Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Vietnam Beri Larangan Terbitkan Filem 'Bahaya Cinta'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Bahaya Cinta, Yusof Kelana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menjalani penggambaran filem kerjasama antara Malaysia dengan Vietnam itu. 

Yusof berkata, pihaknya terpaksa mematuhi larangan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan Vietnam sebelum menerbitkan filem berkisarkan peristiwa sejarah tentang pelarian negara itu. 

"Kami menghadapi banyak kesulitan ketika proses penggambaran terutamanya membabitkan kerajaan Vietnam. 

"Mereka meletakkan larangan dan syarat tertentu kepada kami serta meminta untuk menapis skrip terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara itu.

”Skrip ini juga diolah semula mengikut kehendak mereka dan beberapa babak di Pulau Bidong, Terengganu terpaksa dipotong," katanya kepada mStar Online

Kata Yusof, selain itu, mereka turut berhadapan dengan masalah komunikasi apabila keseluruhan kru produksi di negara itu tidak boleh berbahasa Inggeris. 

Bagaimanapun, Yusof mengakui kagum, biarpun Vietnam dikenali sebagai negara dunia ketiga, namun, industri perfileman negara tersebut telah membangun seperti negara-negara Asia lain.

"Kami sukar untuk berinteraksi kerana mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, sebaliknya kami menggunakan bahasa isyarat dan terpaksa melakonkan semula bagi memberi penerangan kepada mereka.

"Walaupun negara Vietnam merupakan negara dunia ketiga, tetapi apa yang saya lihat industri filem mereka sudah maju dan semakin berkembang," katanya. 

Sementara itu, Yusof berkata, filem ini turut memaparkan aspek   perkongsian budaya dan penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Penggambaran yang mengambil masa selama dua minggu iaitu akhir tahun lalu itu telah dilakukan di Hanoi, Vietnam dan Pulau Bidong. 

Filem ini menampilkan pelakon popular seperti Adam (AF2), Han Dan, Luong Giang, Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Amanda (Indonesia), Datuk Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak.

Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei depan di seluruh pawagam tanah air. Mstar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments