Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Samada anda suka atau tidak, fesyen baju menggunakan bulu haiwan masih lagi sah. Di Eropah pemakaian baju bulu haiwan semakin berkurangan kerana protes yang dilakukan oleh PETA. Tetapi di China industri menghasilkan kot bulu dari haiwan seperti musang masih lagi bergerak aktif. Mari kita ke Chongfu yang terletak di Provinsi Zheijiang. Ia merupakan industri bulu haiwan terbesar di China.

 Di dalam bandar sebesar 100 meter persegi ini 1469 syarikat bergiat aktif di dalam penghasilan. rekaan dan pemprosesan bulu haiwan untuk dijadikan baju. Siri gambar di bawah tidak sesuai dilihat oleh pecinta haiwan. 




Laporan asal Sina
KECOH di seluruh negara kononnya akan berlaku lagi kenaikan harga minyak RON95 menjelang tengah malam ini. Bagaimanapun sumber yang rapat dengan kerajaan memberitahu Mynewshub.my sebentar tadi, ia tidak akan berlaku.
” Tiada kenaikan (harga minyak) akan berlaku,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.
Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion, satu jumlah yang cukup membebankan bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia.

Chen Jejun tinggal berseorangan di sebuah pondok usang di wilayah Shuijiang China. Dia terkenal di kampungnya sebagai seorang yang mempunyai tabiat luar biasa iaitu meminum gasolin. Setiap bulan dia akan minum lebih kurang 3.5 liter gasolin untuk melegakan sakit-sakit di badannya.

Dia mula mempunya tabiat yang pelik ini pada tahun 1969 apabila dia diserang batuk yang teruk dan sakit di dadanya. Dia mencuba pelbagai ubat tetapi tidak berkesan, kemudian ada seorang yang lebih berusia memberitahu yang dia berkemungkinan mengidap penyakit tuberculosis dan boleh mencuba meminum minyak tanah untuk melegakannya.

Selepas meminum minyak tersebut, dia mengalami sakit-sakit di perut dan tertidur. Satu jam selepas itu, dia bangun dan mendapati batuk dan sakit dadanya telah sembuh. Sejak itu dia mula meminum minyak tanah untuk melegakan sakitnya.



Pada tahun 2001, dia mula bertukar kepada gasolin kerana lebih mudah didapati di kampungnya. Doktor yang melawatnya baru-baru ini menyesahkan dia dalam keadaan sihat, doktor juga mengesahkan bahawa tubuh badan Chen Jejun mungkin telah mengeluarkan antibodi untuk mencegah gasolin tadi daripada merosakkan sistem tubuh badannya.
Men in high heel shoes
PELBAGAI cara dan usaha dilakukan bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan lelaki mengenai pentingnya menghentikan penderaan dan keganasan terhadap wanita.
Terbaru di Toronto, ribuan peserta lelaki mengambil bahagian dalam satu acara jalan kaki tahunan yang dinamakan, ‘Walk A Mile in Her Shoes’ sempena Kempen Reben Putih.
Melalui acara ini, peserta lelaki dikehendaki berjalan beramai-ramai dengan menggunakan kasut tinggi wanita.
Acara ini telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah lebih RM1.29 juta sejak diadakan pada tahun 2009 di beberapa bandar besar.
WAMIHSlogo
Ia juga menjadi simbolik kepada cara memahami dan melihat dunia dari sisi pandangan seorang wanita.
Menurut Eksekutif Reben Putih, Todd Minerson, pada tahun lepas, terdapat hampir 1,000 pejalan kaki mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia 11 tahun hinggalah warga emas berusia 70 tahun.
Pada tahun ini, mereka mensasarkan kutipan dana sehingga RM400,000 bagi membantu meningkatkan lagi program kesedaran mengenai masalah penderaan wanita di Kanada.
GAMBAR: Tu Dia Duta Tudung FAREEDA Yang Bakal Jadi Tunang Fizo Omar
Bagi penggemar fesyen tudung pastinya mereka mengenali gadis ini. Mawar Abdul Karim merupakan seorang model untuk tudung Fareeda. Mawar difahamkan bakal bertunang dengan pelakon Fizo Omar namun tarikh belum ditetapkan lagi.
tunangfizoomar8
tunangfizoomar1
tunangfizoomar2
tunangfizoomar3
57-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi.
Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar.
Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini.
“Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya.
Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta.
“Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.
Oleh kerana Nora Danish tidak kisah, boleh kiranya anda semua kini nikmati gambar perjalanan aktres ini bersama Nadeem Nazri ke Myanmar baru baru ini. Enjoice! -Rotikaya.com
57-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
52-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
48-Gambar-Mesra-Nora-Danish-Tidak-Kisah-Akan-Persepsi-Orang-Ramai-ROTIKAYA
Gambar 'Mesra' Dengan Anak Menteri - Saya Yang Gatal Tangan 'Upload', Kata Nora
Zain Saidin Terkejut Gosip Bertunang Dalam Diam

