Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kluang : Seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan cemburu.

Menurutnya, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni.
"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat," katanya - Hmetro



Anda mungkin pernah melihat perempuan bekerja sebagai juruterbang dan pasti terfikir di fikiran anda untuk menjadi kru diatas kapal terbang mesti tidak boleh pakai tudung, seksi dan memakai kain belah.

Semua itu tidak lagi menjadi masalah apabila perkara ini telah dibuktikan oleh gadis yang bernama Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus yang menjadi kapten kapal terbang Ais Asia pertama bertudung.

Noorhafizah atau lebih dikenali dengan nama Fizzy Idrus, telah memilih menjadi juruterbang pada usia yang  baru menjangkau 30 tahun. Walaupun begitu profesional dalam kerja sebenarnya beliau adalah wanita biasa di rumah dimana gemar melakukan perkara-perkara rutin seperti perempuan lain.

Sebagai imej wanita bertudung admin berasa begitu bangga dan ini menepis tangapan liar yang menutup aurat membataskan kerjaya seorang wanita.

Berikut kami kongsikan gambar dan biodata Hafizah.

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus

Nama Samaran: Fizzy Idrus

Tarikh Lahir: 21 September 1984 (Umur: 30 Tahun)

Asal: Taiping Perak

Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus

Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur

Pendidikan: Sek Keb Taiping,  Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.

Bidang: Ijazah Multimedia (UKM)

Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

Gambar-gambar beliau.






PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan.

Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu.

Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata,  adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan.

"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.

“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang.

Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah.

"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.

"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.

Seorang wanita dari Gainsborough, Jade Sylvester, yang berusia 25 tahun, mempunyai ketagihan memakan segulung tisu tandas sehari dan kegemaran memakan 8 helai tisu dalam satu masa.

Sambil menyatakan jenama yang paling digemari adalah tisu yang murah, Sylvester juga menyatakan dia tidak dapat mengawal nafsunya itu dan terpaksa ke tandas setiap kali ketagihan menyerangnya.

Menurut Sylvester, tabiatnya memakan tisu tandas bermula ketika dia mengandungkan anak lelakinya, Jaxon, tetapi disebabkan rasanya yang lazat, Sylvester terus mengamalkan tabiatnya sehingga kini.

"Saya sangkakan ketagihan ini akan berhenti setelah saya melahirka anak saya tetapi tidak. Saya tidak dapat berhenti. Ketagihan ini terus menerus menghantui saya", kata Sylvester.

"Hari ini saya cuba untuk tidak ke tandas kerana saya tahu jika saya ke sana saya akan makan tisu tandas", katanya lagi.

Menurut Sylvester, dia menyukai apabila tekstur tisu mula memasuki mulutnya dan rasa 'kering' tisu mula dapat dirasai dilidahnya. 
Gambar Sekadar Hiasan

Colombo – Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun.
Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu.
Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda kepada pemuda itu.
Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya, tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka.
Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu.
Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu.
Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan mereka bertemu.
Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya dengan neneknya.- Agensi

TOKYO – Ratusan ribu produk makanan beku dingin pasta sebuah jenama ternama terpaksa ditarik balik dari pasar raya seluruh Jepun hari ini hanya kerana penemuan seekor lipas di dalam salah satu paket keluaran syarikat terkenal tempatan, Nissin Frozen Foods.
Jurucakap Nissin Food Holdings berkata, syarikat perintis mi segera popular itu kini menjalankan siasatan terperinci berikutan dakwaan seorang pelanggan yang terserempak benda asing dipercayai salah satu bahagian lipas di dalam bungkusan keluarannya.
Meskipun belum lagi dapat dipastikan kesahihan kelibat serangga itu, syarikat produk tradisional mi ramen Jepun tersebut yang diasaskan pada 1948 bertindak pantas menarik balik kira-kira 750,000 paket yang telah dijual semua pasar raya dari seluruh Jepun.
“Kami menggunakan sayur-sayuran beku dalam membuat produk makanan ini dan lipas itu dipercayai mungkin tersangkut pada salah satu celah sayur tersebut sebelum diproses oleh mesin bahagian pengeluaran,” kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan media.
Syarikat Nissin yang berpusat di Osaka kini mempunyai lebih 7,500 pekerja dengan kilang di Brazil, Hong Kong, Thailand, India, Jerman, China dan Mexico bagaimanapun enggan mendedahkan dari sumber mana sayur-sayuran mereka diperoleh untuk diproses.
Namun, untuk pasaran Jepun, produk dihasilkan di kilang Nissin di wilayah Shizuoka manakala kilang cawangan di luar negara untuk pasaran antarabangsa antaranya Australia, Filipina, Taiwan, Kanada, United Kingdom, Sweden, Singapura dan Malaysia.
Jepun terkenal dengan rekod terbaik keselamatan makanan pengguna malah tahap standard amat ketat menyebabkan industri makanan tempatan amat mahal bagi menyerap kos kawalan kualiti sekali gus menjadikan produk dijual pada harga tinggi. – Agensi

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.

Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.
“Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun.

Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.
Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. – Agensi

Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, namun Susi Pudjiastuti bukan calang-calang wanita.
Apa tidaknya, baru sahaja menyertai kabinet Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selama dua bulan, beliau dianggap menteri paling berjaya setakat ini.
Pada pengamatan Naib Presiden negara itu iaitu Jusuf Kalla, Susi berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Kementerian Kelautan dan Perikanan melebihi pencapaian akademiknya.
Ujar beliau kepada pemberita Indonesia, “Keupayaan yang tak diduga oleh seorang menteri yang hanya tamat Sekolah Menengah Pertama (SMP).”
Dalam barisan menteri kabinet Jokowi, Susi merupakan satu-satunya menteri yang memiliki pencapaian akademik setakat SMP, namun beliau berjaya membuatkan ramai pihak gentar dengan formula kebijaksanaannya.
“Beliau melakukan formula yang bijaksana dan tepat, hinggakan semua orang gentar.”
Tambah Jusuf, beliau pernah mengingatkan Jokowi tentang latar pendidikan Susi sebelum wanita itu dilantik menjadi menteri. Jokowi bagaimana pun membalas, syarat kelayakan sebagai menteri hanya SMP, lantas Susi layak menduduki kerusi tersebut.