Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Anwar Cuma Berdiam Diri Difitnah Media Britain, Kenapa Tak Saman?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


NAMPAKNYA hari ini media-media Britain sudah mula mengaitkan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Daily Mail sebagai contoh, menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.
Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Apabila ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya berkata: “Tidak ada sebarang tindakan daripada PKR buat masa ini. Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia doa agar pesawat MH370 ditemui.”
Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
SEBENARNYA semua ini adalah satu dakwaan dan tuduhan yang serius dari akhbar Britain.
Bayangkan kalau ia ditulis oleh akhbar arus perdana tanah air, sudah tentu Anwar dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat tak sabar-sabar memfailkan saman terhadap mereka di mahkamah.
Tetapi kenapa kali ini Anwar hanya berdiam seribu bahasa?
Lebih teruk lagi, pembangkang seperti PKR bukan hendak membantah artikel yang ditulis oleh media Britain, sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) pulak yang mereka kecam.
“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Apa kejadahnya ini?
Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya!
Kalau betul-betul pemimpin hebat, Anwar kena ada keberanian untuk berhadapan, atau sampai ke peringkat MENYAMAN akhbar-akhbar Britain ini jika merasakan dirinya telah difitnah.
Jangan hanya jadi jaguh kampung, tunjuk berani, tunjuk garang hanya pada wartawan tempatan…tapi bila ‘kena’ dengan wartawan luar, senyap dan tidak berani bersuara!
Anwar kena buktikan pada dunia yang dia tidak terlibat atau perlu dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments