Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kuil Kebenaran atau lebih dikenali sebagai Temple of Truth ialah sebuah kuil di Pattaya, Thailand. Kuil ini dibina menggunakan kayu dan diukir berdasarkan mitologi Buddha dan Hindu. Kuil setinggi 103 meter ini dibina dari idea seorang ahli perniagaan Thailand iaitu Lek Viriyafanta pada tahun 1981. Kuil ini masih lagi di dalam pembinaan kerana strukturnya yang begitu kompleks memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia dijangka akan siap pada tahun 2025.

























5 Zon Berahi Utama Wanita - Jika anda menghadapi kesukaran di dalam bilik tidur dan pasangan anda mengerang untuk semua sebab-sebab yang salah, tips ini akan dapat memandu anda ke arah yang betul.

Jika anda ingin mendapatkan erangan pasangan anda yang bukan berpura-pura, maka anda perlu melakukan sedikit kerja. Pertama, seorang lelaki boleh mencapai orgasme dalam masa 2 hingga 3 minit apabila dirangsang oleh pasangannya. Manakala seorang perempuan boleh mengambil masa sehingga 15 minit untuk mencapai klimaks.

Jika anda tahu fakta ini, bahawa anda tidak boleh terus bertahan lama melalui persetubuhan yang terus (anda akan tahu, jika anda melakukan itu, anda hanya melakukan hubungan seks, tetapi tidak berkasih sayang). Jadi, untuk mengatasinya, anda perlu merangsang badannya dengan foreplay terlebih dulu.

Sekarang, sebelum anda panik dan merasa pelik, semua ini boleh dilakukan dengan lidah dan tangan anda. Di jamin anda akan menjadi pencinta yang lebih baik di dalam bilik tidur dan anda benar-benar akan memberi pasangan anda orgasme selepas orgasme.
Terdapat 5 Zon Berahi Utama wanita:

Leher

Selain daripada dilihat seksi dan menarik, leher wanita mungkin merupakan salah satu kawasan yang paling sensitif di anggota badannya. Cium dengan lembut di kawasan ini dari bahunya ke bawah telinganya (pada masa yang sama urut dengan lidah anda sehingga ke tulang belakangnya). Terus lalukannya dan dia akan bernafas besar dalam tempoh masa yang singkat.

Cuping Telinga

Menghisap cuping telinga bukan untuk semua orang. Sesetengah wanita merasa seronok jika dilakukan tetapi yang lain tidak. Sementara anda berada di situ, anda boleh berbisik sesuatu benda yang manis di telinganya. Ini adalah satu cara yang berlainan asalkan dia suka, jika anda bosan dengan ciuman di bibir. Mengurut cuping telinga dengan jari anda dari semasa ke semasa boleh menjadi sangat menenangkan.

Puting

Setanding dengan lehernya kerana sensitif, puting wanita menjadi keras apabila dirangsang dengan lidah anda. Jangan lupa untuk melakukan di kedua-dua buah dadanya. Jika dia belum meraih kepala anda pada ke pangkuannya peringkat ini, maka anda melakukan dengan teknik yang salah.

Pusat

Pusat adalah satu lagi tempat yang perlu anda rangsang sebelum melakukan persetubuhan penuh. Mencium kawasan ini dengan bibir dan lidah anda, akan menyebabkan getaran yang akan bergetar melalui kawasan pembiakan dan mula merangsang ke tempat G-spotnya.

G-Spot
G-spot adalah anatomi wanita yang agak sukar untuk mencarinya. Adalah lebih baik bertanya kepada dia, jika dia telah menjumpai tempat G-Spotnya dan biarkan dia menunjukkan anda ke arah yang betul.Sebagai panduan umum, G-spot wanita terletak di atas bumbung faraj (iaitu bahagian yang paling dekat dengan perut beliau).

Ia mempunyai saiz dan bentuk duit syiling 5 sen dan boleh dijumpai kira-kira 4 inci.Tindakan berhati-hati perlu dilakukan ketika meransang kawasan ini dengan lidah atau jari anda kerana wanita boleh hilang kawalan. Jangan terkejut jika dia menekan muka anda untuk mendapat kepuasan yang maksimum.

Melakukan gabungan semua perkara diatas akan membuatkan pasangan anda merayu untuk mendapatkan lagi dan ini akan menjadikan anda seorang kekasih yang terbaik untuknya. Penguji kajian adalah kunci untuk mengetahui apa yang disukai pasangan anda kerana semua orang adalah berbeza.

Seperti yang anda boleh lihat, orgasme wanita melibatkan rangsangan seluruh badannya dan tidak semudah hanya melalui penembusan semata-mata. Ambil masa anda untuk menunjukkan rasa ambil berat anda dan perhatian kepada keperluannya, yang akan meletakkan anda di atas mana-mana pencinta lain, dan ini akan membuatkan dia sukar melarikan diri dari katil. – Kuat Batin


Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.

Thomas J. Bata, Anak kepada pengasas Bata yang mengembangkan jenama Bata ke seluruh dunia Sejarah. Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.

Kilang kasut Bata di Czech

Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.

Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.

Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.

Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.

Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.




Thomas J. Bata di kedai Bata Suria KLCC
Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.

Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.

Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.

Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.

Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.
Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif. Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik. Sumber









James-Wan
Filem seram The Conjuring yang ditayangkan di pawagam sejak awal bulan ini, bukan sahaja berjaya menimbulkan ‘kegemparan’ dalam kalangan peminat filem seram tempatan malah seluruh dunia.
Rata-rata yang telah menonton memberikan respon baik terhadap filem berdasarkan kisah benar ini.
Bagi rakyat Malaysia, kita turut berasa bangga memandangkan pengarah The Conjuring, James Wan, merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.
Begitu pun, The Conjuring bukan naskhah seram pertama hasil kerja pelajar lulusan sekolah perfileman Australia ini yang mendapat sambutan.
Bagi penggemar filem seram, James sudah lama dikenali selaku pengarah Saw (2004) , Saw III (2006), Dead Silence (2007) dan Insidious (2010).
Malah Insidious yang turut mendapat perhatian peminat filem seram bakal kembali dengan Insidious: Chapter 2 yang dijangka ditayangkan pada 2 September depan.
Mengakui tidak mudah untuk ‘menakutkan’ penonton pada hari ini, James menyatakan rahsia menjadikan filemnya berbeza adalah bermain dengan elemen lain termasuk membawakan perspektif berbeza dalam babak-babak yang dihidangkan.
Bagaimanapun selepas Insidious: Chapter 2, James membayangkan mungkin dia akan berehat daripada menghasilkan filem-filem seram.
Hal ini kerana dia mahu dikenali sebagai pengarah yang pelbagai dan tidak hanya tertutup dalam satu genre sahaja.
James pernah sekali menghasilkan filem aksi Death Sentence (2007) namun sambutannya tidak sebaik filem-filem seramnya.
Keputusannya ini juga diambil kerana James tidak mahu kembali dengan filem lebih kurang serupa tanpa kelainan baru.
Apa pun, keputusan mengarahkan filem di luar genre seram dilakukan James penuh gaya memandangkan dia kini sibuk dengan filem aksi popular berkaitan kereta laju, Fast & Furious 7.
Semoga James kembali mengulangi kejayaan The Conjuring sekaligus membuat Malaysia tumpang bangga menerusi filem yang dijangka menerjah pawagam, Julai tahun depan ini. 
Melly Goeslaw
Selain terkenal dengan kehebatan dalam mencipta lagu, penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslaw turut terlibat dalam pembikinan filem tidak lama lagi.
Sempat menemu bualnya pada majlis pengumuman barisan tenaga pengajar program Akedemi Fantasia 2013 baru-baru ini, Melly memberitahu selain baru tampil dengan album terbarunya yang menghimpunkan beberapa lagu ‘soundtrack’ dia juga sedang dalam persiapan dalam pembikinan filem.
“Sekarang saya juga agak sibuk dengan beberapa persiapan untuk filem terbitan saya sendiri di Indonsia.
“Filem yang akan saya hasilkan nanti adalah filem seram sebab saya memang penggemar filem genre seperti itu.
“Pelakon yang terlibat masih lagi dalam perbincangan kami. Setakat ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan kerana ia bakal menjadi kejutan buat peminat,” katanya. – Sinar Harian



Begitulah yang terjadi di Permatang Pauh, Pulau Pinang apabila sebuah kereta peronda polis dihimpit kereta yang dinaiki tiga penjenayah berketurunan India hingga hampir terbabas sewaktu mereka sedang menjalankan rondaan berhampiran Tol Juru.
Atas kecekapan pihak polis, kereta tersebut dapat dikesan, tiga orang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan.
Kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran PCL 8228 turut dirampas.
Syabas PDRM!
KINI kecoh di laman sosial Twitter apabila Cardiff City berjaya menewaskan kelab gergasi, Manchester City 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.
Tambah membanggakan Cardiff City apabila ini merupakan perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri selepas 51 tahun.
Itulah antara bualan utama di laman sosial Twitter semalam setelah Cardiff City berjaya membuat kemenangan mengejut di tempat mereka.


Namun, bukan itu sahaja.
Tuan empunya kelab yang juga hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut menjadi bahan bualan apabila rata-rata peminat bola sepak serta pelayar Twitter ‘memperkatakan’ gaya fesyen beliau.
Sukar hendak dikatakan sama ada gaya fesyen tersebut satu bahan jenaka atau ‘outdated’.
Atau mungkin selepas ini fesyen tersebut akan menjadi pilihan peminat bola sepak pada masa akan datang?
Semalam, Vincent Tan tampil di khalayak umum dengan berpakaian ‘shirt-business’.
Bercermin mata hitam dan seluar panjang yang diangkat hingga ke pusat, fesyen tersebut mungkin boleh mencetuskan era baru dunia fesyen.
Vincent Tan yang membeli Cardiff City pada 2012 telah membuat keputusan untuk melakukan rombakan secara drastik terhadap pasukan tersebut apabila dia memilih untuk menukar warna jersey serta logo pasukan berkenaan.
Diperkosa Bapa Tiri
Buenos Aires – Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.
Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.
“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.
Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.
Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.
“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.
Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.
Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. – Agensi
Elfira Loy
Mula berjinak-jinak dalam industri hiburan tempatan seawal umur 15 bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon kecil cilik ini. Elfira Loy yang kini sudah pun berusia 19 tahun sedikit demi sedikit mengikir nama diatas puncak kerjayanya.
Namun, pelakon yang mula popular dengan drama Qalesya yang disiarkan pada tahun 2009 dan 2010 dikatakan telah mula berubah sedikit demi sedikit. Biasalah, setiap orang akan berubah. Apatah lagi Elfira mula yang berlakon dari usia remaja dan kini sudah mula meningkat dewasa.
Menurut sebuah artikel dari Utusan semalam, Elfira kini tidak lagi seperti waktu dia mula-mula bertapak dalam dunia seni. Jika dulu, dia pernah berjanji untuk tidak lupa diri. Namun kini, menerusi laporan yang sama, pelakon ini kelihatan sudah lupa dengan janjinya dahulu.
Al-kisahnya, Elfira yang dulunya peramah telah berubah sikap apabila seorang wartawan yang juga dikenalinya hanya dibuat tak endah sahaja ketika mereka bertemu. Paling menyedihkan apabila orang yang Elfira tidak endahkan itu pula adalah orang yang dahulunya banyak membantu untuk Elfira meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.
Hah itulah manusia. Habis madu sepah dibuang. Takkan pula nak jadi macam artis luar negara seperti Justin Bieber, Miley Cyrus dan juga Amanda Bynes? Siapa yang tidak kenal ketiga mereka ini? Ketika usia remaja, semuanya mendapat perhatian dengan gelagat mereka yang sentiasa bagus. Namun kini, apa sudah jadi?
Agaknya itulah, apabila usia sudah mula meningkat dewasa, mulalah cepat terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling.
Nasihat OHBULAN!, tidak semua orang sempurna. Tapi bila sudah berjanji, tunaikan. Dan jangan sesekali melupakan orang yang pernah membantu menaikkan nama anda dahulu. Walaupun sedikit, ia tetap jasa yang harus dikenang.
Tapi apa pun, janganlah kita menilai terus seseorang itu selepas membaca sesuatu seperti ini. Kita tidak tahu, mungkin dia terlalu penat ketika itu atau mungkin Elfira sendiri tidak perasaan sekelilingnya pada ketika itu kan? - Ohbulan
Sawan
Kuching – Hasrat seorang gadis untuk bertemu bapanya di bandar raya ini tidak kesampaian apabila dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Jalan Keretapi di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nurul Faizura Syahira Mohammad, 19, dari Kampung Sambir, Asajaya, dekat sini, terjatuh dari balkoni rumah sewa bapanya selepas diserang sawan secara tiba-tiba.
Akibat kejadian itu dia parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 6 petang.
Bapa mangsa, Mohammad Dan, 49, yang juga pengawal keselamatan berkata, anak kedua daripada empat beradik itu datang ke bandar raya ini bersama bapa saudaranya Sabtu lalu semata-mata untuk bertemunya kerana kali terakhir berjumpa pada Aidilfitri lalu.
Katanya, Nurul Faizura Syahira ada menghubunginya sebaik tiba di rumah sewanya dan dia mengarahkan anak gadisnya itu naik ke rumah terlebih dulu kerana dia masih bekerja. – HARIAN METRO
 



Kebelakangan ini, ramai yang telah menggunakan telefon pintar atau smartphone. Tapi ramai yang mengeluh kerana dikatakan bateri telefon ini cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu anda memanjangkan kuasa bateri telefon pintar anda.

1. Paparan Skrin

Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.

 2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.

OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.

3. Skrin Ke Paparan Standby

Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.

4. Sambungan (Connectivity)

Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.

5. Aplikasi

Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.

6. Kemaskini

Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.

7. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
 
8. Pengecas Telefon

Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam. Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.

9. Vibrate/Getaran

Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).

10. Common Sense

Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.
kereta baru, perodua, berita, rawang, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd

Rawang - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mengeluarkan model kereta terbaru pada harga paling murah di pasaran tempatan, tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kereta yang bakal ditawarkan itu juga lebih efisien dengan dilengkapkan ciri keselamatan. “Strategi syarikat untuk mengekalkan kereta paling murah pada 2014 akan diperlihatkan menerusi model terbarunya dengan mutu lebih baik.

 “Dengan itu, pengguna dapat memiliki kereta mampu dimiliki dengan ciri yang makin canggih dan aspek keselamatan yang dapat diperkukuhkan pada masa depan,” katanya berucap pada majlis sambutan Gala Raya PERODUA sempena ulang tahun ke-20 syarikat kereta nasional kedua itu di ibu pejabat PERODUA, Sungai Choh, semalam. Faedah kepada rakyat Pada majlis sama, Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Coffee Table Book 20 PERODUA, selain menerima penyerahan kunci kereta model Alza untuk 1M4U. 

Turut hadir Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan; Presiden Daihatsu Motors Company Japan, Masanori Mitsui; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh dan Presiden PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd, Yasumitsu Morita. Perdana Menteri berkata, strategi syarikat itu selanjutnya adalah untuk membekalkan kereta kompak bermutu ke pasaran yang dijangka dapat menjadikan PERODUA lebih berdaya saing. 

Beliau memuji langkah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menurunkan kos kereta secara beransur-ansur kerana tindakan sukarela ini memberi faedah kepada rakyat. Pelaburan RM1.3 bilion Najib berkata, keadaan pasaran yang makin berdaya saing dan dasar liberalisasi di negara ASEAN dan global, syarikat automotif perlu mengkaji struktur kos dan model perniagaan supaya kekal efisien. “Ini dilakukan PERODUA, terutama dengan terbinanya kilang baru membabitkan pelaburan RM1.3 bilion yang menampilkan tahap kecanggihan tinggi daripada kilang sedia ada, sekali gus menghasilkan model kereta baru yang lebih berdaya saing menggunakan teknologi canggih. 

“Dalam tempoh 20 tahun PERODUA berkembang pesat menjadi jenama diiktiraf dan popular di kalangan rakyat, malah jenama ini berpotensi besar bukan saja di dalam tetapi luar negara kerana produk ditawarkan praktikal dan mampu dimiliki sebahagian besar rakyat, termasuk di rantau ini,” katanya. Sumber : Bharian Online
Rabecca Nur Al-Islam,Erma Fatima, artis, hiburan, gosip

Kuala Lumpur - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah Erma Fatima kerana mendakwa syarikat produksi itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan pengarah terbabit, tahun lalu. Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, semalam melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners. 

Drama Dejavu Di Kinabalu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias. Sumber : mediapopular.blogspot.com 

Filem 3D, hiburan, Malaysia,

The Hunter merupakan filam 3D pertama Malaysia dan mungkin juga pertama di Asia Tenggara. Namun semasa menonton trailers filem ini, kami terperanjat melihat satu adegan panas. Pelakon Wanita adalah Tavani Hu dan pelakon lelaki adalah Isaac Ong.Adegan panas seperti ini mungkin akan ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Jadi kita di Malaysia tidak dapat melihatnya di panggung wayang kelak. Walaubagaimanapun, tonton teaser trailer ini dulu.



Gan Lulu,  Fesyen, china, pelik

Dia terkenal kerana ibunya dan kini dia sering menjadi perhatian dan jemputan orang ramai tetapi dia suka tampil dengan fesyen yang adalah WTF.

Agaknya, dia nih dah ketandusan idea kot..

Gan Lulu,  Fesyen, china, pelik
Gan Lulu,  Fesyen, china, pelik

Gan Lulu,  Fesyen, china, pelik

Gan Lulu,  Fesyen, china, pelik