
Katanya, mereka terpaksa membuka pintu itu dengan menanggalkan skrunya.
Atendan penerbangan dan penumpang kemudian memberitahu FBI bahawa seorang penumpang lelaki turut cedera ketika bergelut untuk mententeramkan Tanouye.
Sebelum kejadian itu, Tanouye dikatakan melaungkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan ibunya memberitahu atendan penerbangan bahawa dia menghidapi kemurungan dan sedang mengambil ubat.
Dia kemudian berdiri dan kelihatan tenang sambil berkata, dia akan menziarahi neneknya.
Atendan penerbangan juga tidak memberinya minuman beralkohol kerana dia sedang makan ubat.
Afidavit berkenaan menyatakan selepas kejadian itu, ibu Tanouye memberinya satu dos ubat dan dia terus tertidur.
Kapten penerbangan memutuskan untuk berpatah balik selepas terbang kira-kira dua jam berikutan kejadian itu.
Jurucakap FBI di Honolulu, Ejen Khas Tom Simon berkata, polis Hawaii membawa Tanouye keluar dari pesawat sebaik mendarat di Honolulu sebelum ejen FBI menahannya.
Suspek kini ditahan tanpa jaminan di Pusat Tahanan Persekutuan Honolulu. - AP
Global
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkan TechCrunch.com.
Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.
Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.
“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.
“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.
Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.
"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.
Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.
Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.
Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS. - Astro Awani
Global
Status : Dinafikan Oleh Perodua
Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar di media sosial yang menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati. Mesej tersebut berbunyi seperti berikut "Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."
Memandang serius isu penyebaran mesej ini, Perodua tampil memberikan penjelasan.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain. Menurutnya lagi, Perodua mengambil berat akan kualiti kereta-kereta keluarannya, memetik kenyataan rasmi oleh Perodua.
Setelah disiasat, ternyata salah satu gambar yang tersebar sebenarnya adalah gambar dari kemalangan, bukannya secara tiba-tiba tercabut. Pemilik asal kereta Alza merah tampil memberi penjelasan berkenaan perkara itu yang dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut
Kenyataan dari pemilik Alza |
Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.
Tidak jelas apa tujuan pihak yang menyebarkan mesej ini tetapi apa yang jelas, mesej yang disampaikan olehnya itu tidak menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham(gandar kereta tercabut sendiri) dalam kalangan pengguna kereta Perodua. - SiakapKeli.com
Isu Panas
Heval Yildirim, 13, sedang bermain dengan rakan-rakannya menjelang hari raya Idul Adha pada akhir minggu lalu, sebelum insiden itu terjadi.
Kompas.com melaporkan, Ayah Heval, Mehmet, membawa pulang seekor kambing untuk dikorbankan pada hari raya Idul Adha. Akibat tak ada cukup ruang untuk menyimpan kambing itu di apartmentnya, Mehmet kemudian meletakkan haiwan itu di atas bumbung.
Mehmet memberitahu kepada polis, haiwan itu melompat pagar yang dibuatnya di atas bumbung tersebut sebelum jatuh menimpa Heval. Heval telah dikejar ke hospital namun, dia meninggal dunia dalam perjalanan.
"Saya sangat sedih. Namun, apa lagi yang harus saya katakan? Bahkan, pendakwa juga mengatakan bahawa insiden ini mungkin yang pertama di dunia," kata Mehmet.
Global
Status : Separuh Benar & Separuh Tidak Benar
Salah seorang pengunjung SiakapKeli meminta kami untuk merungkai isu mengenai mesej amaran berkenaan "missed call dari nombor luar negara" yang tersebar luas terutamanya di aplikasi Whatsapp.
Menurut dari mesej amaran berkenaan, dua nombor dari luar negara akan membuat missed call kepada nombor mangsa. Jika mangsa membuat panggilan balik, mangsa akan dicaj sebanyak $15-$30. Selain itu, senarai kenalan dan maklumat bank di dalam telefon pintar juga akan dicuri oleh nombor terbabit dalam masa 3 saat.
Mesej amaran ini mula tersebar di Malaysia pada 2013 lagi berserta dengan mesej yang sama. Setelah kajian dibuat, kami juga mendapati mesej yang sama juga turut tersebar luas di negara luar.
Nombor berkenaan sebenarnya adalah nombor dari syarikat pengiklanan luar negara yang inginkan iklan mereka didengari oleh anda(beberapa mangsa yang pernah menelefon balik melaporkan mereka disajikan dengan pelbagai iklan). Nombor mangsa dipanggil secara random.Taktik ini boleh dikesan mula digunakan di Jepun pada 2002.
Mesej amaran yang disebarkan boleh dikatakan separuh benar dan separuh tidak.Untuk memudahkan pencerahan, kami pecahkan isu ini kepada dua bahagian supaya lebih senang difahami.
1 - Jika membuat panggilan balik akan dicas sebanyak $15-$30
Jika anda membuat panggilan ke luar negara, memang inilah caj yang dikenakan. Jadi, bahagian ini adalah benar.
2 - Salinan kenalan dan maklumat bank akan dicuri dalam masa 3 saat
Adalah mustahil untuk menyalin kesemua data didalam masa sesingkat 3 saat. Tersangat-sangat mustahil. Dan adalah tidak logik jika hanya dengan panggilan sahaja kesemua data itu dapat disalin. Panggilan telefon hanya digunakan untuk menghantar dan menerima suara. Untuk menghantar data, aplikasi tambahan diperlukan.
