Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

 
Beberapa Artis wanita indonesia ini pernah mengalami insiden yang cukup memalukan yakni dipegang payudaranya oleh pria iseng di depan publik.Berikut daftar artis-artis wanita indonesia yang pernah mengalami insiden memalukan itu :
1.Rahma Azhari


Beberapa tahun lalu, foto Rahma Azhari pernah bikin heboh. Sebabnya, dalam foto tersebut Rahma terlihat dipangku oleh seorang pria. Bahkan pria tersebut terlihat sengaja memegang payudara Rahma.
2. Nikita Mizarni



Nikita Mirzani pernah berpose nakal dengan Daus Mini. Nikita yang memakai tank top ungu tampak menggiring tangan Daus ke arah dadanya.


Kali ini dalam foto yang lebih vulgar. Dalam foto tersebut, Niki tampak tak mengenakan sehelai benang pun. Seorang pria dari belakang tampak memegang dada Nikita dengan bebas.
 3. Dewi Persik


 
Foto Depe sedang berpose beberapa tahun lalu juga sempat menjadi buah bibir. Pasalnya, foto tersebut menampakkan foto payudara pelantun 'Diam-diam' itu dipegang oleh seseorang.

Sementara kejadian tak mengenakkan serupa juga pernah dialaminya saat melakoni wawancara dengan media hiburan. Tiba-tiba pemuda tak dikenal menyentuh payudara janda Saipul Jamil itu. Sontak Depe pun memberi bogeman mentah kepada pemuda tersebut.

4.Julia Perez



Saat masih menjadi istri Demian Perez, Jupe sempat merayakan hari ulang tahunnya. Jupe yang terlihat memakai bra hitam lantas kaget sang suami membetulkan bra-nya di depan umum.
Shaifuddin Wira.. Selamatkan Warga Emas

SEORANG remaja berusia 21 tahun menjadi wira dalam kejadian kebakaran Flat Kg Kerinchi hari ini apabila membawa turun seorang warga emas yang berkerusi roda menuruni tangga dari tingkat 14.

Rumah pangsa setinggi 17 tingkat berkenaan terbakar di tingkat paling atas dan turut merebak ke tingkat 16 mengkibatkan beberapa keluarga hilang tempat tinggal.

Shaifuddin Osman, 21 tahun, yang turut mendiami rumah pangsa itu bergegas naik ke tingkat 14 selepas mendapat tahu ada seorang warga emas keseorangan di tingkat itu ekoran anak menantunya terlupa untuk menyelamatkannya kerana panik.

Menurut remaja itu, dia bersama dua lagi rakan membantu mengangkat wanita itu Saodah Che Mat, 74 tahun (Gambar paling bawah), yang lumpuh akibat serangan angin ahmar enam tahun lalu.

Beliau yang agak emosi kemudian berkata, pihak bomba yang bertembung dengannya dalam perjalanan turun di dua tingkat berbeza enggan membantu beliau sebaliknya hanya memerhatikan sahaja mereka membawa turun warga emas itu.

“Saya dari tingkat 14, sampai di tingkat 12 bomba hanya lihat sahaja.. kemudian sampai di tingkat lapan.. bomba pun lihat sahaja.. Apabila tiba di tingkat empat barulah anggota bomba ingin membantu.

“Saya berasa sedih sangat, alang-alang dah sampai ke tingkat empat, kami terus sahaja membawa makcik turun ke bawah,” katanya berlinangan air mata.

Sementara itu, anak Saodah, Nor Hayati Ismail, 57 tahun pula berkata beliau menyedari kebakaran berlaku sebaik selesai menunaikan Solat Fardhu Asar di rumahnya.

“Saya baru selesai Solat Asar, lepas tu dengar bunyi bising.. Ingatkan ada orang nak terjun flat.. rupa-rupanya ada kebakaran.. Makcik pun terus turun.. tiba-tiba terlupa mak mertua ada di atas tinggal seorang,” katanya kepada wartawan.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 5.30 petang tadi, melibatkan enam unit rumah pangsa di tingkat 17 manakala unit di tingkat 16 turut terlibat.

Rumah Pengerusi Badan Pengurusan Bersama flat itu Zamri Mohamad Tenang, 58 tahun turut musnah di tingkat 16 dan semua dokumen penting hangus terbakar.
“Kebakaran dipercayai berlaku akibat penghuni rumah di tingkat 17 memasak di dalam bilik, mereka menduduki rumah itu ramai, jadi masak dalam bilik,” kata Zamri kepada mynewshub.my.

Tiada kecederaan atau pun mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
Turut hadir meninjau keadaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. – mynewshub.my

Permainan Monopoli Gergasi Bawah Karpet

Hampir setiap rumah biasanya mempunyai set permainan dalam seperti dam dan monopoli.
Permainan sebegini didatangkan dalam kotak dan boleh dibawa ke mana-mana. Bila sudah habis bermain, ia disimpan dalam laci.

Bagaimanapun, seorang lelaki Britain terperanjat besar apabila menemui permainan monopoli ‘gergasi’ di lantai rumahnya.

Permainan itu disedari telah dicat sejak sekian lama hanya setelah dia menggulung karpet di lantai rumah dan mungkin dilakukan penghuni rumah terdahulu.

Meskipun memakan ruang, permainan Monopoli tersebut kelihatan lengkap untuk dimainkan termasuk mempunyai kotak ‘mula’, ‘income tax’ dan ‘masuk penjara’.

Agaknya, penghuni sebelum lelaki tersebut menghasilkan permainan gergasi ini supaya senang untuk bermain ramai-ramai bila kawan-kawan datang lepak di rumah kot

Sumber: Reddit.com
w4



Seorang wanita di San Diego, California disaman pihak polis kerana didapati memakai Google Glass ketika memandu.

Cecilia Abadie yang merupakan salah seorang peserta bagi kempen Google Glass explorer, disaman Selasa lalu.

Dia kemudiannya menghebahkan perkara tersebut di akaun Google Plus.
Kata Cecilia, dia disaman atas kesalahan “memandu sambil menghidupkan monitor alatan elektronik yang boleh mengganggu perhatian”.

‘Monitor’ dimaksudkan merujuk kepada monitor kecil di Google Glass yang dipakai oleh Cecilia. Dalam undang-udang jalan raya di California, pemandu kenderaan dilarang menghidupkan monitor peranti elektronik kerana dikhuatiri mengganggu perhatian pemandu sekaligus menjadi punca kemalangan.

Bagaimanapun, Alat GPS dan peranti untuk navigasi dikecualikan daripada undang-undang tersebut begitu juga telefon pintar yang memaparkan peta dengan syarat ia diletakkan secara bebas tangan di papan pemuka kereta dan bukannya di tangan pemandu.
Google Glass merupakan peranti elektonik berupa cermin mata yang kini diusahakan oleh Google.

Buat masa ini, kempen Explorer Edition hanya dijual kepada segelintir peserta yang terpilih di Amerika Syarikat pada harga AS$1,500. Peranti ini kemungkinan besar akan dilancarkan di pasaran menjelang tahun 2014.

Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Jika benar hanya hanya 10 hingga 15 peratus daripada 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan dari Januari hingga September lalu dilakukan oleh warga asing, ia menunjukkan bahawa segelintir rakyat Malaysia bersikap agresif, ganas dan kejam.

Justeru Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menyifatkan pendedahan oleh seorang pemimpin negara itu bukan sesuatu yang harus melegakan rakyat negara ini sebaliknya satu fakta yang menggerunkan.

“Dengan jumlah 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan sepanjang Januari hingga September 2013 ia adalah angka yang menggerunkan sesiapa sahaja.

“Ia juga bererti rakyat tempatan lebih agresif, ganas dan kejam berbanding warga asing. Warga tempatan perlu lebih berhati-hati, gusar dan gerun dengan ‘saudara’ mereka sendiri kerana penjenayah sebenar majoritinya adalah warga tempatan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi mendakwa, pendedahan itu jika benar mungkin membawa makna ada sesuatu yang tidak kena dengan aspek penguatkuasaan undang-undang negara ini.

Ia kerana terdapat segelintir rakyat sudah tidak gentar dengan sebarang hukuman atau undang-undang yang ditetapkan dan mereka rela ditembak mati, diburu atau ditangkap kerana aksi jenayah mereka.

Justeru, katanya, semua pihak perlu berganding bahu memberikan pandangan, input dan buah fikiran agar jenayah dijadikan musuh nombor satu negara.
Kata beliau, langkah itu boleh bermula daripada sistem pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, pencegahan, kempen kesedaran serta kajian dan perbincangan.

