Mula berjinak-jinak dalam industri hiburan tempatan seawal umur 15 bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon kecil cilik ini. Elfira Loy yang kini sudah pun berusia 19 tahun sedikit demi sedikit mengikir nama diatas puncak kerjayanya.
Namun, pelakon yang mula popular dengan drama Qalesya yang disiarkan pada tahun 2009 dan 2010 dikatakan telah mula berubah sedikit demi sedikit. Biasalah, setiap orang akan berubah. Apatah lagi Elfira mula yang berlakon dari usia remaja dan kini sudah mula meningkat dewasa.
Menurut sebuah artikel dari Utusan semalam, Elfira kini tidak lagi seperti waktu dia mula-mula bertapak dalam dunia seni. Jika dulu, dia pernah berjanji untuk tidak lupa diri. Namun kini, menerusi laporan yang sama, pelakon ini kelihatan sudah lupa dengan janjinya dahulu.
Al-kisahnya, Elfira yang dulunya peramah telah berubah sikap apabila seorang wartawan yang juga dikenalinya hanya dibuat tak endah sahaja ketika mereka bertemu. Paling menyedihkan apabila orang yang Elfira tidak endahkan itu pula adalah orang yang dahulunya banyak membantu untuk Elfira meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.
Hah itulah manusia. Habis madu sepah dibuang. Takkan pula nak jadi macam artis luar negara seperti Justin Bieber, Miley Cyrus dan juga Amanda Bynes? Siapa yang tidak kenal ketiga mereka ini? Ketika usia remaja, semuanya mendapat perhatian dengan gelagat mereka yang sentiasa bagus. Namun kini, apa sudah jadi?
Agaknya itulah, apabila usia sudah mula meningkat dewasa, mulalah cepat terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling.
Nasihat OHBULAN!, tidak semua orang sempurna. Tapi bila sudah berjanji, tunaikan. Dan jangan sesekali melupakan orang yang pernah membantu menaikkan nama anda dahulu. Walaupun sedikit, ia tetap jasa yang harus dikenang.
Tapi apa pun, janganlah kita menilai terus seseorang itu selepas membaca sesuatu seperti ini. Kita tidak tahu, mungkin dia terlalu penat ketika itu atau mungkin Elfira sendiri tidak perasaan sekelilingnya pada ketika itu kan? - Ohbulan
No comments
Post a Comment