Berkenaan dengan penggunaan nama En. Zainal dan PDRM D9 di dalam mesej itu tidak dapat kami pastikan. Jika benar berlaku kes penipuan seperti ini di Malaysia, sudah tentu pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menggunakan media arus perdana, bukan dengan menggunakan Whatsapp.
Tetapi, apa yang jelas adalah kedua-dua nombor ini adalah 'scammer' dan jika anda mendapat missed call dari nombor-nombor tersebut, jangan telefon balik atau kredit telefon anda melayang. Siakapkeli.com
Informasi
Pengkaji dari Nanyang Technological University di Singapura telah berjaya menemukan solusi masalah bateri yang menghantui penguna-pengguna telefon pintar - bateri ion litium yang boleh dicas sehingga 70 peratus dalam masa dua minit dan mampu bertahan dari rosak selama 20 tahun.
Gambar Hiasan |
Bateri itu dikatakan akan sampai kepada pengguna dalam masa dua tahun akan datang.
Bateri yang diguna pakai di dalam telefon pintar, tablets dan juga laptop buat masa sekarang boleh bertahan hanya dalam masa 2-3 tahun. Buat masa sekarang, pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam bagi mengecas bateri sehingga penuh.
Bateri yang bakal dicipta ini juga dikatakan akan digunakan dalam sektor autmomotif
Pelbagai
VIDEO: Makhluk Apakah Yang Kereta Ini Langgar?
BAYANGKAN ketika anda sedang memandu, tiba-tiba ada 'objek' yang muncul dihadapan kenderaan anda, apa agaknya reaksi anda?
Mungkin itulalah yang dialami oleh pemandu dalam video di bawah ini. Dia telah melanggar satu lembaga hitam yang berbulu
Kelam-kabut dia memberhentikan keretanya...namun setelah diamati, tiada apa pun yang berlaku!
Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV di Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi, mungkinkah ini yang selalu disebut-sebut orang sebagai 'lintasan' ?
LIHAT VIDEO DIBAWAH:
Pelbagai
Clemmons (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang menggunakan nama sempena nama syaitan dalam filem 'The Exorcist' adalah antara tiga orang yang ditangkap di Carolina Utara atas tuduhan membunuh.
Mereka ditangkap selepas polis menemui rangka dua mangsa mereka dalam kubur cetek di belakang sebuah rumah di Clemmons, tempat jiran berkata Pazuzu Illah Algarad, 35, sering mengadakan upacara penyembahan syaitan.
Seorang jiran mendakwa dia memberitahu semua orang mengenai mayat itu tetapi tidak seorang pun mempercayainya.
Algarad juga menceritakan bagaimana dia membunuh mangsa, makan sebahagian mayatnya dan membakar bakinya dalam unggun api.
Amber Nicole Burch, 24, yang tinggal bersama-sama Algarad dan dikatakan isterinya dalam Facebook, juga menghadapi tuduhan membunuh sementara Krystal Nicole Matlock, 28, ditahan kerana membantu menanam mayat itu.
Mangsa pertama dikenali sebagai Joshua Fredrick Wetzler, 37, sementara kedua, Tommy Dean Welch, 36.
Menurut laporan, Algarad dilahirkan di San Francisco sebagai John Alexander Johnson, tetapi ibunya, Cynthia Lawson, juga pemuja syaitan menukar namanya kepada Pazuzu Algarad atas alasan agama.
'Pazuzu' adalah nama syaitan yang merasuk budak perempuan dalam filem 'The Exorcist' dan mendakwa berketurunan Iraq.
Pada pintu depan rumah Algaerad yang dimiliki ibunya, terdapat papan tanda memberi amaran supaya polis tidak memasukinya serta lambang tengkorak.
Di bawahnya tertera perkataan bermakna 'Kejahatan akan menang.' Ketika dihadapkan ke mahkamah semalam, Hakim Daerah Forsyth Gordon Miller memberitahu tertuduh bahawa mereka akan dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Ketiga-tiganya akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 23 Oktober depan. - Agensi
Global
Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.
Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri. Dalam kejadian kelmarin,
Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China. Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin.
Dia dibantu tiga rakannya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.
"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.-Agensi
Global
Tumpat: Perbuatan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki basikal dan berkain pelekat meragut seorang remaja menerima padahnya, apabila kain pelekatnya tertanggal ketika dikejar penduduk kampung yang berang dengan tindakannya.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam di tepi jalan dekat simpang Stadium Mini, Pengkalan Nangka, di sini, lelaki terbabit meragut beg tangan remaja perempuan berusia 17 tahun diletakkan dalam raga motosikalnya.
Dia turut mengugut mahu mencederakan remaja terbabit selepas menyambar beg tangan berisi kad pengenalan, telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM200.
Bagaimanapun, nasibnya kurang baik apabila remaja itu meminta tolong penduduk kampung yang kemudian mengejarnya dan sempat memukul hingga cedera, selain kain pelekatnya tertanggal ketika cuba melarikan diri.
Difahamkan, gambar lelaki itu turut tersebar di laman sosial memperlihatkan dia separuh bogel seperti bersantai di tepi jalan dengan hidung dan mulut berdarah.
Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Katanya, suspek seorang penganggur berasal dari Kampung Bukit Payong, Terengganu, meragut mangsa sebelum mangsa meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.
"Dia dikejar tidak jauh dari lokasi dia meragut mangsa dan cedera akibat bergelut dengan orang kampung ketika melepaskan diri.
"Suspek dibawa ke Hospital Tumpat, di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
"Hasil siasatan lanjut mendapati ujian air kencingnya negatif dadah dan tiada senjata berbahaya digunakan," katanya.
Hmetro.com.my
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments