Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Fenomena twerking pertama kali dipopularkan oleh penyanyi Miley Cyrus. Kemudian menjadi semakin melonjak, setelah Nicki Minaj menari dengan tampilan yang seksi dan menggoda di video klip "Anaconda".

Nampaknya, fenomena ini juga memberi inspirasi kepada seorang gadis untuk melakukan twerking. Dengan mengenakan legging putih dan sweater, gadis tersebut merakam aksinya dalam sebuah video. Mungkin juga berniat untuk muat naiknya di YouTube.

Namun, malang yang menimpa gadis ini. Ketika tengah asyik menari, dia terberak di seluar. Legingnya yang berwarna putih itu benar-benar menampakkan kejadian tersebut.

Setelah menyedari ada sesuatu di seluarnya, gadis ini terus menghentikan aksi twerkingnya.

Dengan tangan kanan yang sibuk memegang seluar, dia pun terburu-buru berjalan ke arah kamera. Seorang temannya yang bertugas merakam video pun kelihatan tertawa terbahak-bahak melihat kejadian tersebut.

Manjung: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) beraksi ala ‘cat woman’ apabila sanggup membahayakan nyawa dengan memanjat siling sebuah premis hiburan Jalan Sitiawan, di sini, kerana bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 20-an itu adalah antara 76 warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang membabitkan dua lokasi pusat hiburan keluarga berasingan di sekitar bandar ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi itu, 136 GRO berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 76 masing-masing membabitkan wanita warga Vietnam dan China ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya, menyalahguna pas lawatan diberikan dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah. Hmetro


Serdang: Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dipercayai ditanam hidup-hidup di dalam lubang tidak jauh dari lokasi mayat ibunya ditemui polis, Isnin lalu.

Mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 11 pagi, semalam berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Gumut Tambahan, Kuala Kubu Bharu di sini, selepas polis membawa suspek lelaki dipercayai ada kaitan dengan kematian kedua-dua mangsa.

Suspek lelaki warga Indonesia itu disyaki teman lelaki mangsa dibunuh dibawa ke lokasi kejadian bagi melihat kerja menggali kubur bayi itu.
Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu, polis menemui mayat wanita mengandung warga Indonesia ditanam sedalam satu meter sebaik menerima laporan anak saudara mangsa yang mengetahui perkara itu daripada rakannya.

Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata, suspek berusia 42 ditahan di rumahnya berhampiran rumah mangsa petang kelmarin, selepas penemuan kubur wanita berusia 39 tahun di dalam ladang sawit yang ditutupi daun dan tikar.
Bagaimanapun seorang rakan suspek utama berusia 30-an dipercayai bertanggungjawab menanam kedua-dua mayat mangsa itu.

“Suspek kedua berusia 30-an masih bebas.

“Suspek direman hingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala ketua polis Selangor di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan ke atas kedua-dua mayat itu yang dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Hmetro


Balik Pulau: "Arwah sempat menoleh dan menjerit meminta saya berhenti memotong rumput," kata Vira Osman, 34, sepupu kepada Mohamad Nazri Mohd Noor, 23, yang maut selepas terkena serpihan mata pemotong rumput ketika bekerja di dusun durian berhampiran kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, di sini, petang kelmarin.

Vira berkata, dia yang tidak mengetahui apa menimpa sepupunya itu mematikan mesin pemotong rumput dan terkejut apabila mendapati darah memancut keluar dari belakang badan lelaki itu sebelum arwah rebah.

"Ketika itu, saya bekerja di bahagian atas bukit, manakala arwah berada di bawah kerana menebang pokok getah menggunakan gergaji mesin.
"Melihatkan keadaan sepupu yang rebah dengan badan berlumuran darah, saya dan rakan bergegas ke arahnya untuk memberikan pertolongan," katanya ketika ditemui di rumah arwah di Mukin 1, Pulau Betong, di sini, semalam.

Vira berkata, sejurus menghampiri sepupunya itu, dia terkejut melihat bahagian kiri belakang badan arwah mengalami luka besar dan dia ketika itu masih bernyawa, namun dalam keadaan lemah.