Manjung: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) beraksi ala ‘cat woman’ apabila sanggup membahayakan nyawa dengan memanjat siling sebuah premis hiburan Jalan Sitiawan, di sini, kerana bimbang dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita berusia 20-an itu adalah antara 76 warga asing yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang membabitkan dua lokasi pusat hiburan keluarga berasingan di sekitar bandar ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Muhamad Faizal Saidin berkata, dalam operasi itu, 136 GRO berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 76 masing-masing membabitkan wanita warga Vietnam dan China ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya, menyalahguna pas lawatan diberikan dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah. Hmetro
No comments
Post a Comment