DARWIN – Buaya sepanjang 4.8 meter membaham perenang berusia 26 tahun di sungai terkenal di Australia sambil orang ramai meraikan hari lahir rakan mereka, kata polis.
Mangsa dan seorang lagi lelaki sedang berenang di Sungai Mary dan berpatah balik apabila buaya itu menyerang.
“Beberapa orang dalam kumpulan ketika majlis hari lahir berkenaan menjadi saksi mangsa dibaham reptilia terbabit selama beberapa ketika dan kemudiannya hilang dari pandangan,” katanya. – AP
No comments
Post a Comment