Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jurufoto terkenal tanah air, Eddie Putera dalam Facebook beliau berkongsi tiga keping gambar yang menunjukkan tingkah laku seorang pramugari yang amat jarang dilihat di dalam sebuah pesawat yang dinaiki beliau.


Eddie yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Garuda Indonesia Airlines menceritakan pengalaman beliau memerhatikan seorang pramugari mengerjakan sembahyang ketika berada di udara.



"Don't judge a book by its cover"

Dalam Caption gambar yang dikongsikan Eddie, beliau bersoloroh mengatakan sengaja mengambil tempat duduk belakang berikutan peluang yang tinggi untu memikat pramugari yang lalu lalang dikawasan itu. Apapun, perkongsian gambar oleh beliau sememangnya membuka persepsi baru terhadap para pramugari yang sering tercalit dengan pandangan buruk ekoran pemakaian mereka yang agak mencolok mata. - TengokTVonline



SOSOK misteri yang didakwa hantu dirakam oleh kamera ketika sedang mengambil gambar seorang ibu yang sedang memangku anaknya di dalam sebuah kereta .

Dalam foto tersebut memperlihatkan seorang wanita yang tidak diketahui namanya ini sedang mendukung bayinya di dalam kereta . Namun , wanita itu seolah-olah ditemani oleh sosok yang diduga hantu di kerusi belakang dengan pose yang sama seperti wanita itu .

Foto yang mengejutkan ini mengundang pelbagai komen para pengguna internet . Banyak yang tidak percaya keaslian foto tersebut dan mengatakan bahawa gambar ini adalah hasil editan .

" Kami kebetulan memakai kereta ini pada hujung minggu dan memutuskan untuk mengambil gambar , namun hasilnya jadi sangat menakutkan , " keterangan pada foto hantu tersebut , seperti dilapor oleh Stomp , Selasa ( 6/5/2014 ) .

" Ada yang kata sosok wanita di kerusi belakang kelihatan sedang membawa bayi , meniru kami dan tersenyum pada kamera . Kami menyedari bahawa kereta ini telah melewati sebuah perkuburan sebelumnya di malam hari , " tambahnya

Sumber: okezone.com


GAMBAR menunjukkan persembahan lagak ngeri lapan ahli akrobat sebelum mereka jatuh.

Providence: Rangka sokongan yang runtuh ketika aksi lagak ngeri “gantung-rambut” dalam satu pertunjukan sarkas mengakibatkan lapan ahli akrobat jatuh.

Kelapan-lapan ahli akrobatik dan seorang penari di bawah, cedera teruk manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Kemalangan berlaku semalam ketika pertunjukan sudah berlangsung 45 minit.

Jurucakap syarikat sarkas itu, Stephen Payne berkata, kemalangan berlaku ketika aksi dilakukan oleh lapan ahli akrobat menggantung diri mereka untuk membentuk “candelier manusia” dengan menggantung diri menggunakan rambut mereka. 

“Rangka logam itu tercabut dari kekuda. Lapan wanita itu jatuh dari ketinggian 12 meter dan menghempap penari di bawah.





“Semua penghibur sering melakukan aksi sama sebelum ini,” kata Payne.

Menurutnya, persembahan seumpama itu dilakukan sejak Januari lalu.

Pesuruhjaya Keselamatan Awam Providence, Steven Pare berkata, penyiasat belum memutuskan punca kemalangan.

Dia berkata kecederaan yang dialami semua mangsa tidak mengancam nyawa.

“Semua orang dalam keadaan baik. Mereka berada di hospital dan dalam keadaan sedar,” kata pengurus persembahan Legends, Roman Garcia

Sebelas mangsa dengan pelbagai kecederaan dimasukkan ke Hospital Rhode Island di bandar itu, termasuk seorang yang cedera parah.

Aksi gantung-rambut disifatkan laman web sarkas itu sebagai “aksi lagak ngeri terhebat,” menampilkan ahli akrobatik wanita.

Laman web itu menyatakan “Persembahan ‘aksi rambut’ membentuk kombinasi koreografi termasuk berpusing, tergantung dari gelung dan berpusing ke bawah, tergantung dari ketinggian 10.6 meter di udara dengan rambut mereka saja.” - Reuters