Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Acara Tahunan Lelaki Pakai Kasut Tinggi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Men in high heel shoes
PELBAGAI cara dan usaha dilakukan bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan lelaki mengenai pentingnya menghentikan penderaan dan keganasan terhadap wanita.
Terbaru di Toronto, ribuan peserta lelaki mengambil bahagian dalam satu acara jalan kaki tahunan yang dinamakan, ‘Walk A Mile in Her Shoes’ sempena Kempen Reben Putih.
Melalui acara ini, peserta lelaki dikehendaki berjalan beramai-ramai dengan menggunakan kasut tinggi wanita.
Acara ini telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah lebih RM1.29 juta sejak diadakan pada tahun 2009 di beberapa bandar besar.
WAMIHSlogo
Ia juga menjadi simbolik kepada cara memahami dan melihat dunia dari sisi pandangan seorang wanita.
Menurut Eksekutif Reben Putih, Todd Minerson, pada tahun lepas, terdapat hampir 1,000 pejalan kaki mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia 11 tahun hinggalah warga emas berusia 70 tahun.
Pada tahun ini, mereka mensasarkan kutipan dana sehingga RM400,000 bagi membantu meningkatkan lagi program kesedaran mengenai masalah penderaan wanita di Kanada.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments