Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BILA sudah tiada maruah, inilah yang akan terjadi. Sekumpulan gadis yang terdesak untuk mendapatkan calon suami sanggup membuka baju dan hanya memakai bra serta seluar dalam, sambil berdiri di tepi jalan di bandar Kazan, Rusia.

Gadis-gadis berkenaan telah menyertai satu bengkel yang mengajar mereka untuk mencari suami, dan itulah praktikal yang perlu mereka lakukan di tepi jalan.
Mereka akan meminta wang tunai kepada pemandu kenderaan dengan alasan mahu membeli baju.
“Awak ada RM6.30 untuk (membeli) kemeja-t. Kami mahu ke (pusat beli belah) Nizhniy Novgorod. Ini adalah permintaan. Tolonglah kami,” demikian ayat yang diajar dalam bengkel itu untuk memujuk orang ramai yang lalu lalang di jalan berkenaan.

Menurut penduduk tempatan, seramai tujuh orang gadis terlibat dalam aksi pelik dan tidak bermaruah berkenaan.
Gadis-gadis terbabit dilaporkan membayar sebanyak RM1,567 untuk mengambil bahagian dalam bengkel selama tiga hari itu.
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai Andrey berkata, pada mulanya dia menyangka gadis-gadis itu mencari Pokemon Go.
“Rupa-rupanya mereka adalah sekumpulan gadis bodoh yang tidak berotak,”


KEHEBATAN seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun memenangi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia sememangnya satu kejayaan manis buat negara apabila menjuarai sukan yang didominasi negara jiran, Thailand.

Nur Amisha Azril Rizal menjuarai kejohanan yang diadakan di Bangkok, Thailand selepas menewaskan petinju tuan rumah, Phin Pong Ratchada menerusi keputusan knock-out (KO) pada pusingan kedua kategori 54 hingga 57 kilogram.
Kemenangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh, Perak ini turut diraikan bersama-sama dengan rakan sekolah dan guru di sekolahnya hari ini.

Beberapa keping gambar Nur Amisha diraikan dengan berarak di dalam kereta bersama pelajar sekolah ini dimuat naik Facebook Malaysia Football Team hari ini.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Amisha dan terkejut dengan penampilannya di sekolah yang tampak baik dan ayu. Namun di sebalik keayuan itu, ada sifat juang dalam diri anak kelahiran Perak ini.
Sumbangan pingat emas Nur Amisah dalam kejohanan ini turut mendapat saranan daripada netizen untuk dilantik sebagai pengawas dan biro disiplin sekolah supaya tiada lagi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Nur Amisha mula mendapat latihan muaythai seawal usia tujuh tahun ini aktif dengan Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Amatur Perak. – MYNEWSHUB.CC

PUTRAJAYA – Seorang wanita berusia 27 tahun dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru menjadi mangsa pertama disahkan dijangkiti virus Zika melibatkan wanita mengandung, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata wanita yang mengandung tiga atau empat bulan itu telah datang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor semalam selepas mula mendapat gejala ruam, sakit badan dan demam.
Katanya wanita itu kini dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya termasuk kaunseling oleh doktor pakar perbidanan.

“Wanita itu menunjukkan simptom terlebih dahulu daripada suaminya yang bekerja di Singapura. Kementerian Kesihatan masih sedang menunggu keputusan ujian untuk mengetahui sama ada suami wanita itu turut dijangkiti Zika.
“Wanita itu diuji sebab menunjukkan simptom dan didapati positif Zika.
Namun kita masih menyiasat sama ada wanita itu dijangkiti disebabkan gigitan nyamuk atau melalui hubungan kelamin,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Wanita mengandung itu merupakan kes ketiga yang direkodkan di Malaysia, selepas kes pertama yang dilaporkan merupakan kes import dari Singapura melibatkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, Selangor manakala kes kedua merupakan kes jangkitan tempatan di Sabah.
Menurut Dr Subramaniam, hasil siasatan pihaknya mendapati kali terakhir wanita mengandung itu melawat Singapura adalah enam bulan yang lalu tetapi suaminya berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Geylang.
Justeru, katanya kawalan vektor telah dibuat dengan serta-merta di Johor Bahru termasuk kawasan rumah kediaman wanita itu dan sehingga kini, 400 buah
rumah diperiksa dan 450 premis disembur serta diambil tindakan sewajarnya.

Ditanya sama ada wanita berkenaan dibenarkan untuk menggugurkan anak yang dikandung itu, Dr Subramaniam berkata: “Kita membenarkan pengguguran terapeutik perubatan sekiranya nyawa ibu berkenaan terancam hasil kandungannya. Sekiranya tidak, polisi semasa kementerian ialah tidak membenarkan ia dilakukan.”
Beliau turut menasihatkan wanita yang disahkan positif ujian Zika, agar mengelakkan daripada mengandung dan mengamalkan hubungan seks selamat sekurang-kurangnya lapan minggu dari tarikh disahkan positif.
Bagi lelaki yang disahkan positif pula, Dr Subramaniam meminta mereka mengamalkan hubungan seks selamat atau mengelakkan daripada hubungan itu selama enam bulan.
Selain itu, katanya pemantauan kementerian dari 1 hingga 6 September mendapati terdapat 30 kes yang mempunyai tanda-tanda Zika, namun pemeriksaan darah dan air kencing menunjukkan keputusan ujian yang negatif.
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui pintu masuk antarabangsa.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam memaklumkan mesyuarat jemaah menteri hari ini memutuskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan satu Jawatankuasa Majlis Kebersihan Persekitaran dalam masa terdekat.
Katanya jawatankuasa itu akan berjumpa dengan semua agensi kerajaan berkaitan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti kawalan vektor dalam usaha membasmikan pembiakan nyamuk Aedes bagi menangani penularan virus Zika. -MYNEWSHUB.CC


KULAI – Seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat cubaan culik yang berlaku di sebuah tadika, di sini, kelmarin.

Hisham Zulkefli yang memuat naik dua gambar suspek, mula menjadi viral di laman sosial sehingga menerima lebih daripada 8,200 perkongsian.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tadika Butterfly, Taman Muhibbah, Saleng, di mana seorang lelaki yang tidak dikenali telah memanjat masuk ke kawasan tadika.

Minta kawan-kawan yang ada anak yang sekolah tadika mengambil langkah berhati-hati. Tadi ada satu kejadian berlaku di tadika anak aku, di tadika Butterfly Taman Muhibbah, Saleng.
Satu lelaki tak dikenali telah panjat dan masuk kawasan tadika. Selamatlah Cikgu dia dapat kunci pintu grill. Menggigil oo! anak aku sekolah situ. Penjenayah dapat ditangkap,” kata Cikgu Hsbol, salah seorang individu yang berkongsikan kejadian di Whatsapp.

Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan, tiada maklumat lanjut dan kenyataan penuh daripada pihak berkuasa berhubung kejadian ini. – MYNEWSHUB.CC


GADIS yang memiliki darah campuran India-Jepun telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik Jepun pada tahun ini.

Priyanka Yoshikawa, 22 tahun; mewarisi darah India dari sebelah bapanya dan Jepun dari ibunya.
Kemenangan yang disandang itu merupakan kejayaan kali kedua berturut-turut dari peserta yang memiliki darah campuran.

Pada tahun lalu, Ariana Miyamoto telah dinobatkan sebagai pemenang Ratu Cantik 2015 negara matahari terbit itu.
Bagaimanapun kemenangan itu dikritik oleh warga tempatan yang beranggapan bahawa peserta yang memiliki darah Jepun ‘tulen’ sahaja yang patut memenangi pertandingan itu.
Menurut sebuah laman antarabangsa, hanya 2 peratus sahaja bayi yang dilahirkan setiap tahun di Jepun yang memiliki darah campuran atau dipanggil sebaga ‘haafu‘ dalam bahasa Jepun.
Pun begitu, menurut Yoshikawa, dia menganggap isu berkenaan sepatutnya tidak diperbesarkan. Malah dia bertekad untuk mengubah persepsi warga matahari terbit itu terhadap isu kacukan dan sikap prejudis tersebut.
“Sebelum kemunculan Ariana, gadis kacukan tidak berpeluang untuk memasuki pertandingan ini.

“Saya tetap berbangga dengan keturunan bapa yang merupakan orang India.Namun ia tidak bermakna saya bukanlah orang Jepun,” katanya.
Dalam pada itu Yoshikawa juga berterima kasih kepada Ariana kerana telah membuka peluang baginya untuk turut sama menyandang gelaran Ratu Cantik negara matahari terbit itu.
Meskipun pelbagai tohmahan yang diterima, Yoshikawa bersyukur dengan ejekan dan kritikan itu menjadikannya lebih kuat.
” Semasa saya kembali ke Jepun, semua orang berfikiran seolah-olah saya ini kuman.
“Mereka mengibaratkan menyentuh saya seperti menyentuh sesuatu yang buruk. Tetapi saya bersyukur, ia menjadikan saya lebih kuat,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC


7 Sep - Adakah peminat kopi di negara ini gemarkan sesuatu yang tulen? Dan apa yang akan berlaku sekiranya ada jenama kopi lain yang cuba menjadi 'kopicat' atau menciplak ketulenan dari jenama kopi lain?

Kesetiaan penggemar-penggemar kopi di Malaysia terhadap ketulenan rasa kopi akhirnya terjawab apabila dua jenama kopi terbaru, Dowan Kopi Tarik dan CafeNasty Kopi Tarik, terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan pengeluaran produk mereka berikutan kritikan hebat yang diterima dari penggemar kopi di negara ini.


Pengumuman pembatalan itu dibuat oleh kedua-dua jenama itu menerusi laman web mereka baru-baru ini.



"Cafe Nasty telah belajar dengan cara keras tentang betapa pentingnya menjadi original dan tidak meniru orang lain. Setelah menerima respon dari pengomen, Cafe Nasty tidak lagi akan melancarkan kopi tarik di dalam tin", tulis Cafe Nasty di laman web rasmi mereka.

"Malangnya, kami terpaksa menutup Dowan Coffee susulan maklum balas negatif tentang menjadi kopi tarik nombor 2 dalam tin dan mengikuti jejak langkah yang lain. Kami akan cuba cara lain", kata Tu, yang merupakan pengasas Dowan Coffee.

Dipercayai, kedua-dua jenama kopi terbabit berada dibawah satu syarikat sama yang kononnya cuba mencetus fenomena kopi tarik dalam tin kedua sebelum menerima maklum balas negatif dari netizen..



Sebelum ini, Dowan Kopi Tarik dan CafeNasty Kopi Tarik dihentam teruk oleh netizen susulan penyebaran video promosi mereka.