Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Tahukah anda pada bangsa Cina mempunyai hari Valentine mereka yang tersendiri? Hari Valentine Cina dikenali sebagai Qixi disambut pada hari ketujuh bulan ketujuh kalendar lunar. Tahun ini ia jatuh pada 12 Ogos

Bagi menyambut hari kekasih ini pelbagai acara dilakukan. Di Guangzhou "Larian Cinta" dianjurkan dan untuk menyertai larian ini peserta wanita wajib memakai pakaian pengantin. Qixi sudah disambut selama 2000 tahun. Menurut lagenda pasangan kekasih Zhinu  dan Niulang. Niulang ialah seorang penggembala lembu yang jatuh cinta dengan Zhinu, anak seorang dewi. 

Cinta mereka terhalang dan ibu Zhinu memisahkan mereka. Seorang di angkasa manakala seorang lagi di bumi. Setahun sekali pada hari ke tujuh bulan ketujuh mereka dibenarkan bertemu. Pasangan yang mahu cinta mereka kekal abadi akan berkahwin pada hari Qixi.



Laporan asal Calgary Herald
Wanita (2)

Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.

Sangkut

Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.

Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.

Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.
Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.

Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
Tren

Bila dah nama ‘handsome’, pemandu tren laju pun jadi bahan tumpuan.
Itulah yang terjadi di China apabila seorang pemandu tren laju, Sun Jiaqi dikatakan menjadi tumpuan para wanita tidak kira umur.

Berwajah tampan dan senyumannya yang manis, dia dikatakan menjadi gelombang baru di laman-laman sosial setelah wajahnya di muat naik dalam sebuah laman yang mengumpulkan wajah-wajah tampan si pemandu tren laju.

Gambar tersebut kemudiannya menjadi viral apabila ia dikongsi oleh ribuan pelayar laman sosial.

Menurut Shanghaiist.com dan Sina.com, Jiaqi dikatakan bekerja di Suzhou Metro Line, sebuah syarikat pengendali tren di China.

Bukan itu sahaja, dia juga bekerja sebagai peragawan (model) sambilan.
Tambah hangat apabila Jiaqi menjawab di laman sosialnya dan menyatakan dia hanyalah ‘pekerja biasa’.
Kita biasanya ingat singa boleh bunuh mana-mana haiwan yang mereka nak makan. Tetapi kali ini anda akan menyaksikan seekor singa yang FAIL dalam kes mencari makanan. :-))







Untuk menjadi pelukis memerlukan bakat tapi jika mahu mengikut stail Leandro Granato, 27, ia memerlukan lebih daripada itu.

Pelukis abstrak Argentinia ini mampu membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keupayaannya melukis menggunakan teknik luarbiasa, iaitu menggunakan mata.

Caranya, Granado akan menyedut bancuhan warna air di hidung sebelum menghembus warna ke kanvas menggunakan saluran di mata.

Teknik ini telah dipraktikkan oleh Granado sejak kecil lagi, sebaik sahaja menyedari matanya boleh menyemburkan air apabila dimasukkan menerusi hidung.

Granado memerlukan masa antara 10 minit hingga berbulan-bulan untuk menyiapkan satu-satu karya yang dijual lebih £1,500 (RM7,800) setiap satu.
Antara inspirasinya adalah pelukis Amerika, Jackson Pollock.

Akui Granado, keluarganya menyangka dia sudah gila ketika mula-mula memberitahu mahu serius menggunakan cara ini untuk menyara hidup.

Namun lama kelamaan keluarganya sama seperti orang lain, sedar bahawa Granado telah menjadi perintis dalam memperkenalkan cara baru berkarya menggunakan teknik yang dipanggil ‘eye painting’.
Abu Mayat


Charlie Nguyen, pemilik kedai Charlie’s Liquor & Smoke di Wichita, Kansas sudah biasa menemui barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan seperti telefon bimbit dan kunci.

Namun buat pertama kali, ada seorang pelanggan tertinggal bungkusan tertulis ‘remains of Helen K. Dapron’ beserta tarikh kelahiran dan kematian pada Oktober 1930 dan Jun 2010.
Bermakna, ia adalah bungkusan berisi abu mayat!

ashes

Dalam usaha mengenalpasti pelanggan yang keciciran bungkusan abu mayat tersebut, Charlie telah memeriksa rakaman keselamatan namun ia tidak jelas.

Usaha menampal iklan di pintu kedai juga tidak mendatangkan hasil, membuatkan Charlie sanggup menempah iklan di laman web Craigslist.

Menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh sampai begitu sekali, Charlie menyatakan bungkusan itu merupakan abu mayat nenek seseorang. Jika ia miliknya, pasti dia akan mencari sampai jumpa memandangkan ia sesuatu yang berharga.

Akhirnya semalam (Khamis), seseorang muncul dan mengaku abu mayat itu miliknya.


PANTAI HUNTINGTON – Berpuluh-puluh ekor anjing mencuri tumpuan apabila menyertai Pertandingan Luncur Anjing Surf City di California, Amerika Syarikat.

Kejohanan tahunan kali kelima itu berlangsung di Pantai Huntington pada Ahad lalu.

Pertandingan luncur ombak tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg.

Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Anjing-anjing yang ditemani pemilik masing-masing turut dipakaikan pelbagai jenis pakaian.
Terdapat juga kategori khusus di mana pemilik boleh meluncur dengan anjing peliharaan masing-masing serta dua ekor anjing meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. – Agensi
GAMBAR: Doktor Bergaya 'ALA- PREDATOR' Datang Balai Buat Laporan Polis
Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
(sumber www.rilekslah.net)
predator malaysia rilekslah.net
topeng predator malaysia rilekslah.net
Dalam keghairahan anda memuat naik gambar di laman-lama sosial, harus diingatkan bahawa ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan jika anda tidak mahu menjadi sensasi dengan pelbagai kritikan negatif dari orang ramai.
Ini antara contoh mudah yang kami boleh kami berikan kepada anda di mana seorang pelajar kolej di Jepun merakam foto rakannya yang dikatakan sedang ‘mencuri makanan dengan gembira’ di sebuah koperasi sekolah dan memuat naiknya di laman Twitter.
Gambar tersebut disertakan dengan ayat:
“Seronok menghadiri sekolah sekarang. Hari ini, *nama dirahsiakan* sangat comel. lol. Mencuri di koperasi sekolah. Sangat comel.”
Kemungkinan besar kedua-duanya hanya bergurau kerana secara logiknya, ‘hood’ pada bajunya tidak mampu menyembunyikan ‘barang curian’ itu.
Namun, pada zaman yang serba paranoid ini, perkara sebegini boleh menyebabkan kedua-duanya ditangkap atas tuduhan mencuri walaupun mereka tidak melakukannya.

Pasangan ini tidak menyedari aksinya seks mereka dirakam oleh CCTV. Mereka yang sedang asyik melakukan seks dalam kolam di kondominium Bukit Timah. Macam-macam hal, mereka sepatutnya berfikir sebelum melakukan aksi terkutuk ity di tempat awam. Sudah namanya Kondominium, kenapa tidak buat dalam bilik ?








Men in high heel shoes
PELBAGAI cara dan usaha dilakukan bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan lelaki mengenai pentingnya menghentikan penderaan dan keganasan terhadap wanita.
Terbaru di Toronto, ribuan peserta lelaki mengambil bahagian dalam satu acara jalan kaki tahunan yang dinamakan, ‘Walk A Mile in Her Shoes’ sempena Kempen Reben Putih.
Melalui acara ini, peserta lelaki dikehendaki berjalan beramai-ramai dengan menggunakan kasut tinggi wanita.
Acara ini telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah lebih RM1.29 juta sejak diadakan pada tahun 2009 di beberapa bandar besar.
WAMIHSlogo
Ia juga menjadi simbolik kepada cara memahami dan melihat dunia dari sisi pandangan seorang wanita.
Menurut Eksekutif Reben Putih, Todd Minerson, pada tahun lepas, terdapat hampir 1,000 pejalan kaki mengambil bahagian dan mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia 11 tahun hinggalah warga emas berusia 70 tahun.
Pada tahun ini, mereka mensasarkan kutipan dana sehingga RM400,000 bagi membantu meningkatkan lagi program kesedaran mengenai masalah penderaan wanita di Kanada.

Kerusi malas ialah antara perabot yang wajib ada di rumah. Sky Chair, kerusi malas yang tergantung yang nampakcomfy. Kerusi Sky Chair sudah dijual sejak 1977 dan setiap satunya adalah handmade. Surprisingly tak pernah nampak ianya dijual di Malaysia. Setiap Sky Chair dijual pada harag USD 109.90 (RM 362). Do want



Laporan asal Air Chair

Di Korea Selatan saingan untuk mendapatkan tempat di IPT adalah sengit. Jadi ibu bapa di Korea Selatan sanggup bebelanja lebih bagi memastikan putera dan puteri mereka dapat belajar dengan suasana paling optimum. Kegilaan terkini di Korea Selatan ialah Study Cube. Ia merupakan bilik kecil yang dikatakan dapat memastikan pelajar tidak mudah diganggu ketika mentelaah. Study Cube dilengkapi para buku, lampu LED. meja belajar, sistem aliran udara dan pengurut kaki. Setiap satu dijual pada harga USD 2200 (RM 7133). Adakah anda sanggup membeli Study Cuba bagi memastikan anak anda menjadi pelajar cemerlang? 



Salah sebuah mahkamah di Afrika Selatan memutuskan untuk menghentikan pembelian 11 juta kondom dari negara China selepas mendapati saiz kodom berkenaan terlalu kecil berbanding saiz purata kemaluan lelaki Afrika.


Sebelum ini, syarikat Siqamba Medical telah meraihi kontrak dari kerajaan Afrika untuk membeli  kondom jenis Phoenurse buatan dari China untuk memenuhi permintaan penduduknya.

Bagaimanapun, wujud rasa tidak puas hati dari salah satu syarikat pesaingnya iaitu syarikat Pelaburan Sekunjalo kerana gagal meraihi kontrak tersebut. Susulan daripada itu, syarikat Pelaburan Sekunjalo telah memfailkan kes di Mahkamah.

Keputusan daripada pembicaraan itu tidak memihak kepada kedua-dua syarikat berkenaan. Hakim Sulet Potterill telah memutuskan untuk membatalkan kontrak pembelian kondom dari China dengan alasan saiz kondom berkenaan yang terlalu kecil untuk memuatkan kemaluan lelaki Afrika.

Selain saiz kondom yang terlalu kecil, kondom buatan China juga didapati tidak diiktiraf oleh WHO kerana dihasilkan dari bahan-bahan yang salah.

Kereta

Sao Paolo – Seorang usahawan kaya raya “Count Scarpa” menanam hartanya yang paling hebat iaitu sebuah kereta Bentley berharga £310,000 (RM1.5 juta) untuk memudahkan urusannya selepas dia mati kelak.

Dalam pengumuman di laman Facebooknya, lelaki berusia 62 tahun itu mengisytiharkan dia bercadang untuk meniru perbuatan Firaun dengan membawa bersama kekayaannya apabila mati kelak.

Esok (hari ini), dia akan menanam kereta Bentley Continental barunya bagi memastikan dia selesa dalam perjalanannya selepas mati.

Upacara itu dijadual berlangsung jam 11 pagi.

Dalam foto di rangkaian sosialnya, Count Scarpa dilihat berdiri di sebelah kenderaan berwarna hitam itu, model terbaru di pasaran dengan seekor burung kakak tua di lengannya dan menulis: “Saya mengisytiharkan untuk meniru perbuatan Firaun; minggu ini saya akan menanam kereta kegemaran saya, Bentley ini di taman dekat rumah saya! Tanam harta berhampiran istana saya!”

Count Scarpa berkata, dia menggali kubur itu dekat taman di belakang rumah agamnya di Jardins, satu daripada kawasan kejiranan golongan mewah di Sao Paolo.

Pada Selasa, dalam satu lagi foto, dia yang memakai tali leher merah jambu dan memegang penyodok berdiri di depan lubang yang dalam dengan kereta Bentley berkilat miliknya diletakkan di belakangnya.

Dia menulis: “Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.”
Ahli perniagaan itu yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan juga jurulatih tali pinggang hitam serta pemilik Institut Aikido Maruyama, akademi seni pertahanan diri Jepun menjelaskan yang keputusannya untuk menanam harta bagi kemudahan selepas mati dibuat selepas menonton program Mesir purba minggu lalu.

“Saya menonton dokumentari mengenai Firaun yang sangat menarik. Mereka menanam semua harta untuk memperoleh kehidupan selesa selepas mati,” katanya.

Pada hari berikutannya, keputusan Count Scarpa untuk menanam kereta Bentley menerima lebih 5,680 like dan dikongsi lebih 6,000 orang. – AFP
Hanya di Jepun :
Seorang selaki telah menjemput seorang gadis dan dua orang kawannya ke majlis perkahwinannya. Yang peliknya tiga orang itu adalah gadis dalam 'Video Game'. Lelaki itu juga sediakan tiga kerusi pada sebuah meja untuk tiga orang kawan 'video game' nya ini.




PARIS - Sebuah kafe kucing pertama telah mula beroperasi di Perancis di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kafe itu dipenuhi dengan sembilan ekor kucing yang bersedia menunggu untuk menghiburkan para pelanggan dengan kerenah masing-masing.
Kafe seumpama ini yang popular di Tokyo, memiliki berbelas-belas ekor kucing. Ia membenarkan para pelanggan yang tidak berpeluang untuk memiliki kucing di rumah menikmati secawan air panas dengan seekor kucing berdengkur sambil menggeselkan badan di lulut.
Margaux Gandelon merupakan wanita yang bertanggungjawab di sebalik pembukaan kafe itu di daerah Marais.
Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah dipilih dengan teliti berdasarkan kemahiran sosial mereka.
Tegasnya lagi, kebersihan dan kebajikan kucing-kucing itu sentiasa menjadi keutamaannya.
"Kucing saya bebas bergerak sepanjang hari dan malam," katanya.
Seorang pelanggan, Cindy Engel yang berasal dari Strasbourg telah melawat kafe itu lebih awal daripada hari pelancarannya untuk melakukan pratonton.
Dia yang berusia 31 tahun dan sangat mengalu-alukan konsep kafe tersebut berkata, ia menggalakkan dirinya untuk berinteraksi dengan orang lain berbanding peralatan elektronik. - AFP



Baru 13 Tahun Dah Nak Jadi Pramugari

CHINA – Baru berusia 13 tahun namun sudah pandai menipu. Dengan memakai baju seragam pramugari Syarikat Penerbangan China, Luo Siqi berkeliaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou sambil membawa dokumen mengenai syarikat itu.

Meskipun berkali-kali ditangkap oleh polis, dan dihantar ke pusat kebajikan kanak-kanak, namun Luo Siqi tetap kembali semula ke situ.

“Saya amat sukakan langit. Biar saya ke lapangan terbang,’’ katanya ketika berulang kali merayu kepada polis.

Remaja itu ditinggalkan oleh keluarganya sebaik sahaja dia dilahirkan dan sejak itu sering keluar masuk ke rumah kebajikan.

Dia hanya menamatkan pengajian di sekolah rendah sahaja dan pernah dimasukkan ke rumah jagaan orang-orang tua sebelum dipindahkan ke rumah keluarga angkat di Luoding.
Namun pada bulan Julai lalu, Luol mengemas baju dan melarikan diri dari situ.

Dia dilaporkan menempah baju pramugari itu melalui dalam talian dan memesan empat jenis seragam untuk musim berbeza.
Aksi Lompatan

Di Singapura, tindakan beberapa remaja yang bermain-main di permukaan pancuran air di Marina Bay Sands mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka tercedera.

Memetik laporan Stomp Straits Times, sebelum kejadian itu mereka dipercayai melakukan beberapa aksi lompatan yang berbahaya.

Menurut saksi, remaja yang tercedera itu dipercayai tergelincir sebelum mukanya terhempas ke permukaan pancuran.

fountain (6)

Usaha menyelamatkan remaja itu oleh rakan-rakannya menemui kesukaran kerana permukaan yang licin.

Akhirnya, dengan menggunakan jaket, mereka berjaya menyelamatkan remaja yang tercedera itu.

Mujurlah air pancuran itu tidak dibuka pada ketika itu, jika tidak entah apalah nasib remaja malang itu.
Trend bangang abadi tahap maksimum 99 petala langit ini merupakan permainan terbaru masyarakat Amerika Syarikat. Permainan Dare ini merupakan permainan menyedut condom melalui hidung dan mengeluarkannya melalui mulut.