KUALA LUMPUR – Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul
berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut
di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai
bergesel denganlori simen tersebut.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi
berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput
anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.
Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari
Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata
beliau menghubungiisterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak
mereka dari sekolah.
“Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan
beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.
“Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,” katanya sedih. – BERNAMA
No comments
Post a Comment