PELAKON Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.

“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.

“Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.
70 Pelajar Sekolah Menengah Diserang Histeria

KUANTAN – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.
“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya. – ERMA YUSNIDA JUSOH / Sinar Harian
Kuarters Guru Jadi Sarang Maksiat

SUNGAI PETANI – Keadaan 10 blok kuarters guru lima tingkat di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir membimbangkan penduduk berdekatan memandangkan ia telah dijadikan tempat lepak bagi golongan remaja melakukan perbuatan tidak berfaedah.

Penduduk, Yaakob Bakar, 58, berkata, kuarters yang mampu menempatkan kira-kira 100 keluarga dilihat tidak berpenghuni sejak lebih lima tahun walaupun dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan perabot, tempat letak kereta dan sebuah surau.

Beliau yang juga Bendahari Badan Kebajikan Islam Taman Semarak (Bakitas) berkata, keadaan menjadi semakin teruk apabila ia dipenuhi semak sementara perkakasan besi dan serpihan kayu perabot diambil orang disebabkan tiada sesiapa yang menjaga kuarters berkenaan.

“Kita selalu membuat rondaan dan adakala melihat beberapa individu atau berkumpulan keluar dari kawasan kuarters tidak kira siang atau malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ia juga dikhuatiri menjadi sarang haiwan liar terutama ular kerana jaraknya terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan dua sekolah.

Sementara itu, Barkri Ahmad, 57, berkata, kuarters itu juga dilihat menjadi sarang maksiat bagi pasangan kekasih terutama pada waktu malam.

Dia yang juga ahli jawatankuasa Bakitas berkata, setelah bertahun-tahun ditinggalkan, kuarters itu kini dikhuatiri menjadi port lepak penagih dadah mahupun pelajar ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Taman Semarak, Mohd Romaizi Mohd Ghazali berkata, blok berkenaan boleh menempatkan anggaran 500 ahli keluarga sekiranya dimanfaatkan sebaiknya.

“Apabila ditinggalkan, sistem perparitan tidak teratur, loji rosak, longkang bertakung yang boleh menyebabkan Aedes membiak, laluan kumbahan juga tersumbat tambahan pula penutup besi hilang, tidak tahu angkara siapa,” katanya.

Menurutnya, kuarters berkenaan sekiranya dapat dibaik pulih, boleh menempatkan pelajar asrama atau mana-mana pelajar pusat pengajian yang berhadapan masalah tempat tinggal.

“Ada kelebihannya juga sekiranya dijadikan tempat berteduh golongan miskin yang terbeban dengan masalah kewangan akibat taraf hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian yang meninjau lokasi kuarters tersebut semalam, terkejut apabila bertembung seorang penunggang motosikal dengan selamba keluar dari situ.

Siasatan ke lokasi turut menemui sebuah lagi motosikal yang diparkir di blok kelima kuarters dengan tiga topi keledar diletakkan di kawasan sama, bagaimanapun, tiada kelibat mana-mana individu kelihatan.

Sebaik tinjauan diteruskan, terdengar bunyi bising dari beberapa blok terakhir dipercayai perbuatan individu tertentu sedang mencungkil kayu atau besi yang terdapat dalam kuarters, besar kemungkinan untuk dijual bagi mendapatkan wang.

Sehubungan itu, Mohd Romaizi menggesa pihak berkaitan melakukan tindakan susulan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan membuat lawatan susulan tidak lama lagi.

Menurutnya, lawatan juga akan menjemput beberapa jabatan terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan beberapa pihak lain berkaitan.

“Saya akan melihat secara terperinci berhubung masalah ini dan kebimbangan yang disuarakan penduduk.

“Tambahan pula, ia melibatkan prasarana yang sudah dibina, berlaku pembaziran sekiranya dibiarkan,” . – Sinar Harian.

KESILAPAN tweet Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Twitter hari ini jadi medan mengambil kesempatan untuk para pengguna laman sosial yang anti-kerajaan melepaskan kemarahan mereka.

Gambar tweet yang salah itu dikongsikan laman blog gambar 9gag.com dengan gaya yang cukup memalukan Malaysia. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menjalankan siasatan isu ini kerana jelas laman web itu memperlekehken pimpinan tertinggi negara.



Niat mereka mempembesarkan kesilapan kecil di Twitter sehingga ia mencipta satu gelombang rasa yang tidak berpuas hati amatlah dikutuk sama sekali.

Tindakan laman web membenarkan gambar yang menggambarkan kesilapan tweet Najib sebagai Najib telah membuktikan bahawa beliau ‘bodoh’tahap 9,000 adalah amat keji dan menghinakan.

Pihak SKMM boleh sahaja menyekat terus akses laman web 9gag.com di dalam negara ini kerana ia dilihat jelas tidk menghiraukan sensitiviti serta adap sopan dengan sewenang-wenangnya memperlakukan pimpinan tertinggi sebegitu rupa.

Komen-komen yang dilihat majoritinya datang dari satu jenis kumpulan sahaja juga boleh ditafsirkan sebagai golongan mana yang membenci kepimpinan negara kita. Mereka seakan menunggu kesempatan sebegini melancarkan serangan kutukan terbesar ke atas Perdana Menteri Malaysia.

Kami menggesa lah pihak yang melihat gambar ini segera membuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat ke atas dalang yang menghasilkan gambar sebegini rupa sehingga memalukan nama baik Perdana Menteri.


Mat-Yo-1

KUALA LUMPUR – Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” 

 kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. – Sinar Harian
Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori Simen

KUALA LUMPUR – Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel denganlori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungiisterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,” katanya sedih. – BERNAMA
Bantu Suami Rogol Anak Lelaki, Wanita Terima Padah

PERANCIS – Seorang wanita, yang membantu suaminya merogol anaknya yang berusia empat tahun ketika melawat lelaki tersebut di penjara, telah dikenakan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Sabrina Bonner, 25, didapati bersalah dengan memegang tangan anak lelakinya itu dan memaksa budak tersebut berlutut di atas kerusi, ketika lelaki itu yang juga bapa tiri budak tersebut merogol kanak-kanak tidak berdosa itu.

Pasangann, Lionel Barthelemy, 31, yang dihukum penjara sejak Ogos 2009 kerana melakukan keganasan, juga dikenakan hukuman sama.

Bonner dan Barthelemy mengakui bersalah atas dakwaan rogol dan serangan seks ke atas budak tersebut, yang kini sudah berusia lapan tahun.

Bonner juga mengaku melakukan serangan seksual ke atas anaknya itu sejak 2009 dan 2010, dan merakamkan kejadian berkenaan dalam telefon.

Memori kad tersebut kemudian diberikan kepada suaminya yang ditahan dalam penjara.
Dia menyerah diri pada 2011, sebelum Barthelemy dijadualkan dibebaskan dari penjara.

“Tindakan Sabrina ini lebih teruk dari binatang,’’ kata pendakwaraya Gilles Delorme ketika membentangkan kes berkenaan di mahkamah.

Pasukan penyiasat juga menemui beg plastik sampah berwarna hitam telah digunakan untuk menutup pintu kaca di bilik lawatan berkenaan.

Kes ini mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan di penjara dan kenapa kakitangan penjara gagal menyekat perbuatan itu, atau mengetahui mengenai kezaliman tersebut ketika wanita itu dan anaknya membuat kunjungan di penjara.
Mangsa Rogol Dipaksa Bogel, Buktikan Dirogol

UTTAR PRADESH– Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipaksa berbogel di balai polis bagi membuktikan bahawa dia telah dirogol, ketika gadis berkenaan mahu membuat laporan berhubung jenayah tersebut.

Mangsa didakwa dipaksa berbuat demikian ibu bapanya gagal membayar wang sebanyak 50,000 rupee kepada anggota polis terbabit.

Selepas gagal memenuhi tuntutan berkenaan, anggota polis itu meminta remaja itu masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam serta meminta gadis itu berbogel.

“Dia bawa saya ke dalam bilik dan menutup pintu, selepas itu meminta saya membuka baju,’’ kata gadis itu.

Menurut Times Of India, budak itu diarahkan berbuat demikian bagi menyakinkan anggota polis terbabit bahawa dakwaannya bahawa dia dirogol adalah benar dan bukan satu pembohongan.

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu dan ketika dipaksa berbuat demikian, ibu bapa budak tersebut turut menemaninya di balai tersebut.

Susulan dakwaan tersebut, suspek kes berkenaan berjaya ditangkap sementara anggota polis itu pula disiasat.

Kes rogol dan serangan seksual semakin meningkat di India dan ia merupakan satu masalah serius.

Malah Biro Jenayah Kebangsaan di India melaporkan setiap 20 minit, seorang wanita di India dirogol.
Untuk pengetahuan korang, inilah gambar pramugari pertama di dunia yang pernah ada sejak mula-mula pengangkutan udara diperkenalkan. Yang menariknya gambar ini ialah cara pemakaian mereka jauh lebih kemas, menarik dan tidak terlampau seksi berbanding zaman sekarang. 



Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dikenali Ardi Rizal Mohammed dari Musi Banyuasin, Indonesia, sudah pandai menghisap dan menikmati rokok sebagaimana orang dewasa. Lebih mengejutkan, kanak-kanak berkenaan perlu menghisap rokok dengan purata 40 batang sehari, sekiranya tidak dapat dia akan mengamuk dan menangis tanpa henti.

Berdasarkan laporan akhbar, bapanya mula memberikan rokok kepada kanak-kanak ini semasa dia berumur 18 bulan, punca atau sebab kenapa diberikan rokok tersebut masih belum tidak diketahui.

Ibunya pula memaklumkan anaknya kini sudah di tahap ketagihan yang serius, dia akan mengamuk dan menghantuk kepala ke dinding sekiranya tidak di berikan rokok.

Bapanya seorang nelayan menyatakan anaknya nampak sihat dan tidak nampak sebarang masalah mengenai kegemaran anaknya itu.

Mereka kehilangan salah seorang ahli apabila Kim Kardashian masih lagi sibuk dengan kehidupan barunya yang berkeluarga.
Namun begitu, adik beradik Kardashian ini nampaknya seolah-olah sudah menemui pengganti kakak mereka. Mereka kelihatan begitu mesra, berpeluk-pelukan dengan Miley Cyrus di belakang pentas pada Festival iHeartRadio Music pada Sabtu lepas.

Kourtney dan Khloe, bersama adik beradik tiri mereka, Kendall dan Kylie Jenner, tak berkelip mata melihatkan penampilan bekas bintang Disney itu pada malam tersebut.

Miley Cyrus semakin hari semakin pelik penampilannya. Ketika bertemu dengan adik beradik Kardashian ini, beliau memakai pakaian yang benar-benar mencolok mata sesiapa yang meilhatnya.

Baju yang seolah-olah jala ikan dipakainya tanpa memakai bra. Payudaranya hanya ditutupi dengan nipple sticker.