Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) – Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin.
Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,
“Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.
“Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu,” katanya.
Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.
Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.
Global
NANJING, China – Seorang lelaki kaya di bandar ini yang menikam mati isterinya yang berusia 22 tahun pada April tahun lalu dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah.
Akhbar tempatan melaporkan, Mahkamah Nanjing membuat keputusan itu Jumaat lalu.
Pada perbicaraan pertama, Ji Xingpeng didapati bersalah atas pembunuhan tanpa niat.
Keluarga si mati yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu bagaimanapun membuat rayuan.
Xing Peng menikam mati isterinya lebih 30 kali hingga mati menggunakan pisau memotong buah pada April 2013 selepas mengesyaki wanita itu menipunya.
Ketika kejadian, Xinpeng dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Global
NAK tergelak pun ada juga bila lihat kereta rasmi pak menteri kena ‘clamp’.
Tak banyak maklumat yang diperoleh mengenai insiden ini tetapi dipercayai berlaku di Alamanda, Putrajaya.
Sebenarnya ia bukanlah salah menteri itu, tetapi salah pemandunya yang meletakkan kereta sesuka hati.
Gelaran bukanlah ‘tiket’ untuk tidak dikenakan tindakan.
Syabas kepada ‘pak guard’ kerana bertindak profesional…moga jadi pengajaran di masa akan datang.
Isu Panas
SEKEPING gambar yang menunjukkan dua keping tiket penerbangan MAS yang bertarikh 20 April 2014 tersebar di laman sosial hari ini.
Dua keping tiket penerbangan kelas ekonomi dengan nama Hanez Suraya dan Romie, suami kepada Liyana Manan mencetuskan persoalan ramai, ke manakah halatuju dua individu ini? Menurut sumber, mereka berdua dipercayai pergi ke Australia, tujuannya, hanya mereka saja yang tahu.
Kes yang sebelum ini masih belum reda, timbul pula persoalan yang baru.
Gambar 2 keping tiket ini diperolehi dari laman Facebook page yang ditubuh untuk menyokong isteri Romie, Kami Sokong Liyana Manan.
Hiburan
APABILA manusia itu yang diciptakan akal dan fikiran dengan sempurna, manusia itu semestinya mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
Namun, semakin canggih dan berkembang dunia sekarang ini, ramai juga manusia yang tidak mampu untuk menggunakan ciptaan Tuhan itu dengan baik.
Seperti kebiasaan orang berkata, otak itu ‘diletakkan’ di lutut hingga menampakkan diri kita sendiri dungu dan bodoh.
Malah, agama juga diletakkan ke tepi demi menegakkan nafsu yang sentiasa membuak-buak dalam hati.
Ini gambar-gambar yang penulis temui dalam internet.
Beberapa gadis anak Melayu yang berperangai secara terbuka dan seakan-akan hilang malunya.
Mereka dilihat bercumbuan sesama sendiri, memakai pakaian yang seksi selain tiada langsung malu kerana berani membuka seluar dan duduk di mangkuk tandas!
Gambar mereka itu ditangkap sendiri oleh mereka dan kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook mereka.
Apakah mereka sengaja mahu menguar-uarkan setiap tindakan atau perbuatan tidak bermoral dan ternyata salah di sisi agama itu kepada umum?
Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka sedar akan perbuatan yang menjatuhkan maruah mereka ini sendiri termasuk diri kita.
Isu Panas
KUALA LUMPUR – : Semalam, penulis sedar kecoh di laman sosial dan laman sesawang memperkatakan tentang cara pemakaian pelakon Rebecca Nur Islam yang dilihat sendat dan tidak sesuai dengan imej barunya bertudung itu.
Pelakon yang baru berhijab penuh selepas menunaikan Umrah itu mengenakan pakaian ala jump suit berona merah dan dari penglihatan penulis memang ia agak ketat dari bahagian pinggang hingga ke bawah.
Rakan penulis yang merupakan pengikutnya di laman sosial Instagram itu memberitahu Rebecca sedar apabila pakaiannya itu diperkatakan dan dia telah memuat naik foto kartun Teletubies berwarna merah seperti yang telah disamakan oleh pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini.
Menerusi foto itu Rebecca memberitahu bersyukur kerana dia dan anaknya memang suka akan kartun itu dan sedar ada yang menyebarkan gambar tersebut hanya untuk menjatuhkannya.
Dia seperti agak marah dengan pengikutnya di Instagram yang dipercayai bertanggugkawab menyebarkan gambar-gambar dari akaunya yang dikatakan private. Dia menganggap pihak itu seorang silent killer dan suka membuat dosa dengan mudah.
Rebecca dalam kapsyennya itu turut memberithau menerusi pemakaiannya tersebut dia hanya menjadi diri dia sendiri dan sedang mencuba untuk mengikut cara atau jalan Islam yang sebenar kerana menurutnya tiada siapa yang sempurna.
Berikut merupakan kapsyen dari foto Teletubies yang dimuat naik:
“There said I’m a Teletubbies…???Anyway me and my daughter’s Love the TELETUBiES❤️Alhamdulillah,i notice that the photo circulated to the public was taken from my personal collection in my PRIVATE IG,which is not accessible by the public as it is Lock….i assume that the circulation was made by my followers which intend to tarnish my image for which this character assassination is much worst than the TELETUBBiES……because of this one Silent Killer”FOLLOWER”,the public as made accusation which could result in them getting a FREE sin
Hiburan
SURABAYA – Baru-baru ini, sedang kecoh di Surabaya tersebarnya sebuah video klip lucah di antara guru dan pelajarnya di sebuah sekolah swasta di sini. Video yang berjudul ”SMA Tri Karya Gempar Boss” itu beredar melalui telefon bimbit pelajar di sekolah tersebut.
Klip video 6 minit yang berformat 3gp itu telah dirakamkan oleh seseorang dengan menggunakan kamera dari telefon bimbitnya menerusi lubang kunci pintu bilik.
Di dalam video itu kelihatan dua orang pelajar perempuan yang masih beruniform dan seorang lelaki sedang meramas payudarasalah seorang dari mereka. Pelajar perempuan yang tidak dirabaitu kelihatan berdiam diri walaupun mengetahui rakannya sedang dicabuli.
Menurut sumber dari kalangan pelajar-pelajar di Kampung Manukan, Daerah Tandes, lelaki yang bercermin mata di dalam video itu adalah seorang guru Bimbingan dan Kaunseling dan dua orang pelajar perempuan itu bernama AI dan SIL.
“Pelajar yang diraba itu adalah AI,” kata sumber yang tidak mahu dikenali namanya.
Beliau juga menambah, aksi cabul tersebut telah dirakamkan di makmal komputer sekolah tersebut. Salah seorang pelajar wanita itu mengadu sakit dan dibawah ke makmal komputer itu.
“Masakan pelajar sakit dibawa ke makmal komputer? Bukankah di sekolah ini ada bilik rawatan untuk berehat?” kata sumber itu lagi.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Rochim, ketika dihubungi mengesahkan mengenai tersebarnya video tersebut. Namun ketika diminta mengulas lanjut, beliau menolak dengan alasan mahu ke masjid untuk solat Jumaat. Walau bagaimanapun, selepas solat Jumaatm beliau langsung tidak dapat dihubungi kerana menutup telefon bimbitnya.
Isu Panas
MEMALUKAN, itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabilatanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam keretajenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmaradi tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.
Isu Panas
WANITA itu lahir hanya dengan 2 pilihan, iaitu cantik atau bijak? Ternyata, ada ramai wanita yang memiliki wajah cantik, bijak dan mampu menguruskan kewangannya dengan baik. Wanita-wanita ini pada akhirnya menjadi inspirasi bagi wanita yang lain.
Yang cukup membanggakan, wanita-wanita muslimah ini menjadi wanita yang dipilih berdasarkan kejayaannya. Mereka tidak hanya cantik, tetapi juga cerdas, punya kekayaan yang melimpah dan memiliki keluarga bahagia. Jom lihat senarai wanita muslim yang cantik dan hebat yang dimaksudkan ini menurut majalah Forbes.
1). Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Nama wanita hebat ini adalah Yang Mulia Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah. Beliau adalah anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah. Hajah Majeedah lahir pada tanggal 16 March 1976. Saat ini, beliau telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang asisten eksekuktif di pejabat Perdana Menteri Brunei.
Dengan kehidupan mewah dalam keluarga kerajaan Hajah Majeedah tetap tampil sebagai wanita yang sederhana. Ketika ini beliau sudah menjadi ibu dan memiliki rumahtanga yang bahagia. Ayah Hajah Majeedah adalah salah satu orang pemilik kekayaan terbanyak di dunia, maka hal ini diwarisi turun menurun pada putrinya.
2). Ratu Rania Al Abdullah
Jika tidak diberitahu bahawa wanita ini adalah seorang ratu, Anda pasti berfikir bahawa beliau adalah bintang filem Hollywood. Inilah Ratu Rania Al Abdullah, lahir 31 Ogos 1970 di Kuwait dengan nama Rania Al-Yassin. Sejak sekolah, wanita ini terkenal cerdas dan memiliki karier yang cemerlang di perusahaan Apple Inc.
Dengan kecantikan wajah, kecerdasan dan dedikasi pekerjaan yang luar biasa, tidak hairan jika Abdullah II bin Al-Hussein menikahi wanita cantik ini pada 10 Jun 1993. Ratu Rania terkenal sebagai pembidato terhebat dalam berbagai acara sosial di seluruh dunia.
Di luar rumah dia adalah wanita yang dipuja, namun ketika di rumah, Ratu Rania mendedikasikan dirinya sebagai isteri sekaligus ibu yang hangat untuk buah hati mereka.
3). Sultanah Nur Zahirah
Wanita cantik ini berasal dari negara kita, Malaysia. Sultanah Terengganu yang paling dihormati kerana menjadi wanita pertama Malaysia yang berhijab. Nur Zahirah adalah isteri dari Sultan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Wanita ini lahir pada tahun 7 Desember 1973. Gelaran tertinggi yang pernah dimilikinya adalah Permaisuri Agong Malaysia ke-13.
Sebagai keluarga kerajaan Sultanah Nur Zahirah sering mengikuti acara-acara penting kenegaraan. Tidak hanya bermodal wajah cantik, wanita ini juga cerdas. Pihak keluarga kerajaan tidak pernah mengungkap berapa banyak kekayaan mereka, namun kekayaan diperkirakan dalam angka yang sangat banyak disamping status yang dimiliki.
4). Sheikha Hanadi binti Nasser Al Thani
Tidak banyak wanita yang sukses sebagai seorang banker, apalagi wanita itu adalah wanita muslimah. Wanita ini bernama Sheikha Hanadi binti Nasser Al Thani, beliau adalah seorang banker, investor dan pengusaha real estate. Sudah boleh diteka bahawa hal ini memjadikan Sheikha sebagai salah satu pengusaha wanita tersukses di Qatar.
Sheikha tidak hanya dikenal dengan kegigihan dan bekerja keras, beliau juga dikenal sebagai wanita sukses yang memiliki wajah cantik. Selain pekerjaan di atas Sheikha juga menjadi penasihat khusus di Standard Chartered Bank dan menjadi CEO proyek Al Waab City Real Estate.
5). Putri Lalla Salma
Wanita ini cantik bukan? Wajahnya sudah seperti artis Hollywood. Beliau adalah Putri Lalla Salmam, isteri dari Raja Mohammed VI di Maroko. Putri Lalla lahir pada 10 Mei 1978. Semua orang pasti sepakat bahawa Putri Lalla memiliki wajah cantik dan kulit wajah yang sangat halus.
Meskipun sudah menjadi seorang putri dan memiliki kekayaan melimpah, Putri Lalla dikenal sebagai seorang yang peramah dan sederhana. ketika ini Putri Lalla sudah menjadi ibu dari dua orang anak. Kekayaan yang dimiliki keluarga ini menurut majalah Forbes adalah mencecah di angka USD20,5 Million.
Pelbagai
Kes khalwat masih belum selesai, kini pelakon Shahz Jaszle dikaitkan pula dengan satu lagi kisah hangat apabila dia dikatakan sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri.
Namun, bak menukar pakaian, terus sahaja Shahz mengumumkan dia sudah pun berjumpa dengan pengganti Redzwani iaitu dipercayai seorang model sambilan yang dikenali sebagai Hanis Husna.
Bertitik tolak daripada perkongsian gambar mereka bersama di laman Instagram, pasangan ini dikritik hebat apabila bekas tunang Shahz dikatakan tidak tahu menahu mengenai hubungan mereka sebelum ini yang bermaksud Redzwani telah ditipu bulat-bulat Shahz sebelum mereka putus tunang.
Tampil membela diri, Hanis menerusi kenyataannya dalam Harian Metro menafikan dia merampas Shahz daripada Redzwani.
“Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya.
“Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu,” katanya.
Diharapkan Shahz dapat memberikan kenyataannya berhubung kontroversi terbaharunya ini.
Yelah, kalau dia diam je, tak pasal-pasal peminat akan terus melemparkan tuduhan yang tidak baik kepadanya.
Hiburan
PELAKON cantik, Uqasha Senrose sebelum ini hangat dengan kontroversi cintanya bersama pelakon Pekin. Reda daripada kontroversi cinta, namanya tiba-tiba menjadi sebutan baru-baru ini di laman sosial gara-gara sekeping gambar.
Dalam gambar yang diambil ketika dia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu portal hiburan, mStar Online di Kuala Lumpur itu, Uqasha yang hadir bersama adiknya, pelakon Nelydia Senrose tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.
Bagaimanapun, gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan. Sungguhpun begitu, Uqasha tetap menanggung malu apabila gambarnya itu disebarkan di internet dengan judul, ‘Uqasha lupa memakai coli’.
Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Adakah Uqasha sedar dituduh tidak memakai coli apabila hadir pada satu majlis baru-baru ini?
UQASHA: Sebenarnya saya langsung tidak sedar sehinggalah saya pulang ke rumah selepas majlis tersebut. Apabila saya melihat Twitter, saya sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa saya tidak memakai coli.
Apakah benar anda tidak memakai coli seperti yang didakwa?
Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.
Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya?
Sebelum keluar rumah saya sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang saya pakai. Memang saya tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa. Mungkin baju itu tersalah jahit dan memperlihatkan seolah-olah saya tidak memakai coli.
Komen anda apabila orang ramai mengutuk anda dengan dakwaan mengikut fesyen artis Hollywood?
Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.
Apakah anda malu dengan kontroversi ini?
Ya, memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya.
Pengajaran yang anda peroleh selepas kejadian ini?
Ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana orang ramai memerhati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki apa yang saya pakai.
Namun, siapa saya untuk ubah fikiran orang, mereka tetap akan bercakap tanpa henti jika ada yang tidak kena pada mata mereka.
Adakah anda gemarkan pakaian yang seksi dan berjenama?
Saya tidak kisah tentang jenama kerana pakaian bundle pun saya pakai asalkan ringkas dan selesa. Kalau ikutkan saya bukanlah jenis yang suka berhias sangat. Baju pula saya suka yang ringkas dan tidak seksi melampau. Sejak kebelakangan ini saya lebih suka berpakaian agak sopan tetapi cantik dipandang.
Bagaimanakah dengan perkembangan kerjaya anda?
Buat masa sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Kalau Itu Jodoh Kita untuk siaran TV AlHijrah. Walaupun tidak berapa sihat kerana kepenatan disebabkan jadual kerja yang padat, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Minggu ini bermula Isnin, saya akan berada di Gold Coast, Australia hingga hujung April bagi penggambaran drama dan juga sebuah telefilem untuk hari raya.
Utusan
Hiburan
MELIHAT arnab sebesar seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, ia mungkin akan membuatkan sesiapa yang menemuinya melarikan diri kerana terkejut.
Tetapi binatang itu benar-benar wujud di Worcester, England dan Guinness World Records menilai arnab tersebut sebagai yang terbesar pernah ditemui setakat ini.
Arnab yang dinamakan sebagai Darius itu mempunyai ketinggian 1.3 meter dan seberat 22.2 kilogram (kg).
Pemiliknya Annette Edwards, 62, berkata, Darius yang merupakan arnab biasa telah diberikan 12 batang lobak merah sehari atau 4,000 batang setahun.
Jelasnya, selain itu, Darius juga diberikan sayur-sayuran, buah epal dan dua mangkuk besar susu arnab setiap hari. Kesemua kos makanan arnab itu bernilai £2,400 (RM13,00) setahun.
"Saya juga agak sukar untuk mempercayai bahawa Darius kini seberat 22 kg dan setinggi seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.
"Kerana dimanjakan dengan makanan, arnab itu juga kini menjadi tamak dan mahukan makanan yang lebih banyak," katanya.
Tambahnya, walaupun Darius sering mencuri makanan namun dia tidak akan memarahi arnab itu kerana terlalu sayangkannya.
Global
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Bahaya Cinta, Yusof Kelana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjalani penggambaran filem kerjasama antara Malaysia dengan Vietnam itu.
Yusof berkata, pihaknya terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam sebelum menerbitkan filem berkisarkan peristiwa sejarah tentang pelarian negara itu.
"Kami menghadapi banyak kesulitan ketika proses penggambaran terutamanya membabitkan kerajaan Vietnam.
"Mereka meletakkan larangan dan syarat tertentu kepada kami serta meminta untuk menapis skrip terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara itu.
”Skrip ini juga diolah semula mengikut kehendak mereka dan beberapa babak di Pulau Bidong, Terengganu terpaksa dipotong," katanya kepada mStar Online.
Kata Yusof, selain itu, mereka turut berhadapan dengan masalah komunikasi apabila keseluruhan kru produksi di negara itu tidak boleh berbahasa Inggeris.
Bagaimanapun, Yusof mengakui kagum, biarpun Vietnam dikenali sebagai negara dunia ketiga, namun, industri perfileman negara tersebut telah membangun seperti negara-negara Asia lain.
"Kami sukar untuk berinteraksi kerana mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, sebaliknya kami menggunakan bahasa isyarat dan terpaksa melakonkan semula bagi memberi penerangan kepada mereka.
"Walaupun negara Vietnam merupakan negara dunia ketiga, tetapi apa yang saya lihat industri filem mereka sudah maju dan semakin berkembang," katanya.
Sementara itu, Yusof berkata, filem ini turut memaparkan aspek perkongsian budaya dan penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Vietnam dan Indonesia.
Penggambaran yang mengambil masa selama dua minggu iaitu akhir tahun lalu itu telah dilakukan di Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong.
Filem ini menampilkan pelakon popular seperti Adam (AF2), Han Dan, Luong Giang, Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Amanda (Indonesia), Datuk Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak.
Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei depan di seluruh pawagam tanah air. Mstar
Hiburan
Taiping: Seorang wanita nyaris putus tiga jari kanan manakala suaminya menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak dua suspek bersenjata parang dalam kejadian samun di Kampung Aulong Baru, Aulong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, Fong Hui Kuan, 29, dijemput suaminya, Tan Wui Tai 32, dengan menaiki kereta selepas dia selesai berkerja di sebuah pasar raya, di sini.
Menurut Hui Kuan, setiba di rumah, mereka terkejut mendapati motosikal dinaiki dua suspek menghalang pintu pagar ketika mahu memasuki rumah.
“Berang dengan keadaan itu, saya segera keluar dari kereta untuk memarahi kedua-dua lelaki berkenaan, namun terpaksa melarikan diri masuk ke dalam kereta semula berikutan diugut menggunakan parang oleh seorang suspek yang cuba meragut beg tangan saya,” katanya.
Fong berkata, sejurus masuk ke dalam kereta dia terus mengunci pintu, tetapi suspek mendesaknya menyerahkan beg tangan berkenaan.
Katanya, suami yang berang membuka pintu kereta yang mengenai seorang daripada mereka lalu berlaku pergelutan.
“Ketika pergelutan, seorang suspek menetak kepala suami dengan parang dan tidak cukup dengan itu rakan suspek memukul suami yang cedera parah tanpa belas kasihan.
“Melihat keadaan suami yang lembik dikerjakan suspek, saya segera mendapatkannya namun ketika memangku suami, suspek sekali lagi cuba menetaknya dan saya cuba menghalang mengakibatkan jari tangan kanan luka teruk dan hampir putus,” katanya.
Menurutnya, melihat keadaannya itu, suspek yang memakai topi keledar dan menutup muka melarikan diri menaiki motosikal Honda EX5 berwarna merah tanpa nombor pendaftaran ke arah jalan utama.
Suasana riuh rendah itu mengejutkan beberapa jiran berhampiran datang dan cuba membantu.
Dia yang trauma dengan kejadian itu berkata, suaminya kini terlantar di Hospital Taiping dan menerima 11 jahitan di kepala manakala dia menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang bagi mencantumkan kembali tiga jarinya yang terkulai dan hampir putus itu.
Berikutan itu Hui Kuan yang bimbang akan keselamatannya turut membuat laporan di Balai Polis Taiping berhubung kejadian Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.
Isu Semasa
Khon Kaen: Seorang warga emas Thailand ditahan kerana disyaki membunuh isterinya dan mencampak mayat wanita terbabit ke dalam tasik.
Namun, selepas ditangkap, Sombot Samuk mendakwa dia memang mahu menyerah diri kepada polis kerana tidak tahan menanggung gangguan mendiang isterinya melalui mimpi.
Kata Sombot, 68, sejak membunuh Orn Donkanha, 67, hidupnya tidak tenteram dan sentiasa dihantui dengan pelbagai ketakutan.
Sombot berkata, Orn sering memarahinya, tetapi dia tetap bersabar sehinggalah ketika dalam perjalanan pulang dari menemani wanita terbabit menghadiri satu majlis di kampung mereka.
“Dalam perjalanan pulang Orn menghina keluarga dan saya dan anak kami.
Dia juga menghalau saya keluar dari rumah,” katanya.
Disebabkan hilang sabar Sombot memukul Orn dua kali menggunakan kayu.
Wanita itu rebah dan mati di tempat kejadian sebelum Sombot mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tasik.
Mayat Orn ditemui di dalam tasik berhampiran Wat Santikaram pada 15 April dengan kesan hentakan di bahagian kiri kepalanya menggunakan objek tumpul.
Polis percaya wanita itu dibunuh tiga hari sebelum ditemui.
Pada mulanya polis tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai pembunuhan itu, tetapi kemudiannya menjadikan Sombot sebagai suspek.
Pasangan terbabit pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini.
Sombot berkata, selepas kejadian itu dia sering bermimpi didatangi Orn yang memaksanya menyerah diri.
“Dia mengugut untuk terus mengganggu saya jika saya terus bersembunyi,” katanya. - Agensi
Global
Dia gagal dalam percintaan dengan artis termasuk Jake Gyllenhaal, Harry Styles dan John Mayer.
Namun, bosan dengan kenyataan dia masih tidak berteman, Taylor Swift dikatakan menulis ‘check list’ dengan harapan menemui lelaki sempurna.
Menurut sumber, Taylor, 24, menyediakan katalog terperinci ciri-ciri yang dipercayai ada pada lelaki pilihannya.
Dia membuat senarai terperinci dikehendakinya dan gigih, kerana tidak ramai lelaki di luar sana yang memiliki ciri-ciri itu.
Menurut sumber itu lagi: ada perkara mudah dalam senarai itu.
Dia inginkan lelaki yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang adik perempuan atau kakak yang menjadikannya teman lelaki yang lebih baik.
“Dia harus mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya, tetapi dia bukanlah seorang anak manja.”
Bagaimanapun, rakan-rakan Taylor berkata mereka keliru dengan senarai itu dan percaya ia bukanlah cara terbaik untuknya mencari teman lelaki.
Sumber itu berkata: “Senarai itu sangat terperinci dan ia berterusan. Rakan-rakanya berfikir dia harus tenang. Menjadi sangat memilih akan membuatnya terus tidak keseorangan.
Berdasarkan senarai Taylor, seorang lelaki hampir menepati kriteria itu.
Dia berusia 37 tahun dan 13 tahun lebih tua daripada Taylor, Michael Fassbender menepati beberapa kriteria menjadi teman sehidup dan sematinya.
Dia boleh bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Jerman. Fassbender mempunyai hubungan rapat dengan kakaknya, Catherine dan mempunyai hubungan baik dengan ibu bapanya Adele dan Josef.
Calon berpotensi lain, Bradley Cooper. Dia fasih berbahasa Perancis dan mempunyai kakak bernama Holly.
Bagaimanapun, Cooper “menolak” Taylor terlebih awal dan bercinta dengan seorang model Britain, Suki Waterhouse.
Hiburan
Ohio: Mereka masih berpegangan tangan ketika menikmati sarapan walaupun selepas 70 tahun dikahwinkan.
Apabila Helen Felumlee menghembus nafas terakhir pada usia 92 tahun, suaminya mengikuti jejak wanita terbabit kurang dari sehari kemudian.
Anak pasangan itu, Linda Cody berkata, mereka memang dapat merasakan kematian Helen bakal dituruti bapanya tidak lama selepas itu. “Malah, kami memang mahu mereka kekal bercinta sehingga ke nafas yang terakhir.
“Nampaknya memang itulah yang berlaku,” katanya.
Pasangan Kenneth Cody dan Helen Felumlee disatukan sebagai suami isteri ketika mereka masih berusia belasan tahun. Sejak itu, mereka tidak berpisah langsung.
Helen meninggal dunia di hospital selepas mengalami masalah kesihatan berlarutan sebelum ‘diikuti’ Cody kira-kira 15 jam kemudian.
Media semalam melaporkan, walaupun keadaan kesihatan semakin tidak mengizinkan, pasangan itu tetap bahagia bersama.
Ketika Cody mengalami masalah jantung dan kehilangan sebelah kakinya akibat masalah kitaran darah, Helen tetap setia menemaninya di hospital.
Lama-kelamaan Helen juga jatuh sakit dan ditempatkan berhampiran katil Cody di hospital.
Linda berkata, Cody tidak sanggup melihat penderitaan dialami isterinya dan selalu memegang tangan wanita dicintainya itu. Katanya, ketika dikahwinkan di Kentucky Cody berusia 18 tahun dan Helen 19 tahun.
“Namun, kenyataan itu dirahsiakan kerana mereka takut untuk memberitahu ibu bapa masing-masing,” katanya.
Hasil daripada perkongsian hidup, mereka mempunyai lapan orang anak - lima lelaki tiga perempuan - dan Cody terpaksa bekerja keras bagi menyara keluarga.
Dia melakukan tiga tugas dalam satu masa, iaitu pemeriksa kereta api, operator garaj dan posmen.
Helen pula bekerja dengan pertubuhan gereja, mengajar sekolah gereja dan menghantar kad ucapan kepada hampir semua penduduk di kawasan kediaman mereka ketika perayaan dan hari jadi.- Agensi
Global
Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terperinci berhubung sebarang kemungkinan termasuk unsur sabotaj berkait beberapa insiden membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia MH192.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah sepatutnya bagi menyiasat perkara berkenaan.
“Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyiasat perkara itu,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Persidangan International Association of Police Academies (INTERPA) di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta PDRM khususnya Cawangan Khas Bukit Aman menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia.
Hishammuddin dilaporkan berkata, beliau melihat perkara berkenaan dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul mengenai segala kejadian yang menimpa MAS sejak kebelakangan ini.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam sidang media selepas bertemu penumpang pesawat MH192 di KLIA awal pagi, semalam. HM
Isu Semasa
Segamat: “Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, Urni mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat, kira-kira jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang sudah diperbaiki.
Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38.
“Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya.
“Pada mulanya, Nor bertanyakan tujuan bertemu Ila dan saya memberitahu perkara sebenar iaitu menyerahkan semula telefon bimbit wanita itu yang siap diperbaiki,” katanya ketika ditemui. HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments