Apabila menjelang Aidilfitri, pastinya pelbagai persiapan dibuat terutama dari segi persiapan makanan.
Namun, rakyat Malaysia yang boleh dikatakan ramai mengalami masalah diabetik masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.
Pengambilan gula berlebihan sepanjang Aidilfitri mungkin menyebabkan anda ‘tersadai’ di dalam wad hospital sedangkan umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal.
Adakah anda adalah salah seorang daripada golongan yang tidak mengamalkan cara hidup sihat?
Beberapa fakta nutrisi yang akan kami kongsikan ini bakal mengejutkan anda.
Perlukah kami menerangkan ini? Gula = merbahaya.
Awas! Jika kandungan gula terlalu tinggi dalam darah anda, anda mungkin boleh koma dalam keadaan serta merta.
Bukan itu sahaja, pengambilan gula-gula atau candy dalam kuantiti yang banyak serta dalam tempoh yang lama juga mampu mereputkan gigi anda.
Malah, ia juga penyumbang kepada penyakit diabetik (kencing manis).
Sebaik-baiknya anda mengawal pengambilan gula serta makanan manis atau mengambilnya dalam kadar sederhana.
Tahukah anda bahawa ‘candy’ mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Secara umum, pengambilan candy selalunya hanya sekadar untuk merasa bukan sesuatu yang boleh mengenyangkan.
Ini bermakna anda akan berasa lapar selepas memakan candy. Maka, anda akan mengambil candy dalam kuantiti yang banyak untuk membuatkan anda rasa kenyang.
Ingat, anda mempunyai pelbagai pilihan makanan berkhasiat untuk menambah kandungan kalori dalam badan anda.
Lemak tepu. Lemak tepu adalah penyumbang kepada kolestrol yang tinggi.
Lemak tepu boleh menyebabkan pembekuan darah di salur arteri dan penyumbang kepada tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.
Sebaik-baiknya anda hanya perlu mengambil sebanyak 10% sahaja kandungan lemak tepu daripada jumlah kalori yang diambil dalam sehari.
Entri ini adalah sebagai perkongsian buat anda dalam menjaga kesihatan terutama kepada umat Islam yang bakal menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Jangan sampai orang lain sedang bergembira, anda menangis di katil hospital.
No comments
Post a Comment