Semakin hari semakin bahagia tengok kehidupan Abby Abadi sejak dia mendirikan rumahtangga pada awal Julai lalu.
Terbaru, Abby, 36, sempat berkongsi gambarnya dan suami, Noor Farhan Che Bakar, 24, sedang mengedarkan kad jemputan majlis resepsi mereka di laman Instagram baru-baru ini.
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan. mynewshub
Semoga perkahwinan Abby kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel untuk menyerikan lagi kehidupannya selepas ini.
No comments
Post a Comment