Selain itu, katanya, faktor kesempitan hidup, penyakit jiwa, kemurungan, kurang pendidikan agama, konflik keluarga dan pergaulan bebas antara perkara yang perlu diambil kira dalam usaha menangani jenayah di Malaysia.

“Selain sasaran menjadi negara maju, negara yang bebas jenayah perlu dijadikan agenda utama. Tidak ada gunanya negara melangkah era kemodenan penyumbang terbesar kadar jenayah,” dakwanya lagi. – mynewshub.my



Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.
Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.
Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka? 







SEORANG jurutera perisian di wilayah Chennai, India membunuh dirinya selepas bertengkar dengan isteri barunya ekoran beberapa gambar perkahwinan mereka yang dimuatnaik ke laman Facebook.

Menurut sumber Younews.in, Chandan Kumar berusia 29 tahun dari daerah Jharkand dan isterinya Sandhya dari Chennai berkahwin di sebuah gereja di Chennai baru-baru ini walaupun ia ditentang keras oleh keluarga Chandan.

Sandhya beragama Kristian manakala Chandan berasal dari sebuah keluarga penganut Hindu menentang perkahwinan itu kerana perbezaan agama mereka.
Akhirnya Chandan mengambil keputusan membelakangkan keluarganya dan berkahwin di gereja dengan restu daripada keluarga Sandhya.

Selepas perkahwinan itu, Sandhya memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook dan menandakan (tag) nama Chandan sehingga ia diketahui sepupu lelaki itu yang kemudian memberitahu keluarganya.

Keluarga Chandan segera menghubunginya dan meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak puas hati ekoran gambar-gambar berkenaan dan mahu ia dipadam segera dari laman sosial itu.

Bagaimanapun isterinya tidak bersetuju untuk membuang semua gambar berkenaan.
Pada Sabtu lepas, mereka berdua bertengkar dan tidur di bilik berbeza. Pada keesokannya, Chandan didapati tidak keluar daripada biliknya. Ketika pintu bilik dibuka, Sandhya mendapati Chandan telah mati dalam keadaan tergantung bersama sekeping nota bunuh diri.

Dalam nota berkenaan, Chandan berkata yang dia masih sayangkan isterinya tetapi kecewa kerana isterinya enggan membuang gambar berkenaan keluar dari Facebook dan dia mengambil keputusan mengakhiri riwayat hidupnya.
Sumber : Younews.in



Biasanya setiap kali membeli barang baru, kita pasti dapat hidu bau tertentu. Tapi bagi yang membeli komputer riba Ultrabook Dell Latitute 6430u baru, bau yang akan terhidu adalah kencing kucing!

Perkara ini bukan satu lawak apatah lagi cubaan untuk menjatuhkan syarikat pengeluarnya, Dell, kerana ia berdasarkan banyak aduan yang difailkan pembeli gajet ini.

Malah aduan dipercayai bermula di forum Dell sendiri, apabila wakil syarikat ini memberikan cadangan supaya pembeli membuka papan kekunci dan mencucinya.
Pengguna lain kemudiannya tampil dengan masalah sama. Kebanyakan mereka tidak menyangka ia benar-benar berbau demikian dari kilang hingga ada yang tersilap menyalahkan kucing milik mereka.

Ada yang merungut, mereka berasa malu membawa komputer riba tersebut ketika bertemu pelanggan kerana baunya. Malah bau tersebut dikatakan tidak hilang meskipun telah dicuci.
Bagaimanapun, pembeli Ultrabook boleh menarik nafas lega kerana bau tersebut bukanlah betul-betul kencing kucing.

Menurut agensi berita BBC, bau tersebut terhasil ketika proses pembuatan komputer riba berkenaan.

Dell pula memberi jaminan, pelanggan yang menghadapi masalah ini boleh memulangkan Ultrabook Dell Latitute 6430u kembali untuk menggantikan bahagian yang berbau.




Aiman Hakim Bengang Dituduh Tak Berdisiplin
NAMA Aiman Hakim Ridza, 24, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanahair.

Mula meningkat naik sewaktu drama bersiri Vanila Coklat yang dilakonkan bersama pelakon Izara Aishah disiarkan di kaca televisyen, dia kini terus melangkah jauh menerajui pelbagai lagi drama bersiri lain.

Terbaru, namanya sedikit tercalar apabila ada suara sumbang di luar sana yang mengaitkannya dengan masalah disiplin ketika bekerja dengan sebuah produksi.
Kecewa dengan tuduhan itu, Aiman memberi penjelasan mengenai perkara itu melalui Harian Metro.

“Selama ini saya tiada masalah bekerja dengan mana-mana produser dan pengarah, apatah lagi lakonan adalah sumber pendapatan.

“Saya sedih apabila ada pihak menuduh saya secara melulu, sepatutnya mereka dengar daripada saya juga apa sebenarnya yang terjadi. Cerita yang disebarkan secara sampai menyampai itu daripada seinci boleh jadi sedepa panjangnya dengan tokok tambah.

“Namun cubalah fikir, adakah logik selepas penggambaran bermula sejak 8 pagi dan selesai jam 6 pagi keesokannya, produksi mahu saya datang semula ke lokasi jam 11 pagi hari yang sama. Saya bukanlah mesin dan perlu berehat. Lokasi pula jauh yang mengambil masa hampir sejam perjalanan dari Kuala Lumpur.

“Jadi kepada mereka di luar sana yang tak tahu apa-apa mengenai kerja produksi, jangan terus menjatuh­kan hukuman ke atas saya dan janganlah hentam saya sesuka hati!” tegasnya.

Ada benarnya kata-kata Aiman itu. Iyalah, mana ada manusia yang sempurna. Kalau setakat silap sikit, tak perlulah dicanang dan ditokok-tambah melampau-lampau.
Sabarlah Aiman. Kalau tiada dugaan, tiadalah pengalaman.



36 Hari Sikat Rambut, Berbual Dengan Mayat Isteri
Kematian orang yang dikasihi memang sukar diterima. Bagaimanapun seorang suami di Kajang mengharungi detik sedih dalam kehidupannya dengan cara yang tidak masuk akal.

Seolah-olah menolak realiti lelaki ini terus membiarkan mayat isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia di rumah tanpa memberitahu sesiapa tentang kematian tersebut apatah lagi melakukan upacara pengebumian.

Selama 36 hari sebelum kelakuannya ini terbongkar, Wong Tuck Wei, 40, mendudukkan mayat si isteri, Lim Ah Tee, 42, di kerusi menghadap tingkap di bilik mereka dan menyikat rambutnya serta berbual dengan mendiang setiap hari, seperti biasa.

Kematian ini langsung tidak disedari anak tunggal pasangan berkenaan kerana bapanya memberi alasan ibunya sakit dan perlu berehat di bilik tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana.

Segalanya hanya terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung ke kediaman tersebut dan terkejut dengan perkara ini lalu menasihatkan Tuck Wei melaporkannya kepada polis.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab,Tuck Wei membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.

Apa yang menghairankan pihak polis ujarnya, tiada ulat langsung yang hinggap di badan mayat kecuali seekor kumbang.

Mayat dilaporkan sudah mereput dengan daging tertanggal daripada kulit hingga tinggal tengorak.

“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” kata Ab Rashid.
Sumber: BERITA HARIAN ONLINE




HYDERABAD – Sekurang-kurangnya 44 terbunuh semalam bas yang mereka naiki dan dipandu laju meletup lalu terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di lebuh raya di selatan India, kata polis. Hanya lima penumpang termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri.

Tragedi berlaku selepas bas terbabit merempuh kawasan yang sedang dibaik pulih di lebuh raya antara bandar raya Bangalore dan Hyderabad, sebelum tertusuk tangki minyak, kata jurucakap polis tempatan, Venkateshwarlu.

“Bilangan penumpang yang terbunuh adalah 44 orang termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap.

Daripada 49 orang di dalam bas, lima termasuk pemandu dan pencuci bas, memecahkan tingkap dan menyelamatkan diri sebelum api marak, menyebabkan yang lain terkorban.

“Pemandu dan pencuci cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan kini ditahan untuk disoal siasat,” kata Venkateshwarlu, sambil menambah tiga lagi mangsa yang terselamat dimasukkan ke hospital.

Laporan media menyebut kebanyakan penumpang tidur ketika bas terbakar kira-kira 140 kilometer ke tenggara bandar raya Hyderabad, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Kebanyakan mangsa tidak dapat dikenali kerana rentung.
Kira-kira 140,000 maut dalam kemalangan jalan raya di India pada 2012, menurut Biro Catatan Jenayah Kebangsaan.

Keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan dipandu laju dan kaedah pemanduan tidak berhati-hati menjadi antara faktor penyumbang dan kemalangan bas dengan angka kematian lebih ramai bukan asing di negara itu.
Mei lalu, sekurang-kurangnya 33 maut apabila bas terlebih muatan tergelincir dan terjunam ke dalam sungai di negeri Himachal Pradesh. – AGENSI





SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA



Dari berita yg dibaca, adik beradik memang penagih heroin dan mereka mencuba dadahKrokodil yg berasal dari russia ni dlm setahun lebih yg lalu sebab harga dadah ni 10 ganda lebih murah dari heroin dan lebih stimm dari heroin..dlm masa sebulan baru nampak efek kata mereka..sampai laa ke hari ni dan inilah gambar terbaru mereka..

Mereka pada mulanya tidak tahu dadah yg mereka hisap tu Krokodil,iaitu campuran dari kodien dan bahan toxic seperti gasoline dan gas lighter,selang seminggu mereka mula sakit perut dan tak sampai sebulan si kakak terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana sakit yg melampau..

Krokodil diambil nama sempena nama buaya di russia sebab kesan dadah ni menyebabkan kulit penagih jadi keras yg mengerutu dan bersopak sopak mcm kulit buaya tu.




KITA sering terdengar akan pihak yang mendakwa telefon Nokia sebagai telefon yang “tidak boleh dimusnahkan”, nampaknya segalanya mungkin akan berubah.

Seorang penjaga stesen minyak di Florida, AS telah ditembak oleh perompak semalam didapati masih lagi hidup apabila peluru yang ditembak oleh perompak tersebut telah dihentikan oleh telefon pintar, HTC EVO 3D yang disimpan di poket hadapan beliau.

Penjaga stesen minyak tersebut bersama seorang lagi pekerja didatangi perompak yang mengarahkan mereka supaya membuka peti keselamatan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai akses kepada peti tersebut. Dengan penuh kecewa, perompak tersebut bertindak dengan menembak mangsa. Tembakan tersebut terkena pada dada mangsa namun peluru tersebut dihentikan oleh telefon pintar HTC yang mempunyai ketebalan 12mm tersebut.

Menurut pihak polis, mangsa langsung tidak perasan bahawa beliau telah ditembak hingga beliau mengeluarkan telefon tersebut dari poket beliau.

Setelah melihat laporan berkenaan dengan perkara tersebut, HTC telah menghubungi mangsa selain menghantar ‘pakej saguhati’ berupa peranti THC One serta aksesori tambahan untuk telefon pintar baru beliau.




Bocor Rahsia Pesakit Jumpa Doktor Psikiatri, Pusat Perubatan UKM Kena Bayar RM400K
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Rabu memerintahkan pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiga yang lain membayar ganti rugi sejumlah RM400,000 kepada seorang pesakit kerana melanggar kerahsiaan dan memfitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas mahkamah berpuas hati bahawa plaintif, Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi, berjaya membuktikan kesnya terhadap empat defendan itu.

Mohd Zairi, 36, merupakan pesakit di Klinik Psikiatri PPUKM, memfailkan saman itu tahun lepas menamakan pengarah PPUKM; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menguruskan dan mengendalikan operasi PPUKM; Khairulnizam Nordin dan Zulkefli Mohd Rusly sebagai defendan selepas rekod perubatannya didedahkan kepada pihak ketiga.

Mohd Zairi, yang merupakan ketua komuniti di kawasan kejiranannya dan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah di Kg Muhibbah 2 di Puchong, memfailkan saman melanggar kerahsiaan dan memfitnah.

Vazeer dalam keputusannya memerintahkan pengarah PPUKM dan UKM membayar sejumlah RM200,000 bagi melanggar kerahsiaan manakala dua lagi defendan diarah membayar sejumlah RM200,000 bagi memfitnah.

Beliau juga memerintahkan kesemua defendan membayar sejumlah RM25,000 sebagai kos perundangan kepada plaintif.

Dalam penghakiman ringkasnya, Vazeer berkata apa yang jelas ialah nama baik plaintif telah tercemar berikutan pelanggaran kerahsiaan oleh kedua-dua defendan dan beliau dapat memahami bahaya yang ditimbulkan terhadap plaintif.

Beliau berkata di sisi undang-undang, pengarah PPUKM dan UKM bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan maklumat perubatan pesakit dilindungi dan tidak disebarkan sewenang-wenangnya.

Vazeer menegaskan profesional perubatan dan hospital perlu menjaga rahsia pesakit dengan serius, jika tidak kepercayaan orang ramai terhadap profesion perubatan dalam menyimpan rahsia maklumat pesakit akan hilang.

“Perlu ada pemeriksaan ketat dalam sistem untuk memastikan pihak tidak bertanggungjawab tidak mempunyai akses kepada sistem itu atau orang yang mempunyai akses kepada sistem itu tidak menyalahgunakannya,” katanya.

Katanya satu lagi perkara yang mengusarkan dalam kes ini ialah kegagalan pengarah PPUKM menyiasat aduan plaintif apabila beliau membuat laporan.

Vazeer berkata pengarah dilihat tidak mengambil serius aduan itu untuk mengarahkan siasatan segera dilakukan untuk menyiasat bagaimana dokumen dicetak daripada sistem dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya.

“Pelanggaran seumpama itu perlu disiasat segera,” katanya.
Beliau berkata plaintif juga telah digelar ‘orang gila’ oleh penduduk di kejiranannya.

“Saya sendiri dapat merasai kepedihan dan penderitaan emosinya semasa memberikan keterangan di mahkamah. Masyarakat kita masih belum dapat menerima hakikat bahawa seseorang yang berjumpa pakar psikiatri hanya berupa perjumpaan dengan profesional perubatan. Terdapat terlalu banyak prejudis terhadap sesiapa yang mendapatkan rawatan psikiatri,” katanya.

Vazeer berkata plaintif dalam keterangannya berkata beliau menghidapi kemurungan teruk dan sebab itu beliau mendapatkan rawatan di PPUKM dan beliau amat kecewa kerana kepercayaan yang diberikan kepada PPUKM untuk merahsiakan rekod perubatannya telah dilanggar oleh dua defendan itu.

Beliau berkata dalam perbicaraan pada 23 April tahun lepas, saksi kedua plaintif berkata beliau nampak dua defendan (Khairulnizam dan Zulkefli)mengedarkan salinan dokumen mengandungi butiran peribadi dan rekod perubatan rawatan plaintif di PPUKM kepada penduduk Kg Muhibbah dan plaintif sendiri turut menerima salinan dokumen itu.

Vazeer berkata ini jelas menunjukkan cubaan mereka (Khairulnizam dan Zulkefli) untuk mencemarkan nama baik plaintif.

Beliau berkata dokumen itu merupakan cetakan komputer dengan tajuk “Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Maklumat Pesakit” dan mengandungi maklumat mengenai tarikh temujanji plaintif di Klinik Psikiatri serta jenis ubat yang diberi kepadanya. – BERNAMA
*gambar hiasan.
Mohd Shukri Dahlan

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. - Bernama
Gary lamar Ji Hyo
TERKENAL dengan jolokan ‘Monday Couple’ dalam program Running Man, Gary dan Song Ji Hyo, terus membuatkan peminat mereka menjerit kegembiraan.

Dalam episod terbaru, Gary dan Ji Hyo perlu membuka helmet menggunakan kunci dan Haha secara spontan telah mengusik Ji Hyo dengan menyuruh mereka berkahwin jika Ji Hyo dan Gary berhasil membuka helmet tersebut.

Namun sebaik Ji Hyo berjaya membuka helmet Gary, Gary secara spontan mengajak Ji Hyo ke gedung perkahwinan dan mengharapkan rakaman episod tersebut dapat diselesaikan segera.

Beberapa peminat yang sudah menonton rakaman berkenaan mengharapkan Gary benar-benar berkahwin dengan Ji Hyo, apatah lagi peserta tunggal wanita dalam program itu dikatakan sudah kembali single.
Jonas Brothers mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka dan mengakui ia bukan keputusan yang mudah.
TRIO adik-beradik yang dianggotai oleh Kevin, Nick dan Joe iaitu Jonas Brothers telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.
Kevin yang mewakili adik-adiknya berkata, mereka mahu membina kerjaya solo namun mengakui bukan mudah untuk berpisah sebagai sebuah kumpulan.
"Ia telah berakhir walaupun sukar untuk kami membuat keputusan itu kerana sebelum ini kami berkongsi segala-galanya," katanya kepada majalah People.
Jonas Brothers membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 dan telah melancarkan tiga buah album iaitu It's All About Time, A Little Bit Longer dan Lines, Vines and Trying Times.