KESILAPAN tweet Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Twitter hari
ini jadi medan mengambil kesempatan untuk para pengguna laman sosial
yang anti-kerajaan melepaskan kemarahan mereka.
Gambar tweet yang salah itu dikongsikan laman blog gambar 9gag.com
dengan gaya yang cukup memalukan Malaysia. Pihak Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menjalankan siasatan isu ini
kerana jelas laman web itu memperlekehken pimpinan tertinggi negara.
Niat mereka mempembesarkan kesilapan kecil di Twitter sehingga ia
mencipta satu gelombang rasa yang tidak berpuas hati amatlah dikutuk
sama sekali.
Tindakan laman web membenarkan gambar yang menggambarkan kesilapan
tweet Najib sebagai Najib telah membuktikan bahawa beliau ‘bodoh’tahap
9,000 adalah amat keji dan menghinakan.
Pihak SKMM boleh sahaja menyekat terus akses laman web 9gag.com di
dalam negara ini kerana ia dilihat jelas tidk menghiraukan sensitiviti
serta adap sopan dengan sewenang-wenangnya memperlakukan pimpinan
tertinggi sebegitu rupa.
Komen-komen yang dilihat majoritinya datang dari satu jenis kumpulan
sahaja juga boleh ditafsirkan sebagai golongan mana yang membenci
kepimpinan negara kita. Mereka seakan menunggu kesempatan sebegini
melancarkan serangan kutukan terbesar ke atas Perdana Menteri Malaysia.
Kami menggesa lah pihak yang melihat gambar ini segera membuat
laporan polis agar siasatan boleh dibuat ke atas dalang yang
menghasilkan gambar sebegini rupa sehingga memalukan nama baik Perdana
Menteri.
No comments
Post a Comment