Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Pesawat MH370 Kini Dikaitkan Dengan Al-Qaeda
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menjadi lebih rumit apabila ada dakwaan mengaitkannya dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.
The Telegraph yang berpejabat di London melaporkan seorang bekas pengikut kumpulan itu Saajid Badat memberitahu mahkamah di New York minggu lalu bahawa empat hingga lima lelaki warga Malaysia merancang mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang disembunyikan di dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit kapal terbang.
Pertemuan antara Saajid dengan kumpulan berkenaan didakwa berlaku pada 2001, tidak lama selepas peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September tahun yang sama. 

Bagaimanapun, perancangan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan ia kini cuba dikaitkan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditanya wartawan Harian Metro mengenai dakwaan yang mengaitkan misteri kehilangan pesawat itu dengan al-Qaeda berkata: “Semua terangkum dalam siasatan kita.”

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments