Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Rubrik kali ini kita akan melihat keseksian dari model seksi Roro Fitria yang terkenal dengan dada besarnya yang tentunya bisa menghipnotis mata kaum lelaki yang menatapnya.
Sesuai dengan ketenarannya, foto-foto serta video seksi Roro Fitria kali ini akan lebih menonjolkon bentuk dadanya yang cukup besar untuk wanita Asia khususnya di Indonesia.
Dengan rambut pendeknya, ia tampil lebih percaya diri untuk menunjukan keseksian dari dadanya yang cukup besar itu.
Tak usah berpanjang lebar lagi, berikut adalah foto-foto seksi Roro Fitria:
Sakit Mata
Kompleks gua ini terdiri daripada 24 gua (yang telah ditemui) yang diukir lebih daripada 2,000 tahun yang lalu sehingga saat ini tetap tidak diketahui dibuat oleh siapa dan mengapa. Nampaknya dibuat oleh orang-orang yang mempunyai akses kepada alat mirip dengan alat moden masa kini dan mesin.
Sebuah anggaran kasar dari beban kerja yang terlibat dalam pembinaan komplek gua ini sungguh menakjubkan. Bayangkan, luas total 4 gua yang masing-masing tingginya 30 meter adalah 1,200 meter persegi, dan gua ini dibuat dengan menggali dan memindahkan 36,000 meter padu batu.
Kerana ada 24 gua yang telah ditemui hingga kini, maka penggalian secara keseluruhan akan menjadi 900,000 meter padu batu yang dipindahkan. Luarbiasa, bahkan untuk masa kini!
4 ruang (tiang) yang diedarkan secara simetri di dalam salah satu gua, dan unsur-unsur yang lebih luar biasa yang membuat kita bertanya-tanya "Bagaimana mereka membuatnya?". Belum lagi tanda misteri di dinding yang memberikan kesan bahawa alat berat seperti jengkaut terlibat selama pembangunan gua.
Pada bulan Jun 1992 seorang penduduk bernama Wu Anai, memutuskan untuk mengambil air dari sebuah gua, dan dari situlah terungkapnya gua pertama dari siri gua buatan di kawasan tersebut.
Pada bulan Jun 1992 seorang penduduk bernama Wu Anai, memutuskan untuk mengambil air dari sebuah gua, dan dari situlah terungkapnya gua pertama dari siri gua buatan di kawasan tersebut.
Selepas 17 hari mengepam keluar air yang memenuhi gua, maka terlihatlah sebuah bilik gua dan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa ia tidak terbentuk secara semula jadi, tapi buatan. Ukiran di dinding dan langit-langit yang membentuk suatu pola yang rumit dan tidak mudah untuk dilihat sehingga banyak orang percaya bahawa ukiran itu mengandungi simbolisme. Ukiran tersebut seperti terdapat pada beberapa seramik, yang terletak di sebuah muzium di dekatnya dengan kronologi antara 500 dan 800 SM.
Seperti kebanyakan kampung di China selatan, ada banyak kolam di desa Shiyanbei, tapi kolam-kolam yang ternyata adalah gua buatan ini sebahagian besar berbentuk persegi panjang, dan sangat dalam, yang dikenali sebagai "kolam maut". Kolam ini penuh dengan ikan-ikan, yang mudah ditangkap. Setelah gua pertama airnya dipam keluar, tak satupun ikan atau bangkai ikan ditemui.
Salah satu gua yang telah dibuka untuk pelancong, terdapat pola ukiran dengan simbol merujuk pada kuda, ikan dan burung (Bumi, Air, Udara). Kepala burung ini mempunyai gambaran yang mirip dengan patung yang terungkap pada tapak arkeologi Hemudu.
Gua Longyou baru ditemui di akhir abad ke-20. Sekurang-kurangnya 24 gua telah dijumpai setakat ini. Walaupun penggalian secara keseluruhan melibatkan hampir satu juta meter padu batu, tidak ada catatan sejarah mengenai pekerjaan ini. Asal mereka masih menjadi misteri. Saat ini tidak ada penjelasan untuk kewujudan mereka. Mereka merupakan salah satu penggalian bawah tanah terbesar dari zaman kuno. Mereka saat ini dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Kuno yang Kesembilan'.
Penemuan ini telah menarik perhatian banyak pakar dari China, Jepun, Poland, Singapura dan Amerika Syarikat. Salah satu soalan yang paling sukar adalah bagaimana dan mengapa gua-gua ini tetap tersembunyi dan tidak diketahui hingga selama lebih dari 2,000 tahun.
Misteri Sejarah
RASANYA isu si gadis hijabista yang menghadiri parti muzik baru-baru ini tidak akan menjadi kecoh jika tidak kerana status yang dimuatnaiknya di laman sosial.
Sekali baca sahaja kami boleh membuat andaian bahawa dia terlalu berbangga kerana menjadi perhatian oleh para penonton lain di sana kerana imej bertudungnya.
Agak-agak, perlu tak ayat seperti?
“…everyone were staring at me with their lopong-mouth! And I was like “darr, I have the most expensive tix n bkn duit kau! I came for the rave!” Naahhh…tp that feeling hilang tiba2 bila almost 10 guys stop dancing and greet me with their thumbs up and said, “akak ni cool!” “Terbaiklah hijabister” “power!” “Wow!”
“Yes! At least ada juga org terima my look malam td! I’m proud to wear hijab while raving and listening to world best trance dj Armin Van Buuren!
Akibatnya, ramai pembaca di laman sosial memberi komen mengutuk sikap gadis tersebut yang dilihat terlalu membangga diri sehingga lupa tujuan sebenar dia berhijab.
Bukan sahaja dia menunjuk-nunjuk yang dia membeli tiket paling mahal, tetapi turut menyatakan dirinya menjadi perhatian para jejaka di sana.
Setahu kami, berhijab adalah untuk melindungi aurat kita daripada dipandang oleh lelaki bukan muhrim, tetapi gadis ini boleh berbangga pula.
Rasanya, kalau dia sekadar pergi dan tak bercakap yang bukan-bukan, mungkin tak ada siapa yang akan kecoh, betul tak?
Isu Panas
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui sudah mempunyai telefon bimbit peribadi selepas hampir enam tahun tidak menggunakan kemudahan tersebut.
Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata, dia terpaksa menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti perkembangan teknologi terutamanya laman sosial seperti Twitter dan Instagram.
“Saya pakai telefon kerana terpaksa mengikuti peredaran dan perkembangan teknologi untuk mengemaskini laman sosial. Itu pun saya baru sahaja tahu tentang Instagram.
“Walaupun saya ada tetapi saya agak jarang mengemaskini laman-laman sosial tersebut,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Dayang, dia juga tidak menganggap kemudahan tersebut sebagai sesuatu yang keperluan buat dirinya.
Malah, dia turut menolak menggunakan telefon bimbit kerana sudah mempunyai kekasih.
“Saya disuruh oleh pengurus (Shaliza) dan keluarga supaya ada telefon, namun begitu saya tetap tidak seperti orag lain yang leka dengan telefon.”Telefon saya tidak berbunyi langsung dan jika saya tertinggal di rumah, saya tidak akan patah balik untuk menggambilnya,” ujarnya.
Sementara itu, menyentuh single terbaharunya berjudul Di Pintu Syurga, Dayang mengakui ia sebagai mengubat rindu ekpada peminat-peminatnya yang gemarkan laguSeandainya Masih Ada Cinta.
Katanya, selama ini dia mencari lagu genre balada seperti itu, namun kebanyakkan tidak menepati citarasanya.
“Saya sudah lama cari lagu seperti Masih Ada Cinta, ramai juga komposer yang beri lagu, tetapi tidak jumpa yang betul-betul saya suka.
“Selepas saya berjumpa dengan pihak syarikat Indigital dan mereka memperdengarkan lagu ini, saya terus berminat,” katanya. -MS
Hiburan
KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini.
Isu Semasa
Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan sebarang perkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapal MH370 dan pembantunya sehingga kini.
Namun, sebahagian pegawai kanan persikan negara itu beranggapan, pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk rancangan masa akan datang.
Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.
“Ia lebih kepada usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.
Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas dari waktu ia dilaporkan hilang.
MH370 dengan ratusan penumpang serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu. Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.
Beliau bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas.
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Sudah lebih enam bulan mereka dipertemukan, sambutan ulang tahun ke empat anak angkat kepada penyanyi Atilia Haron yang berasal dari Nigeria itu pastinya menjadi detik paling manis buat mereka berdua.
Apatah lagi, Atilia telah menghadiahkan Ayo atau nama sebenarnya Fatimah dengan sepersalinan gaun bak permaisuri yang menjadi idaman kanak-kanak berkenaan bagi menyerikan sambutan ulang tahunnya iaitu pada tanggal 12 Mac lalu.
Atilia yang dihubungi portal murai.com.my berkata kemunculan anak angkatnya itu disifatkan cukup istimewa dan dia kini banyak menghabiskan masa bersama-sama kanak-kanak itu walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun.
“Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya.
“Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu itu,” katanya yang turut menjalinkan hubungan baik bersama ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Atilia telah mengundang beberapa orang anak kenalannya untuk meraikan ulang tahun keempat Ayo yang telah diadakan kelab Yoga miliknya pada tanggal hari istimewa kanak-kanak berkenaan.
Antara perkara yang membuatkan Atilia cukup tertarik dengan kanak-kanak Nigeria itu kerana kebolehan Ayo memberikan ekspresi wajah yang berza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa sahaja termasuk dirinya.
Kata penyanyi Sangkar itu lagi, setiap hari dia akan membawa Ayo bersama-samanya ke mana saja dia berada sebaik sahaja selepas kanak-kanak itu selesai dengan sesi persekolahan harian.
Bagi menjalankan tanggungjawabnya, dia telah berkongsi beberapa perkara dengan Ayo bagi membolehkan kanak-kanak berkenan arif dengan adat serta budaya masyarakat di negara ini.
“Memang dari sudut budaya kami sangat berbeza. Bagaimanapun saya bertuah kerana ibu bapa Ayo bersikap terbuka dengan kehadiran saya dalam hidupnya.
“Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.
“Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang,” katanya. – Murai
Hiburan
GEOGETOWN: Seorang pemandu bas ekspres ditemui maut dalam keadaan kepalanya tersepit di pintu bas penumpang yang diletakkan di kawasan parkir di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, semalam.
Dalam kejadian yang hanya disedari jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Shaharil Anuar, 32, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya berada di luar, manakala badannya pula berada di dalam bas berkenaan.
Pegawai Bomba Kanan II Jalan Perak, Yaakob Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.33 pagi daripada orang awam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian dengan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit kepalanya di pintu bahagian penumpang bas ekspres berkenaan.
“Enam anggota tiba di lokasi dan melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan yang dibawa serta terpaksa masuk melalui cermin bahagian pemandu bas sebelum membuka pintu bahagian penumpang itu.
“Selepas 10 minit, mangsa yang tersepit itu dikeluarkan dan kami cuba memberikan rawatan kecemasan terhadapnya, namun dia didapati sudah meninggal dunia kerana tersepit dalam tempoh yang lama,” katanya.
Yaakob berkata, pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kejadian itu sama ada berlaku disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa pemandu kedua bas ekspres berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan masuk ke dalam bas melalui pintu pemandu dan dipercayai keluar melalui pintu penumpang, namun siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca dia boleh tersepit di pintu bas berkenaan.
Katanya, mangsa berjaya dibawa keluar dari pintu bas dengan bantuan bomba dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian yang sebenar.-HM
Isu Semasa
NAMPAKNYA hari ini media-media Britain sudah mula mengaitkan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Daily Mail sebagai contoh, menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.
Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Apabila ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya berkata: “Tidak ada sebarang tindakan daripada PKR buat masa ini. Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia doa agar pesawat MH370 ditemui.”
Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
SEBENARNYA semua ini adalah satu dakwaan dan tuduhan yang serius dari akhbar Britain.
Bayangkan kalau ia ditulis oleh akhbar arus perdana tanah air, sudah tentu Anwar dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat tak sabar-sabar memfailkan saman terhadap mereka di mahkamah.
Tetapi kenapa kali ini Anwar hanya berdiam seribu bahasa?
Lebih teruk lagi, pembangkang seperti PKR bukan hendak membantah artikel yang ditulis oleh media Britain, sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) pulak yang mereka kecam.
“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Apa kejadahnya ini?
Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya!
Kalau betul-betul pemimpin hebat, Anwar kena ada keberanian untuk berhadapan, atau sampai ke peringkat MENYAMAN akhbar-akhbar Britain ini jika merasakan dirinya telah difitnah.
Jangan hanya jadi jaguh kampung, tunjuk berani, tunjuk garang hanya pada wartawan tempatan…tapi bila ‘kena’ dengan wartawan luar, senyap dan tidak berani bersuara!
Anwar kena buktikan pada dunia yang dia tidak terlibat atau perlu dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370.
Isu Panas
Kejadian berlaku di hentian bas dan teksi Terminal One di sini, kira-kira 7 petang semalam, apabila Kyaw Mioo, 32, yang merupakan warga Myanmar mendapati mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam beg yang ditinggalkan di atas penutup pam tandas berkenaan.
Menurutnya, ketika itu dia masuk ke dalam tandas berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan.
“Apabila saya membuka pintu tandas ketiga, saya nampak ada beg berwarna oren di atas pam tandas. Saya sangka mungkin ada orang tertinggal.
“Saya cuba melihatnya, tapi mula terhidu bau busuk sebelum ternampak ada kepala bayi,” katanya yang bekerja di situ sejak tujuh bulan lalu.
Kyaw Mioo berkata, dia yang terkejut membawa beg berkenaan keluar dan memberitahu majikannya.
Menurutnya, setelah diperiksa, mereka mendapati terdapat mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Sementara itu, pengurus pembersihan tandas di perhentian bas berkenaan, Roslan Mohd Nor, 47, berkata, walaupun mereka duduk di bahagian kaunter bayaran tandas, dia bersama pekerja lain tidak terhidu sebarang bau busuk.
"Kami memang tidak bau apa-apa sebab di sini disediakan pewangi Dettol. Saya pun tidak perasan siapa yang terakhir masuk ke dalam tandas sebelum mayat bayi itu dijumpai.
“Tapi apabila beg plastik itu dibawa keluar, baunya sangat busuk menyebabkan saya sendiri pun takut mahu melihatnya,”katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengesan ibu kepada bayi berkenaan. SH
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Malang bagi seorang pemandu teksi berusia 58 tahun apabila dia rentung ketika tidur di tempat duduk pemandu selepas keretanya terbakar akibat dirempuh kereta Toyota Corolla Altis dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di tepi sebuah pusat pameran kereta di Jalan Sungai Besi, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pemandu Toyota Corolla Altis itu yang dalam perjalanan ke pusat bandar, memandu laju dan dipercayai mabuk, hilang kawalan lalu merempuh dua kereta dan empat motosikal yang berada di tempat letak kenderaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail berkata, akibat rempuhan itu semua kenderaan terbabit terbakar sepenuhnya dan orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi bomba serta polis.
Menurutnya, bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 5.26 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian membabitkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Pudu serta BBP Hang Tuah.
“Seramai 33 pegawai dan anggota bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu dan siasatan awal mendapati kereta Toyota Altis melanggar kenderaan lain yang berada di tempat kejadian.
“Kami menemui mayat seorang lelaki yang rentung. Mangsa dipercayai tidur di tempat pemandu dalam keretanya dan gagal menyelamatkan diri apabila keretanya terbakar,” katanya.
Azizan berkata, pemandu kereta Toyota Corolla Altis itu hanya cedera ringan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Fadhli Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, pusat pameran kereta terbabit turut terbakar akibat kemalangan itu. -HM
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menjadi lebih rumit apabila ada dakwaan mengaitkannya dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
The Telegraph yang berpejabat di London melaporkan seorang bekas pengikut kumpulan itu Saajid Badat memberitahu mahkamah di New York minggu lalu bahawa empat hingga lima lelaki warga Malaysia merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang disembunyikan di dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit kapal terbang.
Pertemuan antara Saajid dengan kumpulan berkenaan didakwa berlaku pada 2001, tidak lama selepas peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September tahun yang sama.
Bagaimanapun, perancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan ia kini cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya wartawan Harian Metro mengenai dakwaan yang mengaitkan misteri kehilangan pesawat itu dengan al-Qaeda berkata: “Semua terangkum dalam siasatan kita.”
Isu Semasa
Walaupun bahasa Arab bukan mudah untuk dikuasai, beberapa selebriti melakar namanya melalui bahasa itu untuk memukau peminat seni, sekali gus mengumpul kekayaan luar biasa.
Berikut ialah senarai 10 penyanyi Arab mendapat bayaran paling mahal:
Najwa Karam (Kekayaan: RM180.3 juta)
Najwa dianggap antara penyanyi wanita paling lawa. Berusia 48 tahun, artis kelahiran Lubnan ini dikenali kerana memiliki suara bertenaga. Lebih 50 juta albumnya terjual di seluruh dunia.
Dia juga dianggap ikon fesyen untuk rantau Arab.
Amr Diab (Kekayaan: RM147.5 juta)
Amir Diab dianggap penyanyi lelaki paling diminati di dunia Arab dengan lagu dan nyanyiannya didengar hampir di setiap negara rantau itu.
Penyanyi berasal dari Mesir itu juga dikenali kerana kemampuannya mencipta lagu.
Kini berusia 52 tahun, Amr pernah mendapat Anugerah Muzik Dunia untuk kategori Album Timur Tengah Terlaris sebanyak tiga kali, iaitu pada 1998, 2002 dan 2007.
Haifa Wehbe (Kekayaan: RM131.1 juta)
Penyanyi Arab paling cantik dan paling banyak mendapat liputan media. Selain popular di negara Arab, Haifa turut diminati di Hollywood dan negara lain.
Dia dilahirkan di Mahrouna, Lubnan, pada 10 Mac 1976.
Bekas finalis Ratu Cantik Lubnan ini juga menyertai bidang lakonan.
Pada 2006, majalah People menyenarai Haifa sebagai seorang daripada 50 wanita tercantik di dunia.
Nancy Ajram (Kekayaan: RM131.1 juta)
Seorang lagi penyanyi kelahiran Lubnan.
Nancy adalah penyanyi Arab paling ramai pengikut di rangkaian laman sosial.
Melalui sokongan padu bapanya, Nancy mula membuat persembahan sebagai penyanyi kanak-kanak dan menghasilkan album pertama menjelang usianya 15 tahun.
Namanya melonjak selepas mengadakan kolaborasi dengan penerbit ternama, Jiji Lamara dan mereka menghasilkan album Akhasmak Ah.
Elissa (Kekayaan: RM124.5 juta)
Lahir di Deir el Ahmar, Lebanon 41 tahun lalu, Elissa seorang lagi artis yang tampil dengan gabungan wajah ayu serta suara merdu.
Elissa menjadi antara penyanyi wanita Arab yang paling banyak mendapat pencalonan dalam pelbagai anugerah di Asia.
Diana Haddad (Kekayaan: RM98.3 juta)
Diana, 37, adalah penyanyi wanita Arab yang memiliki suara paling bertenaga ketika ini dan mencabar kebanyakan penyanyi lain yang lebih popular.
Nama penuhnya ialah Diana Joseph Fouad Haddad dan kini memiliki kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu.
Turut dikenali sebagai personaliti televisyen, Diana adalah seorang daripada penyanyi wanita Arab paling popular dan berjaya sejak akhir 1990-an.
Majida El Roumi (Kekayaan: RM91.8 juta)
Namanya melonjak dan sebutan ramai hanya sejak beberapa tahun lalu. Dia diingati kerana berjaya membawa beberapa lagu Arab popular.
Dilahir dan dibesarkan di Kfarshima, Lubnan, Majida memulakan kerjaya muziknya sejak awal 1970-an apabila menyertai pertandingan pencarian bakat baru Studio El Fan ketika berusia 16 tahun.
Majida, 57, juga pernah terpilih sebagai Duta Khas PBB.
Ragheb Alama (Kekayaan: RM91.8 juta)
Ragheb Subhi Alama, 51, adalah personaliti serba boleh Lubnan. Dia berbakat sebagai penyanyi, pencipta lagu personaliti televisyen dan dermawan.
Dia memulakan kerjaya sebagai artis pada 1980-an melalui penyertaannya dalam pertandingan mencari bakat baru Studio El Fan.
Kemunculannya itu membawa tuah apabila memenangu Anugerah Platinum.
Nicole Saba (Kekayaan: RM81.9 juta)
Nicole dianggap penyanyi bersuara paling merdu dari Lubnan, membolehkannya mendapat gelaran bayaran paling tinggi bagi sesuatu persembahan di Arab ketika ini.
Antara 1998 hingga 2001 Nicole menganggotai kumpulan pop The 4 Cats dan sempat menghasilkan dua album bersama Tic - Tick dan Layl Nhar.
Mereka kian popular apabila menjadi model iklan gel mandian Lux.
Mika (Kekayaan: RM75.4 juta)
Lahir dengan nama asal Michael Holbrook Penniman Jr dan berdarah kacukan Lubnan - British.
Dia menghasilkan album penuh berjudul Life in Cartoon Motion pada 2007 dan sebanyak 5.6 juta unit terjual di seluruh dunia.
Album itu juga membantu Mika memenangi Anugerah Brit serta dicalonkan untuk Anugerah Grammy.
Hiburan
Lioning: Doktor minggu lalu berjaya mengeluarkan sebutir peluru yang berada dalam hidung seorang wanita sejak 48 tahun lalu.
Wanita berkenaan sebelum ini tidak pernah tahu mengenai kehadiran peluru berukuran 2.5 sentimeter itu dalam hidungnya.
Ia dikeluarkan doktor di Hospital Universiti Perubatan China di Shenyang dari kepala Zhao, 62, selepas dia mengalami resdung yang kronik, sakit kepala dan limpa bengkak selama lebih 10 tahun.
Dia mulanya menyangka kesakitan itu disebabkan batu kecil yang terdapat dalam rongga kanan hidungnya.
Zhao kemudiannya mendapatkan pemeriksaan lanjut apabila tidak mampu lagi menahan kesakitan yang di alami dan ketika itulah doktor mengesan peluru berkenaan di dalam hidungnya.
Zhao berkata, suatu ketika dahulu dia pernah terkena peluru sesat sewaktu masih kanak-kanak tetapi hanya merasa sedikit kesakitan dan membiarkannya.
Doktor percaya peluru itu beralih dan tersekat di hidung wanita itu, mengelak daripada terkena otaknya. - Agensi
Global
Shanghai: Seorang lelaki berusia 50 tahun bernasib baik kerana masih hidup selepas terperangkap dalam keranda di sebuah tanah perkuburan awam selama empat hari.
Lelaki berkenaan berkata, dia terpaksa minum air kencingnya sendiri untuk mengelak daripada mati.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Chien diselamatkan Khamis lalu apabila satu pasangan yang melawat tanah perkuburan awam Pifeng di daerah Nantao itu terdengar jeritan meminta tolong dari keranda berhampiran.
Polis dan bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membuka keranda itu dan mendapati lelaki terbabit di dalamnya dengan pakaian berlumpur.
Chien memberi kenyataan yang mengelirukan kepada polis mengenai bagaimana dia boleh terperangkap dalam keranda itu. Pada mulanya dia berkata kawannya meletakkan dia di situ tetapi selepas itu memberitahu dia terjatuh ke dalamnya kerana mabuk.
Dia gagal menerangkan bagaimana keranda itu boleh tertutup.
Chien memberitahu dia ketakutan apabila tersedar.
Dia cuba untuk meminta bantuan dan membuka penutup keranda itu tetapi tidak berjaya.
Dia mengalami dehidrasi selepas sekian lama berada di dalam keranda berkenaan tetapi bernasib baik kerana dapat menggunakan beg plastik yang ditemui dalam poketnya bagi diisi air kencingnya untuk diminum.
Chien berada di dalam keranda itu selama empat hari tanpa boleh menggerakkan badannya dan merasakan dia akan mati sebelum sempat diselamatkan.
Namun keajaiban terjadi apabila hujan ribut yang berlaku mengalirkan air melalui celah keranda membolehkan dia minum. Apabila mendengar suara orang berhampiran Khamis lalu, dia menjerit sekuat hati dan yakin dia akan diselamatkan selepas mendengar bunyi tapak kaki menuju dan anjing menyalak ke arahnya.
Doktor berkata Chien kini berada dalam keadaan stabil. - Agensi
Global
Florida: “Cowasaki” bukanlah kesilapan ejaan pada bagi satu nama pengeluar motosikal sebaliknya ia nama yang diberikan bagi replika motosikal yang dibuat dari tulang binatang.
Reese Moore, 65, dari Orange City mempunyai kemahiran unik menggunakan tulang binatang untuk membina replika motosikal selama lebih 10 tahun..
Rekaan terbarunya yang di beri nama Cowasaki akan mula dipamerkan di bilik pameran Ormond Beach sebagai sebahagian daripada Minggu Motosikal 2014
Replika bernilai AS$ 55,000 (RM 180,372) itu dibuat daripada tengkorak lembu, tulang buaya, rakun dan khinzir.
“Saya suka menggunakan tulang dalam hasil kerja saya,” kata Reese.
Lelaki itu tidak pernah menunggang motosikal apatah lagi motosikal yang dibinanya kerana ia hanya replika dan bukan untuk digunakan.
Dia mula membina replika motosikal itu apabila dia cuba melakukan sesuatu yang hebat untuk anaknya pada hari Halloween dengan membuat replika dinosaur dari tulang binatang.
Apabila rakannya meminta dia membuatkan satu untuknya, dia membuat sesuatu yang lebih baik.
“Pada mulanya saya cuma bergurau dengan mengatakan saya akan membuat motosikal untuk Minggu Motosikal, dan saya anggap itu sebagai satu cabaran buat saya,” katanya. Dalam kira-kira tiga atau empat hari kemudian saya menghubunginya untuk memberitahu ia sudah siap,” katanya.
Rekaan terbaru Reese itu kini dipamerkan untuk jualan di Dunn's Attic & Auction House. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments