Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks


Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.

Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini, kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.

Enam bulan lalu, dia hilang dara kepada seorang lelaki yang dikenalinya ketika bercuti di Marbella. Dia berikrar mengurangkan berat badan selepas menemui seorang lelaki dalam satu temu janji ketika berat badannya 139.70 kilogram.

Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing, katanya.

Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan.
Tanpa disangka perbuatan bersiul boleh menyebabkan orang dikenakan hukuman. Tindakan itu telah dialami oleh seorang lelaki AS bernama Robert Smith, apabila dia di penjara gara-gara perbuatannya yang gemar bersiul di jalanan.


Lelaki yang lebih dikenali sebagai ‘The Whistler’ itu dijatuhkan hukuman kerana perbuatannya yang sering bersiul dengan kuat sambil berjalan telah dianggap mengganggu para pejalan kaki yang lain.

Perbuatan Smith yang suka bersiul setiap hari itu bukan hanya mengganggu pejalan kaki, bahkan juga menganggu perniagaan beberapa kedai di Portland, Amerika. Para pemilik kedai bahkan telah mengajukan keluhan mereka kepada pihak polis berkaitan Robert gemar yang bersiul dengan kuat.

Kebiasaan bersiul lelaki 32 tahun ini pada mulanya dilakukan secara tidak sengaja. Ketika itu, Robert gemar menghabiskan waktu untuk berjalan sambil mendengar musik melalui headphone yang dipakainya. Kemudian, dia pun mula bersiul tanpa sedar.

“Saya fikir, siulan saya kedengaran cukup hebat..Dan saya lakukan itu hampir setiap hari,” katanya. “Saya di sini bukan untuk menjadi penyiul terbaik di dunia. Tapi saya hanya cuba untuk membuatkan orang tersenyum,” tambahnya.

Dia pun menyatakan bahawa kemampuannya untuk bersiul merupakan hadiah dari Tuhan. “Itu datang dari Tuhan. Tuhan menunjukkan kepada saya bahwa bersiul merupakan perkara yang biasa,” katanya lagi.

Kerana kegemaran uniknya, Robert cukup dikenali di ibu kota Portland dan sering muncul di blog-blog online, video dan foto. Namun, akibat dari hobinya itu rupanya tidak dapat menjauhkan dirinya daripada jeriji penjara.



Pada bulan Mei tahun lalu, dia dipanggil oleh pihak berwajib kerana dilaporkan mengganggu ketenteraman awam. Dua bulan kemudian, dia ditangkap kerana bersiul di hadapan Starbucks.

Bukan 'The Whistler' namanya kalau asyik menyerah pada ancaman polis. Robert pun menentang polis dengan mengatakan, “Awak boleh menangkap saya sebanyak seribu kali, namun setelah saya keluar dari penjara, saya akan tetap bersiul.”

Namun, hakim tempatan telah menjatuhkannya hukuman dan memerintahkannya untuk bersiul ketika ia berjalan saja – untuk mencegahnya bersiul di satu tempat terlalu lama.
Seorang lelaki Yaman yang ditolak bapa saudaranya apabila dia melamar anak perempuan lelaki tua berkenaan menembak wanita terbabit di kepala sebelum membunuh diri.

Gambar hiasan

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Bassam itu pergi ke kediaman bapa saudaranya di Sana’a dan memberitahu, dia ingin berkahwin dengan sepupunya.

Bassam terkejut apabila bapa saudaranya menolak permintaannya kerana dia dan sepupunya itu saling mencintai.

Selepas lamarannya ditolak, Bassam mengeluarkan pistol dan menembak sepupunya di kepala.

Dia melihat ke arah keluarga sepupunya yang terkejut dan memberitahu mereka jika dia tidak dapat memiliki wanita itu, mereka juga tidak akan memilikinya.

Bassam kemudian berkata: “Biarkan dia (sepupunya) ke syurga,” lapor akhbar harian Kuwait Al Rai.

“Bassam kemudian mengacukan pistol ke kepalanya sambil melihat semula ke arah bapa saudaranya dan berkata:

“Dan saya akan ke neraka” sebelum menembak dirinya sendiri. 
Pelik apabila seekor ayam yang menetas tanpa sehelai bulu pun di China. Tak tau la nak kata nasib malang atau nasib baik. Nasib malang bagi ayam tersebut la togel bogel, tapi nasib baik bagi manusia senang masak tak perlu dah nak cabut bulu hehee..

Ayam yang digelar Mr Feather (Ha Mao dalam Bahasa Cina) itu lahir tanpa sehelai bulu pun. Dogol sedogolnya..

Pemiliknya, Lao Yin berkata, "Saya mula menyedari ia berbeza selepas hari yang ke 10 selepas ayam ini menetas, yang lain berbulu, manakala yang ini lahir tanpa bulu."
Keajaiban alam ni memang sungguh luar biasa. Keindahan semulajadinya pasti memukau mata siapa yang melihatnya. Ini adalah gambar yang sangat luarbiasa memperlihatkan pertemuan antara dua sungai utama yang mana menghasilkan garisan pemisah antara dua aliran sungai tersebut.

Misone Uruguay (Argentina)

Rio Negro dan Solimoyns (Brazil)
Add caption

Mosel dan Rhine (Jerman)

Gega dan Yupshara (Georgia)

Alaknanda dan Bhagirathi (India)

Thompson dan Fraser (Kanada)

Jialing dan Sungai Yangtze (China)

Argut dan hipoksia (Rusia)

Ardon dan Tseydon (Rusia)

Hipoksia dan Cox (Rusia)

Sensing dan hipoksia (Rusia)

Hijau dan Colorado (Amerika Syarikat)

Ohio dan Mississippi (Amerika Syarikat)

Monongaela dan Allegheny (Amerika Syarikat)

Putih dan Biru Nil (Sudan)

Drava dan Danube (Croatia)

Rhone dan Arve (Switzerland)
ni adalag gambar luarbiasa cahaya kilat yang menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia, di dalam paparan yang menakjubkan di langit di menara Burj Dubai. Kilat menyambar Burj Khalifa Emiriah, yang berdiri di tinggi 828 meter.
Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama.

Selepas paparan menggerunkan datang ini, lihat pula gambar menakjubkan, pemandangan indah pelangi, yang membentuk gerbang atas menara tersebut.

Kerja bangunan di menara bermula pada 2004 dan ia secara rasmi dibuka pada tahun 2010.

Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah di tengah-tengah padang pasir. Bayangkan di bawah tanah, hutan yang penuh dalam kegelapan. Adakah terdapat jugavpenduduk tanpa cahaya berbeza di luar sana? Mungkin ada, sebab pohon-pohon di hutan bawah tanah ini subur seperti pohon-pohon di luar sana.



Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa.
                                                 
Seramai 150 000 orang Yahudi berkhidmat dalam Tentera Hitler Nazi. Ini bukan jumlah yang sedikit. Ini adalah fakta sejarah yang telah disembunyikan sehinggalah didedahkan penyelidik Bryan Mark Rigg seorang Yahudi baru-baru ini.

Fakta mengenai Tentera Yahudi Hitler

1. “Bukan setiap mangsa adalah seorang Yahudi tetapi Yahudi setiap mangsa.” Elie Wiesel pengucapan Perang Dunia II.

2. “Jika ada orang Yahudi di (Hitler) angkatan tentera yang berkhidmat mengetahui apa yang berlaku dan tidak membuat sebarang cubaan untuk menyelamatkannya (kehidupan), maka itu tidak boleh diterima dan hina.” Rabbi Marvin Hier, pengarah Institut Simon Wiesenthal.

3. Beribu-ribu lelaki berketurunan Yahudi dan apa yang digelar oleh Nazi iaitu ‘Yahudi penuh’ (full jews) berkhidmat dalam tentera Jerman dengan pengetahuan dan kelulusan Adolf Hitler.

4. Seorang penyelidik Bryan Rigg dari Cambridge University telah mengesan keturunan Yahudi lebih daripada 1200 askar Hitler, termasuk lah dua marshal, Lima belas jeneral, dua jeneral penuh, lapan leftenan jeneral, Lima jeneral utama, “menguasai sehingga 100,000 tentera.

Komander Paul Ascher seorang Yahudi menerima anugerah 
dari Deutschblütigkeitserklärung dari Hitler

5. Dalam kira-kira 20 kes, askar Yahudi dalam tentera Nazi telah dianugerahkan penghormatan tertinggi tentera Jerman, Palang Knight (Knight’s Cross).

6. Vateran Yahudi hari ini seorang penduduk berusia 82 tahun berada di utara Jerman, Yahudi ini yang berkhidmat sebagai kapten dan mengamalkan agamanya dalam Wehrmacht sepanjang perang.

7. Salah seorang marshal Yahudi adalah Erhard, timbalan Luftwaffe Ketua Hermann Goering. Khabar angin identiti Yahudi diedarkan secara meluas di Jerman pada tahun 1930-an.

8. Yahudi juga pernah berkhidmat dalam pasukan polis dan keselamatan Nazi sebagai polis ghetto (Ordnungdienst) dan pengawal kem tahanan.

9. Semasa Perang Dunia II beribu-ribu orang Yahudi berkhidmat dalam Pasukan Wehrmacht. Ramai yahudi dianugerahkan Cross untuk keberanian. Ada juga Yahudi berkhidmat dalam SS.

Jeneral Helmut Welberg seorang Yahudi, Hitler isytihar 
Yahudi ini sebagai bangsa Aryan pada 1935

10. Adakah Yahudi ini ada dalam pasukana Gestapo? Ya ada. Apa itu Gestapo? Gestapo adalah singkatan “Geheime Stadt Polizei”, bermakna Polis Rahsia Negara
Adegan filem Star Trek pada tahun 1966 yang memaparkan
 teknologi teleportasi ke atas manusia.
Bayangkan anda yang sedang duduk bersantai di Kuala Lumpur dan tiba-tiba dalam sekelip mata mendapati anda berdiri di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.

Ia kedengaran tidak masuk akal walaupun Gene Roddenberry, penerbit siri sains fiksyen Star Trek telah memvisualkan idea itu sejak 46 tahun lalu.

Dalam siri popular itu, seseorang dapat muncul atau menghilangkan diri selepas berdiri di bawah pancaran cahaya. Kaedah itu kemudian dikenali sebagai teleportasi.

Kemunculan manusia teleport heboh diperkatakan di China baru-baru ini apabila sebuah kamera yang dipasang di jalan raya berjaya merakam video seorang wanita yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sekelip mata.

Video yang dimuat naik ke laman YouTube itu memaparkan aksi wanita tersebut yang menyelamatkan nyawa seorang lelaki berbasikal yang hampir-hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Dalam kejadian yang dirakamkan pada waktu malam itu, sebuah lori dilihat ingin membelok ke kanan di satu persimpangan apabila sebuah basikal yang ditunggangi lelaki itu meluncur laju di hadapannya.

Ketika basikal itu betul-betul berada di hadapan lori dan hampir dilanggar, dengan tidak semena-mena muncul satu cahaya yang disertai dengan kehadiran seorang wanita persis seorang adi wira. Wanita itu dengan pantas menyentuh basikal tersebut dan hilang dalam sekelip mata.

Dalam hanya sesaat, wanita serta penunggang basikal itu telah pun berada di bahu jalan dalam keadaan selamat.

Pemandu lori yang cemas itu kemudian memberhentikan kenderaannya. Dia terus meninjau ke belakang lori bagi mencari penunggang basikal yang dikhuatiri terperosok di bawah lorinya.

Namun, alangkah terkejutnya lelaki itu apabila dia mendapati penunggang basikal tadi sedang duduk di bahu jalan dalam keadaan keliru dan terkejut.

Sementara wanita yang menyelamatkannya tadi terus berjalan sebelum hilang daripada pandangan.

Selain itu, sebuah lagi rakaman video kamera amatur yang dirakam oleh seorang individu memaparkan wanita yang sama dilihat sedang berlari perlahan dan tiba-tiba ghaib.

Dalam sekelip mata, wanita itu berada di tempat lain berserta dengan satu cahaya yang menunjukkan pergerakannya yang pantas seperti kilat.



Rakaman video memaparkan wanita teleport (dalam bulatan) tiba-tiba
 muncul di hadapan lori lalu menyelamatkan penunggang basikal.

Kedua-dua kejadian yang dirakamkan di China itu mendapat pelbagai reaksi daripada beribu-ribu penonton YouTube yang masing-masing memperdebatkan mengenai kesahihan video tersebut.

Ada yang mendakwa video tersebut palsu dan hanyalah satu bentuk promosi sebuah permainan video.

Ada yang mempercayainya dengan mengatakan bahawa wanita itu sememangnya seorang adi wira yang menyelamatkan manusia, serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan propaganda pihak pemerintah China yang mahu menarik perhatian dunia.

Namun yang pasti, rata-rata individu mengaitkan kejadian luar biasa itu dengan fenomena teleportasi, iaitu suatu kaedah pergerakan yang menghubungkan sistem telekomunikasi dan pengangkutan bagi membolehkan sesuatu benda bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam sekelip mata tanpa melibatkan sebarang pergerakan fizikal.

Dari sudut sains, teleportasi melibatkan penghapusan suatu objek yang berada di satu tempat dengan cara menghantar butiran konfigurasi zarah-zarah objek berkenaan kepada satu lokasi lain, bagi menghasilkan semula objek tersebut di lokasi baharu itu.

Hal ini bermakna, ruang serta masa perjalanan dapat dihapuskan kerana objek tersebut akan berada di lokasi yang lain dengan segera, tanpa perlu melalui jarak sebarang medium yang ada.

Kajian mengenai fenomena teleportasi telah bermula sejak tahun 1993 apabila sepasukan penyelidik daripada syarikat gergasi IBM yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa kejadian teleportasi sememangnya wujud.

Menurut ketua penyelidik yang juga seorang ahli fizik, Charles Bennett, teleportasi akan dapat dilakukan hanya jika objek yang melalui proses itu dihapuskan sama sekali.

Maklumat sistem tubuh makhluk hidup yang kompleks menyukarkan 
proses penukaran foton kepada gelombang radio.

Pendedahan itu diumumkan buat pertama kalinya oleh Bennett pada satu mesyuarat tahunan Persatuan Fizik Amerika pada Mac 1993 yang turut menyerahkan satu laporan kajiannya mengenai penemuan fenomena luar biasa itu.

Semenjak itu, lebih banyak eksperimen yang menggunakan foton (sejenis zarah cahaya) dilakukan bagi membuktikan bahawa fenomena teleportasi bukanlah suatu yang mustahil.

Antaranya ialah satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli fizik dari Institut Teknologi California, AS pada tahun 1998 yang berjaya menteleport foton suatu objek sehingga melepasi jarak 1 meter.

Pada tahun 2004 pula, sekumpulan penyelidik dari Australia meneruskan kajian mengenai fenomena itu dengan menteleport keseluruhan aliran foton dalam bentuk pancaran laser dari satu sudut ke satu sudut yang lain di dalam sebuah makmal.

Geoduck adalah kerang besar yang sebahagian besarnya tinggal di perairan kawasan Puget Sound di Amerika Syarikat. Ia adalah kerang laut yang terbesar yang dimiliki oleh keluarga Bivalvia atau Pelecypoda. Sebab ia dikira dalam keluarga Bivalvia kerana ia mempamerkan dwi separa cangkerang luar yang berbeza.

Walaupun ditulis sebagai geoduck, namanya memberikan bunyi yang berbeza apabila digunakan dalam pertuturan disebut "GOOEY-DUCK", walau bagaimanapun, ia tiada kena-mengena dengan itik biasa. Ia dianggap sebagai yang terbesar dalam kumpulannya dan boleh didapati jauh kedalam di bawah air laut dalam bentuk berkoloni.

Saluran berbentuk leher boleh mencapai sehingga lebih tiga kaki panjang dan cengkerang luar melebar dari kira-kira 18-23 cm. Saiz yang besar ini juga dikira bagi berat badan. Untuk tujuan memasak, hanya bahagian leher geoduck yang digunakan. Ia kebanyakannya digunakan dalam sup atau stews namun, terdapat beberapa cara yang berbeza yang boleh dinikmati dari geoduck.



Mencari geoducks merupakan satu perkara dan mengutip mereka adalah satu hal lagi. Ia didapati di beberapa lokasi tertentu. Habitatnya terdiri daripada pengorekkan sehingga ke kaki 3-4 di bawah pasir laut. Mereka mempunyai hayat panjang dan maklumat menunjukkan bahawa ianya boleh hidup sehingga lebih daripada seratus tahun jika dibiarkan tanpa gangguan. Geoducks sukar untuk digali keluar dan tugas ini begitu mencabar di Washington, ia disesuaikan sebagai sukan rekreasi, walaupun menggali lebih daripada tiga geoducks bagi setiap hari adalah dilarang.


Seseorang perlu menunggu air surut yang ekstrem rendah untuk mendapatkan hasil kutipan yang lebih baik dari geoducks. Tetapi ianya terdedah hanya untuk beberapa jam dalam masa sebulan. Semasa air surut yang lebih rendah geoduck boleh digali dengan penyeduk tanpa perlu menggali ke bawah jauh.


Geoducks biasanya hidup sepanjang hayat dengan hayat purata menjangkaui sehingga 140-146 tahun. Ia adalah kerana mereka tidak mempunyai musuh yang terlalu banyak bagaimanapun, di perairan Alaska, memerang laut dan dogfish dikatakan terlibat dalam menghapuskan geoducks. Siphons geoduck yang terdedah juga menjadi sasaran tapak sulaiman. Kehidupan geoducks yang aman dengan jumlah aktiviti yang kurang, merupakan satu lagi sebab mengapa ia hidup lebih panjang.

Purata Geoduck betina menghasilkan sehingga 
5 bilion telur dalam hayat mereka.

Bentuk Geoduck yang pelik salah satu sebab permintaan terhadapnya rendah. Perikanan geoduck pertama dijumpai pada tahun 1970, yang mana kini telah berkembang. Geoducks yang paling disukai di China dan sebagai makanan laut, ia mendapat status yang paling mahal. Orang Cina percaya geoducks boleh menjadi perangsang seksual. Ia dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti hot pot Cina atau sashimi. Ia biasanya dimasak dengan kicap dan cili. Ia juga satu makanan gourmet di Jepun dan Korea.

Geoducks sangat mahal, seekor geoduck biasanya dijual sehingga RM 32 dalam pasar borong Seattle, US atau apabila dieksport ke Asia, geoduck hidup boleh mencapai harga sehingga RM 160 setiap satu. Oleh kerana harganya yang tinggi di pasaran dan sekatan yang banyak, geoducks biasanya menjadi sasaran pencuri.
Pada 1881, ribut petir di Worcester, England telah rnembawa turun bertan-tan ketam!

Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang rnilik J.L Smith's di Selatan Carolina. Buaya tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

Jika rnengikut rekod, Singapura juga pernah mengalami hujan ikan pada 22 Januari 1861. Tetapi kejadian tersebut berlaku di kawasan yang agak hampir dengan kawasan pantai dan disusuli dengan kejadian gempa bumi. Jadi ada percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah hujan ikan, sebaliknya ia adalah amaran daripada haiwan seperti yang berlaku ketika tsunami tahun 2004.

Satu peristiwa yang sangat mengejutkan telah berlaku apabila hampir 1,000 keping wang syiling telah jatuh diwilayah Meschera. Russia 1940. Tapi sayang, wang tersebut adalah syiling yang digunakan pada abad ke-16.

Pada 2 haribulan Ogos 1991, Oakville, Washingston seramai 445 orang penduduk telah dihujani dengan hujan yang meninggalkan gel misteri berwarna hijau di halarnan rumah rnereka.

Penduduk di Kerala, India, gempar apabila menyangka mereka akan dihujani dengan meteor tetapi ia sebenarnya adalah air yang dipenuhi dengan spora rnerah (biji benih tumbuhan.tak berbunga seperti cendawan, paku-pakis dan sebagainya). Kejadian tersebut berlaku pada Julai 2001.

Di Conventry West Midlands pada 16 Disernber 2011, sekitar pukul 6:45 petang bukan berupa titisan air seperti kelaziman.tetapi pada hari kejadian penduduk dikejutkan dengan fenomena hujan tumbuhan berupa buah epal. 

ejak dahulu lagi burung merpati dikenali sebagai haiwan yang cerdik dan pandai. Ini berdasarkan kebolehan yang dimilikinya untuk mencari destinasi yang ingin dituju. 
Dipercayai, burung merpati telah berkhidmat sebagai penghantar surat sejak 2000 tahun dahulu. Burung merpati juga turut digunakan sebagai penyampai pesanan rahsia dalam perang dunia pertama dan kedua.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, penyelidikan terbaru mendapati haiwan jinak ini bukan sahaja mempunyai ingatan yang kuat tetapi turut pandai mengira. Menurut pakar haiwan dari Universiti Otago, New Zealand, Dr. Damian Scarf, hasil kajiannya mendapati, burung merpati sebenarnya mampu membezakan beberapa nombor iaitu daripada nombor satu sehingga sembilan. Apa yang mengagumkan, haiwan ini juga bijak menyusun nombor-nombor tersebut mengikut aturan yang betul. 

Menurut Dr. Scarf lagi, sebelum ini hanya manusia dan beberapa spesies primer mamalia diketahui mampu mengira. Antaranya seperti primat daripada keluarga Ape iaitu monyet dan kera hutan. 

Berdasarkan laporan jurnalnya di persidangan sains antarabangsa, Dr. Scarf menjelaskan, burung merpati bukan sahaja boleh mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan yang sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira dangan baik.

Apabila menjelang Aidilfitri, pastinya pelbagai persiapan dibuat terutama dari segi persiapan makanan.
Namun, rakyat Malaysia yang boleh dikatakan ramai mengalami masalah diabetik masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.
Pengambilan gula berlebihan sepanjang Aidilfitri mungkin menyebabkan anda ‘tersadai’ di dalam wad hospital sedangkan umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal.
Adakah anda adalah salah seorang daripada golongan yang tidak mengamalkan cara hidup sihat?
Beberapa fakta nutrisi yang akan kami kongsikan ini bakal mengejutkan anda.
Perlukah kami menerangkan ini? Gula = merbahaya.
Awas! Jika kandungan gula terlalu tinggi dalam darah anda, anda mungkin boleh koma dalam keadaan serta merta.
Bukan itu sahaja, pengambilan gula-gula atau candy dalam kuantiti yang banyak serta dalam tempoh yang lama juga mampu mereputkan gigi anda.
Malah, ia juga penyumbang kepada penyakit diabetik (kencing manis).
Sebaik-baiknya anda mengawal pengambilan gula serta makanan manis atau mengambilnya dalam kadar sederhana.
Tahukah anda bahawa ‘candy’ mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Secara umum, pengambilan candy selalunya hanya sekadar untuk merasa bukan sesuatu yang boleh mengenyangkan.
Ini bermakna anda akan berasa lapar selepas memakan candy. Maka, anda akan mengambil candy dalam kuantiti yang banyak untuk membuatkan anda rasa kenyang.
Ingat, anda mempunyai pelbagai pilihan makanan berkhasiat untuk menambah kandungan kalori dalam badan anda.
Lemak tepu. Lemak tepu adalah penyumbang kepada kolestrol yang tinggi.
Lemak tepu boleh menyebabkan pembekuan darah di salur arteri dan penyumbang kepada tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.
Sebaik-baiknya anda hanya perlu mengambil sebanyak 10% sahaja kandungan lemak tepu daripada jumlah kalori yang diambil dalam sehari.
Entri ini adalah sebagai perkongsian buat anda dalam menjaga kesihatan terutama kepada umat Islam yang bakal menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Jangan sampai orang lain sedang bergembira, anda menangis di katil hospital.
Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.


Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.
Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.
Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.
Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan. 
Rihanna
Penyanyi terkenal, Rihanna telah berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap rangkaian jenama terkemuka dunia, Topshop di Britain yang telah menggunakan wajah penyanyi itu tanpa kebenarannya menerusi salah satu produk terbaru mereka.
Topshop telah menggunakan wajah Rihanna pada rekaan T-shirt terbaru mereka.
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Colin Birss, peminat mungkin telah terpedaya dan menyangka Rihanna telah bersetuju dengan produk tersebut.
“Rihanna merupakan ikon fesyen. Ramai akan beli baju itu kerana menyangkakan dia (Rihanna) sendiri telah bersetuju dengan produk tersebut. Dalam kes ini kedua-dua mereka (Rihanna dan peminat) telah ditipu,” katanya.
Walaupun bagaimanapun jumlah saman yang dimenangi oleh penyanyi Diamond itu tidak dinyatakan.
Penampilan terkini Lana Nordin dan Zarina Anjoulie telah membuat ramai peminat mereka di laman Instagram hampir muntah dan terasa geli.
Bukan kerana aksi Lana Nordin yang menjadi penyumbang utama tetapi kerana gaya penampilan Zarina yang dikatakan terlalu over terutamanya make-up pada mukanya. Ada antara peminat yang tersalah pandang hingga menyangkakan Zarina adalah Jehan Miskin yang dipakaikan make-up ala-ala pondan

Hari ini ‘viral’ di laman sosial Facebook dan Twitter berkenaan sekeping gambar lukisan yang seolah-olah memerli kreadibiliti Polis DiRaja Malaysia.
Gambar tersebut menunjukkan bagaimana sepasukan polis yang menaiki trak mengacukan pistol ke arah seorang lelaki bersama tiga ekor anjing.



Manakala di sebelah polis menunjukkan beberapa orang penjenayah yang memakai topi keledar mengacukan pistol ke arah orang awam.
Bukan itu sahaja, gambar itu turut menunjukkan yang penjenayah itu seperti bebas membunuh orang awam. Asal usul gambar tersebut masih belum dipastikan.
Apa yang dipersoalkan adalah kewajaran gambar tersebut.
Jika kita lihat kebelakangan ini, seringkali berlaku kes pembunuhan orang awam menggunakan senjata api.
Terbaru, seorang peniaga cedera terkena tembakan ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat lebih kurang jam 8.45 pagi di Pandan Indah.
Sebelum ini turut berlaku beberapa kes tembakan yang meragut nyawa guru sekolah, pengasas sebuah bank terkemuka dan pemerhati antijenayah dan beberapa lagi kes.
Seolah-olah Malaysia ini merupakan sebuah negara yang bebas untuk membeli dan menggunakan senjata tersebut.
Mungkin pelukis gambar tersebut merasakan sudah tiba masanya untuk PDRM menyedari hakikat yang sebenarnya.
Justeru, pihak PDRM boleh melihat gambar tersebut dari kaca mata berbeza serta mengikut logik.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Nilaikan sendiri.

mynewshub
Tomok
Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengakui anak sulungnya Arrian Shah Akid lebih popular daripada dirinya.
Ini berikutan ke mana-mana sahaja mereka berdua berada, kebanyakan peminat lebih teruja berjumpa dengan Arrian berbanding dirinya.
Anak Tomok mula popular selepas penyanyi itu sering memuat naik gelagat comel Arrian di laman sosial Keek.
Menerusi Astro Awani, walaupun Tomok sering berkongsi video dengan peminatnya namun dia juga menghadkan serta sentiasa berhati-hati dengan kandungan video yang akan dipaparkan kepada umum.
Dalam perkembangan lain, Tomok kini sedang sibuk dengan pembikinan album Manifesto selain bakal muncul dengan album solo terbarunya tahun hadapan.
abby
Semakin hari semakin bahagia tengok kehidupan Abby Abadi sejak dia mendirikan rumahtangga pada awal Julai lalu.
Terbaru, Abby, 36, sempat berkongsi gambarnya dan suami, Noor Farhan Che Bakar, 24, sedang mengedarkan kad jemputan majlis resepsi mereka di laman Instagram baru-baru ini.
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan. mynewshub
aa
Semoga perkahwinan Abby kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel untuk menyerikan lagi kehidupannya selepas ini.
Restoran
Anda mahu merasa pengalaman makan di dalam sungai. Kita mungkin biasa melakukan perkara itu apabila berkelah dengan keluarga di air terjun ataupun kawasan jeram.
Sebuah restoran di Chongqing di Selatan China memang unik kerana namanya pun Kafe Sungai. Pengusaha restoran ini memiliki idea yang kreatif dalam menarik pelanggan dengan meletakkan meja makan di dalam air.
RestoranSungai03
Ia membolehkan para pelanggannya makan sambil menikmati bunyi aliran sungai dan juga merendamkan kaki di dalam air sungai yang nyaman.
Biasanya di sana, suhu ketika musim panas boleh mencecah 40 darjah celsius menyebabkan ramai warga China mencari cara baru dalam memastikan mereka sentiasa sejuk.
Kafe Sungai Chongqing menjemput warga tempatan dan pelancong untuk menanggalkan kasut mereka untuk makan di meja di dalam sungai di bawah pohon yang rendang.
Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.
Rupa restoran Chongqing ini menyerupai sebuah restoran air terjun di Filipina iaitu Vila Escudero. – mynewshub.my
Sumber rujukan : odditycentral