Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Gua Buatan Tangan Berusia 2000 Tahun Di China
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Jika anda berkunjung ke gua Longyou di China, anda akan terkejut kerana gua ini mempunyai permukaan melengkung dan seni bina yang halus. Ya, ini adalah gua buatan dan dibuat kira-kira lebih dari 2000 tahun yang lalu!

Kompleks gua ini terdiri daripada 24 gua (yang telah ditemui) yang diukir lebih daripada 2,000 tahun yang lalu sehingga saat ini tetap tidak diketahui dibuat oleh siapa dan mengapa. Nampaknya dibuat oleh orang-orang yang mempunyai akses kepada alat mirip dengan alat moden masa kini dan mesin.


Sebuah anggaran kasar dari beban kerja yang terlibat dalam pembinaan komplek gua ini sungguh menakjubkan. Bayangkan, luas total 4 gua yang masing-masing tingginya 30 meter adalah 1,200 meter persegi, dan gua ini dibuat dengan menggali dan memindahkan 36,000 meter padu batu.

Kerana ada 24 gua yang telah ditemui hingga kini, maka penggalian secara keseluruhan akan menjadi 900,000 meter padu batu yang dipindahkan. Luarbiasa, bahkan untuk masa kini!




4 ruang (tiang) yang diedarkan secara simetri di dalam salah satu gua, dan unsur-unsur yang lebih luar biasa yang membuat kita bertanya-tanya "Bagaimana mereka membuatnya?". Belum lagi tanda misteri di dinding yang memberikan kesan bahawa alat berat seperti jengkaut terlibat selama pembangunan gua.

Pada bulan Jun 1992 seorang penduduk bernama Wu Anai, memutuskan untuk mengambil air dari sebuah gua, dan dari situlah terungkapnya gua pertama dari siri gua buatan di kawasan tersebut.



Selepas 17 hari mengepam keluar air yang memenuhi gua, maka terlihatlah sebuah bilik gua dan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa ia tidak terbentuk secara semula jadi, tapi buatan. Ukiran di dinding dan langit-langit yang membentuk suatu pola yang rumit dan tidak mudah untuk dilihat sehingga banyak orang percaya bahawa ukiran itu mengandungi simbolisme. Ukiran tersebut seperti terdapat pada beberapa seramik, yang terletak di sebuah muzium di dekatnya dengan kronologi antara 500 dan 800 SM.



Seperti kebanyakan kampung di China selatan, ada banyak kolam di desa Shiyanbei, tapi kolam-kolam yang ternyata adalah gua buatan ini sebahagian besar berbentuk persegi panjang, dan sangat dalam, yang dikenali sebagai "kolam maut". Kolam ini penuh dengan ikan-ikan, yang mudah ditangkap. Setelah gua pertama airnya dipam keluar, tak satupun ikan atau bangkai ikan ditemui. 

Salah satu gua yang telah dibuka untuk pelancong, terdapat pola ukiran dengan simbol merujuk pada kuda, ikan dan burung (Bumi, Air, Udara). Kepala burung ini mempunyai gambaran yang mirip dengan patung yang terungkap pada tapak arkeologi Hemudu.


Gua Longyou baru ditemui di akhir abad ke-20. Sekurang-kurangnya 24 gua telah dijumpai setakat ini. Walaupun penggalian secara keseluruhan melibatkan hampir satu juta meter padu batu, tidak ada catatan sejarah mengenai pekerjaan ini. Asal mereka masih menjadi misteri. Saat ini tidak ada penjelasan untuk kewujudan mereka. Mereka merupakan salah satu penggalian bawah tanah terbesar dari zaman kuno. Mereka saat ini dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Kuno yang Kesembilan'.

Penemuan ini telah menarik perhatian banyak pakar dari China, Jepun, Poland, Singapura dan Amerika Syarikat. Salah satu soalan yang paling sukar adalah bagaimana dan mengapa gua-gua ini tetap tersembunyi dan tidak diketahui hingga selama lebih dari 2,000 tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments