Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SIBU: Tindakan seorang wanita yang membantu mengawal trafik setelah lampu isyarat yang sepatutnya mengawal lalu lintas tidak berfungsi mendapat pujian dari Adun Dudon, Yap Hoi Liong.

Yap berkata dia kagum dengan tindakan wanita itu secara sukarela tampil untuk membantu mengawal lalu lintas setelah lampu isyarat di jalan itu tidak berfungsi.




"Saya terperangkap di dalam kesesakan yang disebabkan oleh kerosakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tong Sang/Jalan Oya/ Jalan Wong King Huo. Setelah itu saya ternampak seorang wanita turun dari keretanya dan menyarungkan sarung tangan putih. Jam ketika itu menunjukkan pukul 7.52 pagi", kata beliau memetik laporan dari The Borneo Post.

Yap berkata wanita itu menuju ke tengah-tengah persimpangan lampu isyarat dan membantu melancarkan aliran trafik.

"Penunggang motosikal seperti tidak mahu memberi kerjasama. Saya kemudian berdiri dengan dia, dan secara beransur-ansur dia berjaya mendapat kerjasama dari penunggang motosikal juga."

SEKUMPULAN nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia terkejut apabila salah seekor ikan aneh yang berjaya ditangkap mereka merupakan spesis ikan jerung prasejarah, Frilled Shark yang wujud sejak 80 juta tahun lalu.
Menyerupai seekor belut, ia berukuran dua meter panjang dan ditangkap pada kedalaman 700 meter di bawah paras laut.

Laporan Mail Online menyebut, ikan tersebut mempunyai 300 gigi dan jarang ditemui pada kedalaman kurang daripada 1,200 meter di bawah paras laut.
Menurut Ketua Eksekutif Persatuan Perikanan Tunda Tenggara (SETFA), Simon Boag, ini kali pertama spesis ikan itu ditangkap dalam keadaan masih hidup.
Bagaimanapun, ikan tersebut khabarnya sudah pun dijual oleh para nelayan tersebut.

Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo nampaknya sudah menemui cinta baru, sejak menamatkan hubungan yang sekian lama terjalin bersama teman wanitanya Irina Shayk, apabila berita melaporkan pemain itu keluar bersama wartawan TV Sepanyol Lucia Villalon.

Ronaldo dilihat meraikan kemenangan anugerah Ballon d'Or bersama Lucia selepas berjaya menewaskan pesaingnya Lionel Messi dan Manuel Neuer.

Penyerang Portugal itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini mengesahkan hubungannya dengan Irina sudah berakhir.

"Selepas menjalinkan hubungan selama lima tahun, hubungan saya dengan Irina sudah berakhir. Kami percaya keputusan itu adalah langkah terbaik buat kami ketika ini."
Ronaldo tidak menunjukkan sebarang tanda kecewa selepas berpisah dengan Irina apabila dilihat ketika mengambil anaknya, Cristiano Ronaldo Jnr dari sekolah di Madrid.
Beberapa penyokong menunggu berhampiran sekolah itu dan meminta untuk bergambar selfie dan dia begitu gembira dan bersemangat.

Pemain itu bergelar bapa pada Julai 2010 dan sebelum itu mengakui menjadi seorang bapa banyak mengubah dirinya.
"Sudah tentu perkara seperti itu memberi kesan kepada anda. Ia adalah satu tanggungjawab yang berbeza," katanya.
"Mungkin saya rasa lebih selesa. Saya selesa apabila semua berjalan lancar. Keluarga saya, kelab, rakan yang banyak memberi sokongan untuk semuanya.
"Saya suka jika anak saya menyukai bola sepak dan menjadi pengganta saya tapi kita lihat apa yang terjadi nanti.

"Anak saya boleh memilih apa yang diingininya," katanya.
Identiti ibu kepada anaknya tidak pernah didedahkan namun pada 2011 dilaporkan bahawa ia adalah seorang pelajar British berusia 20 tahun yang dibayar £10 juta (RM54.5 juta) untuk menyerahkan hak sebagai ibu bapa kepada Ronaldo.
Ronaldo berpisah dengan Irina selepas lima tahun menjalin hubungan dengan berita itu disahkan hujung minggu lalu selepas khabar angin mula bertiup kencang apabila Irina tidak lagi mengikuti perkembangannya di Twitter.

Model itu juga tidak hadir ketika sambutan meraikan kejayaan Ronaldo merangkul anugerah Ballon d'Or kali ketiga pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun tanpa kehadiran Irina, kelihatan Lucia bersamanya meraikan kejayaan itu.
"Ada 3! Tahniah kerana bola emas, 12 Januari di Zurich ," tulis Lucia.
Jurucakap jenama kecantikan Victoria Secret itu Sabtu lalu mendedahkan: "Kami boleh mengesahkan hubungan Irina Shayk dengan Cristiano Ronaldo selama lima tahun sudah berakhir.

Ibu Ronaldo tidak menyukai bekas kekasihnya itu dan ia dikatakan antara penyebab hubungan cinta mereka putus.
Manakala cinta baru Ronaldo itu adalah pengikut setia yang sentiasa mengikuti perkembangan karier sukannya dan Lucia adalah seorang wartawan yang memiliki ijazah dalam undang-undang dan kewartawanan.

Wartawan berusia 26 tahun itu menyaksikan perlawanan Real Madrid menentang Getafe dalam cuaca sejuk bersorak meraikan bintang dunia itu beraksi bersama beberapa rakannya.



Chengdu: Seorang jurulatih tentera yang berang apabila rekrut baru tidak membersihkan tandas ke tahap yang dimahukannya terkejut apabila seorang daripada mereka menjilat lantai tandas berkenaan.

Sarjan Cai Peng mengarah rekrut berkenaan membersihkan asrama dan bilik air mereka, termasuk mangkuk tandas.

Dia mahu memastikan tidak ada sebarang kesan kotor apabila datang untuk memeriksanya.
Bagaimanapun, jurulatih di Kolej Vokasional dan Tenik Komunikasi Sichuan di bandar Chengdu itu berang apabila hasil kerja yang diarahnya tidak memuaskan hatinya.
Dia menjerit ke arah rekrut berkenaan sambil mengancam mengenakan hukuman terhadap mereka apabila seorang rekrut bersuara.


Shah Alam: Sekumpulan penjenayah tidak hanya menetak mati seorang pemuda malah turut melarikan tangan kanan mangsa yang dilibas dengan parang hingga putus.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan baru selesai makan di restoran di Dataran Otomobil, Seksyen 15 di sini, sebelum didatangi empat hingga lima lelaki bertopeng.

Kedatangan suspek bersenjatakan parang yang bertindak menetak kepala dan tangan mangsa menyebabkan pelanggan serta pekerja di restoran itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Sumber berkata, mangsa yang cedera parah bagaimanapun ditemui orang ramai kira-kira 100 meter dari restoran berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa dikatakan baru selesai makan bersama tiga hingga empat rakan lain di restoran berkenaan. Suspek kemudian meluru ke arah mereka dengan melibas parang.